Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, July 23, 2011

STRAWBERRY CHEESECAKE


Hehehe terliur tak tengok? Dari segi decoration memang fail habis lah hahahaha... Memang tak macam SR pun... Tapi tak apa... Resepi ni senang sangat-sangat... Frau aku yang ajar... Frau dalam bahasa German ialah Puan/ Cik.. So Frau aku ajar malam tadi lepas tu aku dah tak boleh nak lelap kan mata dah... Aku asyik teringat je resepi cheesecake ni...

So.. lepas je ambik adik yang bongsu balik dari sekolah rendah.. Terus pergi Jusco dan beli segala bahan... Kira-kira jugak kot cukup ke tak duitnya... Sampai je kat kaunter tit tut tit tut semua sekali harganya lain dengan yang aku kira... Selamat...

Dah kat rumah tu... Dengan baju-baju kurung aku terus tung tang tung tang lah mengerjakan benda-benda ni hehehe... Padahal 2 hari lepas baru buat cheesecake.. Tapi arini buat lagi satu... Yang aritu punya bakar... Kali ni aku buat yang tak payah bakar... Tapi sejukkan dalam peti sejuk je.. Entah berapa jam kena tunggu pun aku tak tau...

Korang selalu tak tengok resepi-resepi aku... Ada yang dah cuba? Hahahaha sedap ke tak?? Kalau tak sedap tu maaflah.. Mungkin citarasa kita berbeza... Tapi kalau sedap tu... Alhamdulillah lah... Memang kita sama-sama pandai memasak kan... Hehehe

Tanpa membuang karen... Mari lah kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Strawberry Cheesecake kita...


Bahan-bahan rahsia adalah:

  • Sekotak kecil buah strawberry
  • Whipping Cream (1 kotak kecil je)
  • Cream cheese 750g
  • Gula castor 1 1/4 cawan ye..
  • Esen Vanilla
  • Digestive biscuit (1 peket kecil)
  • 1/2 Buttercup (dicairkan)

Cara-cara rahsia adalah:

  • Hancurkan digestive biscuit sehingga berderai... Kemudian campurkan dengan buttercup cair... Gaul sebati menggunakan tangan...

  • Kemudian... Tepek kan biscuit bercampur buttercup cair tadi di dalam dasar loyang kek anda.. Tepek rata-rata eh... Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedikit mengeras..

  • Masukkan Cream Cheese dalam mangkuk mixer dan tuang satu sudu besar esen vanilla... Kemudian pukul sehingga sebati...

  • Di dalam mangkuk yang berasingan.... Pukul pula whipping cream dengan gula castor sehingga whipping cream kembang...

  • Campurkan adunan cream cheese dengan whipping cream dan gaul mengikut arah jam sehingga sebati... Jangan sesekali godak-godak dan kacau-kacau tapi gaul sahaja... Ok (^^,)

  • Adunan yang dah siap digaul tadi di tuang kan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi... Ratakan kek anda menggunakan bahagian belakang sudu....

  • Potong-potong kan buah strawberry dan hias di atas kek anda....


  • Simpan di dalam peti sejuk sehingga kek anda betul-betul kukuh dan sedikit mengeras... Siap! hehe...

Senang tak?? Hahahaha.... Nanti cuba-cuba lah tau.... Mana tau satu hari nanti kalian jadi tokey cheesecake ke... Kan kan.... Selamat mencuba ye...


p/s: Rupa-rupanya adik bongsu aku tu suka cerita apa aku masak kat rumah (masak lah sangat kan...)... Pung pang pung pang cerita dengan kawan-kawan dia... Aku pun selalu bekalkan dia macam-macam suruh dia kongsi dengan kawan-kawan... Sampai kawan dia tanya "Eh... Kakak kau tu tukang masak ke? Asyik masak je..."... Hahaha masak lah sangat dik.. Tapi kalau budak tu cakap aku ni chef ke ok jugak... Ni tak memasal dia kata aku tukang masak... Hihihihih...

2 comments:

kaizen said...

tuan blog buatkn bleh x?? hehehe

latest entry Spontaneous Thursday : Niat & Urban-or-Disaster

RIMA DANIA said...

hehehe bagi lah duit nak beli bahan.. baru boleh buat..

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3