Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, May 30, 2011

SWEDISH MEATBALL sedaaapp!!!

Malam tadi dengan perut yang sederhana lapar... Aku pun fikir punya fikir lah nak masak apa... Akhirnya teringat daging burger masih ada lagi dalam peti sejuk.. hehe.. Apa lagi.. Swedish Meatball lah jawapannya.. jom tengok bahan-bahannya



Sebiji telur---> untuk 6 keping daging burger atau satu bungkus daging cincang.. Malam tadi aku cuma ada 3 keping je daging burger maka separuh biji telur sahaja... Terlebih letak telur nanti meatball lembik..


Sos cili sebagai penambah perisa..


Kicap soya juga sebagai penambah perisa..


1 biji Bawang besar...


Bread Crump.. atau serbuk roti...


Daging burger atau pun daging cincang...


Lepas dah tengok bahan-bahan yang sangat mudah dan simple ni... Jom kita tengok cara-cara nak buat pulak...


Daging burger tadi di lumat-lumatkan seperti gambar di atas.. Lebih baik guna daging cincang sebab dah sedia lumat..


Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menggoreng bawang...


Goreng bawang sampai masak...


Sehingga warna bawang berubah menjadi warna ni.. selepas itu ketepikan..


Dalam daging burger cincang tadi.. masukkan telur...


Masukkan bawang yang telah digoreng...


Masukkan Bread Crump...kuantiti bread crump tertakluk pada tahap kepekatan campuran daging ni sebab lagi banyak bread crump.. lagi senang nak kepal-kepalkan...


Masukkan jugak sos cili 2 sudu.. kicap soya 2 sudu... kalau nak pedas.. potong halus-halus cili padi... kalau nak extra sedap.. tabur lah thyme ke.. rosemary ke.. hehe.. nyum3...


Gaul guna tangan hingga sebati macam ini=)


Panaskan kuali dengan kuantiti minyak yang banyak dan pada kadar api yang perlahan... sebab tak nak nanti bahagian luar meatball dah hangus tapi bahagian dalam tak masak...


Yeayy... Kepal-kepal kan dan goreng....


Dah siapp.... hehehe...


Ok lah cadangan hidangan kan... aku cadang kan kalian semua makan dengan:
  • Cicah cili sos ke...
  • Makan dengan fries ke...
  • Makan dengan spagethi ke...
  • Makan dengan nasi pun ok je...
  • Makan dengan bakso pun macam ok haha..
  • Makan macam tu je pun dah ok....

SELAMAT TRY MENERAI YE SEMUA

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3