Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, February 18, 2014

First time pergi interview kerja

Assalamualaikum..


Cita-cita seorang fresh graduate adalah untuk dapat kerja.. So, sebelum aku habis latihan industri a.k.a praktikal, aku dah start mohon kerja..

Last week, nak dijadikan cerita.. Aku receive phone calls dari nombor yang tak dikenali.. Dia call hari Isnin, aku tak angkat sebab tak dengar bunyi phone... Dia call hari Selasa baru aku angkat, kebetulan phone ada kat sebelah je masa tu..

Masa tu baru tau siapa yang call.. Rupanya ada company panggil aku datang interview kerja.. Kerja yang memang aku ada mohon..

Aku HAPPY sebab at last ada jugak orang panggil untuk datang interview kerja.. Maklum lah dah sebulan kan habis belajar.. 

Sepanjang hari tu aku happy bukan main sampai husband cakap aku tak nampak nervous langsung.. Happy je memanjang.. Malam tu aku tak masak dan husband ajak makan luar je.. 

Lepas balik dari makan, husband terus tidur dan aku pulak study pasal company dan job description.. Masa tu baru rasa NERVOUS!

Pagi tu lepas solat subuh, aku sambung study lagi.. Lepas tu, lelap kejap..

Janji nak jumpa Boss company tu jam 10 a.m, maka pada jam 9.34 a.m aku dah sampai..

Masa dalam kereta tu aku sempat tanya husband...


Aku: Dulu Abang interview kerja, lama tak kena soal?

Husband: Sepanjang sesi interview tak rasa lama pun even ambik masa 1 jam kena interview..

Aku: Ooo.. Yeke?

Husband: Ye.. Jangan risau :)


Muka orang nak pergi interview


Sepanjang dalam kereta tu, aku sibuk nak susun fail, check make up dan sembur perfume play boy kat baju, kat kain. kat tudung.. Nak bagi wangi hahaha.. 

Jumpa Boss, isi borang permohonan kerja dan Boss pun panggil suruh duduk mengadap dia.. Ini first time aku pergi interview kerja.. Aku tak pernah kerja langsung..

Mungkin orang lain sempat jugak kerja beberapa bulan.. Tapi aku tak pernah.. Sebab kalau cuti sem je Umi dah suruh aku jadi social worker.. Mengajar orang buat biskut, buat kek, jahit headband..

Aku pun lepas spm terus sambung diploma 3 tahun.. Habis diploma, duduk rumah terus masuk skill classes lepas tu mengajar orang pulak dengan menggunakan skill yang aku ada.. Bila result UPU keluar, aku dapat tawaran masuk U.. 3 tahun setengah nak habiskan ijazah.. Setiap kali cuti sem, masuk je bulan ramadhan, aku dah terima tempahan headband dan biskut raya.. Memang tak kerja lah jawabnya hehe..

Tapi Boss yang interview aku tu memang cool.. Aku tak segan cuma nervous sebab first time kena interview.. Tambahan pulak sesi interview tu dilakukan 100% dalam bahasa inggeris.. Sikit pun tak ada terkeluar bahasa malaysia.. Husband aku kata woooaa!!! bila dengar aku kena speaking sepanjang interview sebab time dia kena interview kerja (of course lah company yang lain.. bukan company yang aku kena interview ni) memang bertutur dalam bahasa malaysia..

Gitu gini makan masa 40 minit jugak sesi interview dijalankan.. Boss kata, "It's okay.. This interview is going to be your new experience.. So, we are the first company to interview you.." dan Boss company tu pun senyum.. "Don't worry.. I will tell HR to short list your name.. So, thank you for coming.."

Dari pagi tak breakfast.. Lepas je habis interview session tu aku terus makan nasi padang hehehe husband belanja.. Sampai ke malam nervous tak berkesudahan hahaha..

Itu lah dia pengalaman pertama kena interview.. Yang penting, make up sebelum pergi interview.. Masa praktikal jarang pergi kerja nak main denga make up hehe malas..


Terima kasih..

Resepi Okonomiyaki (Japanese Food)

Assalamualaikum..


