Assalam...
Hari ni dalam kelas Industrial Relationship.. Sambil belajar akta mengingat dan memahamkan akta.. Teringat lah pada dua jejaka hati yang jauh di mata... Masing-masing sibuk dengan kerja... Menjalankan tanggungjawab menyara keluarga... Bukan bekerja untuk simpanan poket sendiri.. Keluarga didahulukan... Baru lah pencapaian keluarga pun turut cemerlang... Kan? Hehehe...
Mempunyai Abah yang jarang ada kat rumah sebab sibuk bekerja... Sangat komitmen dan komited dengan kerjayanya... Disebabkan dari kecil dah terbiasa dengan situasi kesibukkan Abah bekerja tapi adik-beradik aku semua okay je.. Cukup je kasih sayang...
Selalu orang kata kalau parents sibuk sangat kerja mencari duit, jarang ada kat rumah.. Anak-anak rosak... Keluar sana-sini joli duit parents bagi.. Alhamdulillah kami tak tergolong di kalangan anak-anak macam tu...
Mungkin sesibuk mana Abah mencari rezeki.. Sesusah mana kami nak berjumpa sebab time Abah balik kerja, kadang-kadang aku dan adik-adik dah tidur... Kami bangun pergi sekolah, Abah tidur lagi sebab malam lambat tidur.. Tapi.... Ada masa terluang je mesti Abah solat jemaah dengan anak-anak.. Cium anak-anak dan aku menjadikan Abah sebagai lelaki pertama yang aku cium dalam dunia sebelum berkahwin..
Begitu juga kalau dapat makan sama-sama semeja... Dia tak akan berhenti bagi motivasi free dan kadang-kadang motivasi itu melebihi tahap kami yang masa tu masih bersekolah rendah dan menengah...
Di atas usaha gigih Abah.. Kami dapat rasa tinggal di luar negara.. Bersekolah dan aku pada ketika itu hanya pandai membaca buku English semata-mata dan speaking slang Harry Potter... Abah akhirnya berjaya pulang ke tanah air dengan Master...
Dari hanya seorang Guru Biologi, Fizik dan sebagainya... Abah bertukar kepada Executive sebuah kilang buku... Siapa kata seorang Guru tak hebat?? Hebatkan?? Sedangkan Guru boleh membentuk anak murid hingga berjaya, apatah lagi Guru boleh membentuk diri sendiri...
Bertukar pula profession sehingga berjaya menjadi Pengurus Besar sebuah syarikat swasta... Kerana Abah berstatus Pengurus Besar, aku dan adik-adik merasa pergi sekolah atau balik sekolah dengan driver... Tapi dah tentu kami tak akan pernah cerita dengan kawan-kawan sekolah.... Sebab? Al-kisahnya...
Abah: Nanti awak pergi sekolah dengan Pak cik eh... Abah tak payah hantar...
Adik: Tak nak...
Abah: Kenapa tak nak pulak?
Adik: Kalau belajar pandai... Bijak.. Exam dapat No. 1 je kat sekolah... Baru layak ada driver hantar pergi sekolah... Nak Abah yang hantar pergi sekolah...
Abah: Hahahahaha.....
Masa tu adik aku baru darjah 3.. Dia dah fikir macam tu... Betapa tak layaknya orang yang pergi sekolah dengan driver, tapi hanya untuk main, buang masa, habiskan duit parents, malukan parents dengan markah yang corot..
Percaya tak? Abah didik kami untuk rasa susah... Sebab?? Aku dari darjah 1 sampai 6 hanya ada wang saku 50sen sehari... Itu lah untuk sekolah pagi dan itu jugak untuk sekolah agama petang... Form 1 sampai Form 5 aku hanya bawak RM 1.50 je.. Buat pertama kali beli handphone pada usia 18 tahun dengan ditemani Abah dan Umi..
Mungkin orang akan berkata-kata tapi... Kami berjaya jadi anak-anak yang sangat bijak menyimpan wang dan kami kurang sesak di hujung bulan malah mampu bershopping di hujung bulan.. Kami juga masih boleh shopping tanpa bekerja ketika cuti semester kerana kami sangat berhati-hati berbelanja.. Tak kisah lah aku yang perempuan atau adik-adik yang lelaki... Yang lelaki gila online shopping... Serius tak tipu! Hehehe...
Gambar kat atas taken 5 years ago kalau tak silap... Hari Abah buat pertama kalinya meninggalkan kami dan bekerja di luar negara.. Pada usia hampir mencecah 50 tahun.. Abah berjaya menukar profession sebagai Pengarah Projek sebuah syarikat besar di Arab Saudi...
