Assalam..
Seronok duduk rumah bercuti pertengahan semester walaupun dibekalkan dengan PSM yang belum siap... Aku tetap enjoy holiday aku sepuas-puasnya... Macam biasa kalau dah duduk rumah tu memang geram je tengok Kenwood mixer, oven yang ada kat dapur tu..
Aku explore resepi dari you tube (jarang nak menjadi)... Kadang-kadang buka buku resepi (bukan semua resepi yang diorang tulis tu betul) tapi yang bagus adalah buku resepi version zaman dulu... dan yang paling aku suka explore adalah blog Kak Nadz iaitu blog OVENKECIL..
Biasanya blog Kak Nadz ni mesti Kak Nadz dah try and error... Jadi hasilnya yang terbaik semua ada dalam blog.. Kalau sesiapa berminat nak having fun, baking, memasak lauk dan sebagainya... Jangan lupa singgah blog Kak Nadz sebab kat situ ada macam-macam resepi yang terbaik dari ladang...
Kat bawah ni ada lah beberapa hasil dari aku.. Walaupun tak seberapa tapi ini lah dia air tangan aku hehehe...
Sebelum di make up kan....
Yeayyy... Cake dah di make up kan dengan meriahnya..
Cake sempenan Raya Aidiladha dan Birthday husband..
Hohohoho.... Husband yang lahir lambat 52 hari dari
wife... =)
Ini pulak Cake sempena adik lelaki kedua aku nak ambil
exam SPM tahun ni... So... Jom doakan yang terbaik untuk
dia... Insyaallah... Cake telah dihantar ke sekolah adik aku
oleh Umi..
Ini resepi ice-cream yang aku ambil dari blog Kak Nadz..
Aku buat 2 perisa... 1 perisa Mocha dan
1 lagi perisa Chocolate...
Cheesy Muffin yang tersangat lembut...
Egg Tart yang degil tak nak keluar dari acuan... Hehe
Akhirnya dia nak jugak keluar dari acuan....
No comments:
Post a Comment