Kalau nak tahu, Okonomiyaki ni makanan Jepun.. 1st time aku dengar pasal makanan ni bila adik aku yang bongsu asyik sebut je nak makan Okonomiyaki gara-gara tergoda tengok Monkey De Luffy dalam cerita One Piece tu makan..


Ini bukan cerita One Piece.. Contoh kartun makan okonomiyaki hehehe


Adik aku mintak kat semua orang dalam rumah tu buatkan untuk dia tapi tak ada sape pun nak buat termasuk aku..

Akhirnya Abah yang buatkan bila Abah balik Malaysia hehehe.. So, ini resepi ala-ala Abah punya lah tapi aku buat cara aku..

Kadang-kadang boring jugak makan lempeng kosong je kan.. Sesekali tu kita buat lah lempeng Jepun iaitu Okonomiyaki ni.. Dia lebih kurang macam savory pancake kalau bahasa orang putihnya.. Kalau bahasa kita namanya lempeng berlauk..


Okonomiyaki


Resepi Okonomiyaki

2 biji kentang (disagat)
2 biji bawang besar (slice)
1/2 biji kobis saiz kecil (disagat)
3 keping daging burger (dihancurkan dan dimasak terlebih dahulu)
garam secukup rasa
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung
majerin

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk yang sama kecuali majerin... Kacau rata..




2. Panaskan kuali leper, letak sedikit majerin.

3. Ceduk satu senduk adunan Okonomiyaki dan letak di atas kuali leper. Leperkan Okonomiyaki anda seperti lempeng dengan menggunakan belakang senduk.




4. Masak setiap bahagian lebih kurang 5 minit atau sehingga Okonomiyaki masak.

5. Boleh dimakan dengan sambal tumis ikan bilis, sambal terasi, rendang dan sebagainya.


Aku makan Okonomiyaki ni dengan sambal tumis ikan bilis.. Aku pernah jugak makan dengan sambal terasi iaitu sambal nasi ayam penyet.. Sedap jugak!

Kalau nak tahu, nak masak Okonomiyaki ni memang cepat.. Agak-agak bangun pagi perut tengah lapar sangat lepas tu tak ada idea nak masak apa, masak je Okonomiyaki ni.. Senang sangat hehe..

Kalau nak Okonomiyaki yang lagi extreme boleh check kat You tube.. Macam-macam bahan diorang letak kat Okonomiyaki.. Ini version simple by Rima Dania.. Boleh lah cuba..


Terima kasih..

Resepi Karipap Berintikan Kari Masala Ayam Kentang dengan Telur Rebus.. Awesome!!

Assalamualaikum..


Huhuhu tak reti kelim cantik-cantik jadi kelim guna alat jelah


Itu dia frozen karipap aku.. Hari ni je dah telan 5 biji karipap yang mewah dengan inti... Sepenuh-penuh inti aku sumbat tanpa membazirkan ruang yang ada..

Ini karipap FIRST TIME aku buat sendiri sebab tergoda dengan gambar karipap yang kak nadz post dalam blog dia.. Tembam-tembam karipap kak nadz.. Efeknya, karipap aku pun tembam-tembam jugak jadinya hehehe.. 

Untuk kulit karipap tu aku ikut resepi kak nadz letak dalam blog dia.. Intinya pulak adalah version sendirian berhad.. Aku try buat inti sendiri.. 

Ada yang dah terliur??? Hahaha jom tengok resepinya..

Bagi yang nak mencuba kulit karipap yang rangup, lembut dan sangat sedap + wangi baunya boleh lihat DI SINI

INTI KARIPAP version Rima Dania adalah seperti berikut:

4 biji kentang saiz besar (potong dadu dan rebus sehingga empuk)
2 ketul dada ayam (potong dadu dan rebus. simpan air rebusan)
4 biji bawang besar (slice)
1 inch halia (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
4 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kunyit
Air rebusan ayam
Garam
Gula
Daun kari (optional)
Minyak masak
Air

Telur rebus (belah 4)


1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Tumis bawang putih, halia, daun kari dan bawang merah sehingga layu.

