Assalam...
Bukan lah aku orangnya kalau di letak kan title "QUEEN CONTROL" kerana aku bernikah dengan seorang lelaki bersama "ILMU" dan aku telah "AMAL" ilmu itu supaya aku mendapat "REDHA" Allah dan suami untuk sepanjang hayat sehingga ke "SYURGANYA".. -RiMa DaNiA-
Mungkin pada orang lain dialog ni biasa tapi untuk aku.... Aku tak pernah lagi dengar dialog ni dalam mana-mana drama atau mana-mana filem... Mungkin ada pasangan yang macam ni cuma aku je yang tak tahu... Dalam masa yang sama aku terkejut dengan....
Aku: Nak solat jap...
Husband: Telekung ada kat ampaian.. Kat sejadah tu...
Aku: (Ya, saya tahu telekung memang di situ..) Orait... Tq..
Husband: Sorry ya...
Aku: Aik... Kenapa ni?
Husband: Sorry sebab Abang tak sempat nak basuhkan telekung & kain telekung tu...
Aku: Hahaha.. Eh... Tak apa.. Bukan pakai selalu pun.. Tak kotor.. Bersih lagi ni... =) (Terima kasih sebab sangat menjaga makan, pakai, sakit, pening ku )
If one day.. Ada antara kalian yang kahwin... Penting untuk tidak berkira dalam apa jua perkara... Tak ada salahnya husband basuh telekung & kain telekung wife sendiri apatah lagi basuh kain baju isteri.. Selalu kita tengok perempuan yang sibuk urus rumahtangga... Tapi aku percaya lelaki zaman sekarang ramai ikut sunnah Nabi dengan membantu meringankan beban wife mereka tanpa mereka sedar..
Contoh lain... Aku masak, husband akan jadi tukang cuci pinggan mangkuk... Sapu dapur... Susun semua peralatan masak ke tempat asal... Kalau aku basuh baju... Suami tukang sidai baju.. Atau sebaliknya..
Jangan ego untuk saling membantu untuk kebahagiaan rumahtangga... So... Siapa kata kahwin masa belajar tak sempat jaga rumahtangga.. Mesti lah sempat.. Janji ada teamwork + cooperation dari kedua belah pihak... Semuanya jadi mudah =)
Mak mertua tanya reti tak siang siput sedut.. Aku jawab "Reti..."... Mak mertua tanya pandai tak masak lemak... Sambil senyum-senyum kambing aku jawab "Boleh lah sikit-sikit.."... Mak mertua tanya, nak tak kalau dia bagi siput sedut dengan keladi... Aku jawab, "Tak kisah..." Maka aku pun dibekalkan keladi bersama siput sedut pulang ke rumah sewa di Batu Pahat..
Memikirkan 1/2 kilo siput sedut... Roomate tak berapa nak gemar.. Housemate pun ada yang tak makan... Aku pulak tak kan nak makan 1/2 kilo sorang-sorang... Jadi aku masak siput sedut + keladi tu dan bagi jiran sebelah rumah a.k.a classmate yang memang tak anti siput sedut... Lepas tu passing pulak ke classmate lain suruh datang rumah sewa aku dan ambil lauk siput sedut ni...
Tepat jam 10 malam... Clear periuk kat rumah sewa aku ni... No more Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut bersama Sayur Keladi... Hehehe... Terima kasih sebab makan lauk yang tak seberapa... Terutama Kak Nad sebab 2 kali datang rumah ambil lauk tu sebab tak cukup hehe...
Terima kasih.....
No comments:
Post a Comment