Pernah tanya student foreigner U aku yang datang dari Arab Saudi.. Pernah dengar nama company D****H? Mereka kata, "It's a big company... I know that.." Sebagai anak... Aku rasa sangat bangga ada bapa macam Abah... So well educated dan berjaya dalam kerjaya serta mencapai impian yang dihajatkan..
Berjumpa setahun sekali bukan masalah kepada aku dan adik-adik... Ada rezeki mungkin ada yang dapat ke sana.... Tertakluk kepada cuti masing-masing... Pesan Abah, "Jangan sedih sebab Abah jauh... Abah kerja cari duit untuk semua... Abah nak semua anak-anak Abah senang..." Syukur lah tiada seorang pun adik-beradik masuk U pinjam ptptn.. Dari diploma sampai degree semua ditanggung beres oleh Abah..
Besarkan pengorbanan Abah... Kami adik-beradik lepas tamat belajar tak ada hutang pinjaman belajar... Kami bebas dengan gaji kami sendiri... Kami boleh sara hidup kami dengan lebih mudah.. Betapa aku admire sungguh kat Abah!!...
Abah dengan hobi baru.. Bersiar-siar dengan Harley Davidson... I wish one day aku nak sentuh motor kesayangan Abah tu hehe...
Dulu-dulu kalau sebelum tidur... Suka sembang dengan adik perempuan aku... Nanti kalau kahwin nak cari lelaki yang macam Abah... Bekerjaya... Komited bekerja.. Berpelajaran...
Tanpa diduga... Aku akhirnya berkahwin dengan senior aku sendiri... Senior yang aku kenal dari sebelum dia masuk U lagi... Mana lah tahu pun ada jodoh ke tak masa berkawan sebab semua tu kan rahsia Allah... Dari zaman dia belajar kat U memang aku respek sebab dia ada ciri-ciri kepimpinan dan seorang yang konfiden.. Tak tergopoh buat keputusan huhuhu yang gopoh tu aku selalunya... Patut lah lecturer kenal dia, kami nak kahwin pun dapat salam kaut dari lecturer yang kenal dia.. Bukan aku huhuhu...
Dia janji, dapat 1st gaji nanti nak masuk meminang.. Belum habis final exam dah dapat interview dan diterima bekerja... Lepas habis final, selang beberapa minggu dia mula daftar masuk kerja dengan title Pembantu Pegawai Penerangan.. 2nd day pergi kerja dapat naik pangkat sebagai Pegawai Penerangan walaupun hanya bekerja kontrak...
Sebagai bakal isteri (masa belum nikah)... Happy sangat-sangat dan rasa bersyukur... Murah rezeki Allah bagi... Belum tamat kontrak kerja, dapat interview dari syarikat swasta masa dia Latihan Industri dulu.. Maka selepas tamat kontrak sebagai Pegawai Penerangan, kini suami yang aku respek telah bekerja sebagai Executive Operasi..
Muda, bekerjaya walaupun aku tahu betapa penatnya dia bekerja 10 jam sehari... 6 hari seminggu.. Malam pun meeting... Dia seorang suami yang sangat buzy dengan kerja.. Mungkin orang kata, jauh ke Batu Pahat dengan JB?? Susah sangat nak jumpa.. Aku dengan senang hati jawab "Dia sibuk kerja.."...
Bagi aku lelaki yang sibuk kerja ni macho... Ada karisma tersendiri... Hehehe sebab aku dah terbiasa ada Abah yang buzy maka dapat suami yang buzy pun aku sangat-sangat memahami dengan kerjaya barunya...
Di atas pencapaian kedua-dua Lelaki Dalam Duniaku ni... Aku berharap, aku juga boleh jadi seperti mereka... Mereka manusia yang kuat... Manusia yang tabah... And I'm wondering... This is a sweet memory to be isteri boss in such a young age... Young ke? Young lah kot haha... Baru nak masuk 24... Insyaallah...
Tak sabar tunggu suami punya convocation day... Walaupun dia cuma boss muda di tempat kerja, but he is my boss in my little family hehe.. So boss... Kita jumpa Sabtu ni kan hehehe....
2 Lelaki Dalam Duniaku pemberian dari Allah yang sangat-sangat berharga... Aku bersyukur di atas kurniaan itu... Seorang ABAH dan Seorang SUAMI yang sangat setia menjaga aku dan menyayangi aku sepenuh hati... I LOVE YOU GUYS!!!!
Terima kasih...
Harap-harap entri ni memberi motivasi
dan mendorong untuk kita jadi manusia
yang bekerja seolah-olah hidup selamanya
tapi kita ibadah seolah-olah akan mati esok
hari...