2. Campurkan ke semua tulisan berwarna merah ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit air untuk dijadikan pes.

3. Masukkan pes tadi ke dalam kuali dan kacau rata. 

4. Masukkan ayam, kentang, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 

5. Tuang 1/4 cawan air rebusan bagi melembutkan inti. 

6. Siap untuk dijadikan inti.


Blur gambar ni hukhukhuk


Aku suka inti karipap yang ada telur rebus, so boleh lah letak kalau ada yang berminat..


Sorry dah tergigit dulu karipapnya sebab geram akan kesedapannya..


Aku suka dengan resepi kulit karipap ni sebab masa tengah bancuh pun dah naik baunya.. Bau ala-ala di kedai pastri pun ada hehe...

Dari segi inti pulak, aku suka dengan resepi inti aku sebab kaya dengan isi ayam, kentang dan ada telur rebus di dalamnya.. Puas hati makan bila setiap kali gigit je dapat inti.. 

Tengahari malas nak lunch berat-berat, aku makan 3 ketul karipap gemuk ni dengan satu mug old town hazelnut coffee.. Malam pun malas nak makan berat-berat, aku makan 2 biji karipap gemuk ni lagi.. Padahal aku masak kari kaki ayam untuk husband makan malam.. Katanya nak makan dengan roti canai dan lempeng.. Kari kaki ayam tu pun aku letak garam masala.. Dapur aku dah bau kedai mamak da hahaha..

Sambil layan korea sambil ngap karipap panas memang awesome sangat!!



Terima kasih!

Sunday, February 16, 2014

Celebrate Tamat Praktikal + Tamat Belajar dengan Hora Hore di KUALA LUMPUR yaw!!!!!

Assalamualaikum..



Aku memang dah plan dengan husband nak bercuti panjang.. Kata nak celebrate aku habis belajarkan hehe... Husband pun apa lagi.. Apply cuti panjang jugak lah nak melayan aku holiday hehehe..

Destinasi yang kami pilih adalah KL sebab adik perempuan aku dan husband dia duduk KL.. Dua-dua staff HUKM.. Jumpa jodoh di hospital hehe..

Dalam masa yang sama, aku excited nak tengok perut adik aku yang makin membesar.. Masa aku pergi KL tu dia pregnant nak dekat 5 bulan.. Dah nampak gaya-gaya ibu mengandung terzahir melalui suka usap perut, muka berkerut tahan sakit pinggang, jalan pun dah lain gayanya, selera makan memang besar dan dia cepat lapar!! Lagi satu, dia suka simpan stock asam-asam dalam kereta hehehe..

Kami lepak KL 4 hari 3 malam.. Bermula Sabtu hingga Selasa.. LAMA OKAY!! Hahaha.. Destinasi pertama adalah IKEA di Damansara... Aku dah pernah pergi beberapa kali sebelum ni dengan family (shopping perabot kat ikea angkut naik Nazaria dari KL ke Melaka!!!).. Adik aku dengan husband dia of coz tak heran dengan IKEA.. Aku saja pilih nak pergi situ sebab nak bagi experience kat husband.. Nak bagi dia teruja tengok barang-barang kat IKEA tu hehehe...




Memang jangkaan aku tepat sekali! Husband aku senyum happy sampai ke telinga (sampai ke telinga tu tipu sangat).. Dia kata best sangat tempat tu sebab boleh berangan dan kumpul idea nak buat susun atur yang macam mana kat rumah sendiri..

Adik aku dengan husband dia pulak lesap pergi survey baby cot.. English style gitu baby cot yang diorang survey.. Comel sangat.. Aku pun suka baby cot warna macam tu sebab lebih kepada soft colour..

Lepas round satu ikea, kami pun kelaparan yang teramat.. Orang diet macam aku pun dah start berkeroncong perut apatah lagi ibu mengandung yang sorang tu hehe.. 


Ibu mengandung dah tak sabar nak makan...

Adik aku order meatball untuk para isteri, fish and chips untuk para suami
dan chicken wing dua set untuk dua family kecil kami hehe

Aku dah banyak kali pergi Ikea tapi first time nak makan kat food court Ikea..

