Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, October 28, 2012

Dating Aidiladha...

Assalam...


Memandangkan 30/10/2012 (Selasa) birthday husband.. Aku pun ajak husband keluar makan malam berdua kat Jusco Bandaraya Melaka... Niat nak belanja husband makan je sebab aku memang tak tahu nak bagi surprise apa sempena pertama kali kami sambut birthday dia sebagai pasangan husband and wife..

Pusing punya pusing dalam Jusco tu... Akhirnya kami pun pilih untuk makan kat See U.. See U ni style dia ala-ala steamboat tapi satu meja ada 4 alat pemanas steamboat.. Kiranya kalau datang berempat, boleh lah empat orang tu panaskan kuah steamboat mereka berasingan... Tak payah share sesama mereka..

Memang murah makan kat See U.. Kenyang dan puas hati tapi salah dapat air adalah perkara biasa bagi kami yang selalu makan kat situ... Macam hari tu... Order watermelon juice dapat kopi o ais... Memang jauh berbeza... Sebelum ni pun ada jugak tapi it's okay sebab tak lah critical sangat dan air yang kita nak tetap dihantar ke meja...

Jom tengok aku order apa......






SEE U......







My birthday boy hehe...







SEE U ni sambal dia sedap! Pedas..... Fuuhhhh....







Menunggu hidangan sampai....







Kami pilih sup Tom Yam... Memang ni lah paling best
bagi kami... Ada jugak beberapa pilihan lain macam sup biasa..
Sup kari pun ada...







Kami jugak pilih Fish Set dan Mee Hoon....








Kami add on Salmon Balls yang sangat sedap!! Hehe...









Lepas tu aku pun masuk semuanya ke dalam
periuk comel tersebut... Nak letak satu persatu
pun boleh tapi disebabkan kami nak cepat jadi
masukkan jelah semuanya... Hehehe.....




Total kami makan kat situ RM24 berapa sen entah... Bagi kami... 1 set hidangan steamboat+ Sup pun dah cukup untuk 2 orang... Apatah lagi tambah add on punya menu... Memang kenyang... Sup tu pun tak larat nak habiskan... Banyak....

Kalau makan time selsema ke... Demam ke... Time hujan ke... Mesti seronok hahaha... Puas hati kot... Baru rasa lebih nikmat sebab boleh panaskan badan... Jangan lupa cuba SEE U kat mana-mana cawangan SEE U yang berhampiran dengan kalian..

Thank you =)

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3