Thank you sebab belanja kami makan sedap-sedap!!!!


Nak makan kat food court Ikea ni bukan senang.. Berpusu-pusu orang datang nak merebut meja makan.. Lepas tu kena beratur panjang untuk beli makanan.. Yes! Tak mudah sebenarnya.. Tapi dek kerana kiteorang semua ni secara semulajadinya jenis extreme nak mengejarkan sesuatu yang sedap, maka kita usahakan sebaik mungkin supaya kita tak terlepas peluang yang ada...

Para husband jaga meja dan kemaskan meja yang masih bersepah lantaran bekas orang yang makan sebelum ini dan kami wifey ni pulak pergi beratur beli makanan.. Kena kerja dalam berpasukan okay! Hahahaha... Lihat lah gigihnya mak buyong tu beratur panjang untuk makanan hehehe.. 

Alhamdulillah kenyang jugak makan petang tu.. Siap ditambah dengan chicken spring roll dan cinnamon roll.. Bila masing-masing dah terkenyang, mula lah ada yang bagi idea nak bungkus baki chicken wing yang tak terhabis tu.. Akhirnya beg aku jadi mangsa untuk simpan chicken wing.. Habis terkesan bau chicken wing dalam beg aku selama seminggu!!...

Esoknya kami ke SOGO sebab husband nak shopping baju kerja.. Bukan senang nak tengok husband aku shopping.. Sesekali kena bagi peluang kat husband shopping puas-puas.. Lagi pun tu kan hasil titik peluh dia bekerja.. Aku selalu excited teman husband shopping.. Maklum lah, jadi tukang bagi komen hehehe.. Lawa ke tak baju tu, sesuai ke tak.. Hehehe...




Sementara aku sibuk layan husband shopping.. Mereka berdua sibuk survey stroller baby pulak.. Tu dia atas tu gambar adik ipar aku tengah test tahap kekuatan stroller hahaha... Adik aku kata tahap ketahanan stroller itu penting sebab nanti senang nak bawak pergi hiking.. Maklum lah adik ipar aku tu kaki panjat bukit, panjat gunung hehehe.. Alang-alang dah ada baby nanti, nak ajak baby hiking jugak dengan stroller..


Angah and Along ;)


Husband aku pun sempat cuci mata tengok stroller untuk bakal anak dia (tunggu rezeki untuk mengandung kali kedua pulak) hahaha.. 

Balik dari SOGO, kami dibawa ke Kampung Baru.. Lapaaarr... Jadi kami makan malam di Kampung Baru.. Kami makan nasi lemak sambal sotong, nasi goreng ayam, satay ayam dan daging dan keropok ikan untuk kudapan.. Alhamdulillah kenyang orang belanja makan.. 

Kesimpulannya memang best sangat dapat lepak KL 4 hari 3 malam.. Selain makan di IKEA dan juga Kampung Baru, kami juga sempat merasa makanan di Wong Solo.. Sedap nasi ayam penyet di Wong Solo!!.. 

Terima kasih daun keladi di atas segala layanan yang telah diberikan.. Hopefully, next time diorang datang JB 4 hari 3 malam jugak.. Dapat jalan banyak tempat.. Yeaay!!!!

Ke diorang nak datang JB dengan stroller yang berpenghuni.. Siapa tau kan :p

Kita dah kahwin 1 tahun 8 bulan lah!

Assalamualaikum..


Memandangkan dah jadi surirumah sepenuh masa (buat masa ni lah hehehe), mari lah kita update banyak-banyak cerita best dalam blog Rima Dania ni.. 

Aku tamat praktikal a.k.a latihan industri di tempat husband bekerja adalah pada 27 december 2013.. Memang ini lah saat yang aku nantikan iaitu tamat belajar secara rasminya.. Syukur alhamdulillah.. Yes!!!!!

Walaupun aku dah tamat praktikal tapi relationship antara aku dan staff di situ baik-baik belaka.. Sesekali aku singgah office jumpa diorang, memang riuh dibuatnya.. Aku pun muka tak berapa malu sangat.. So, aku singgah lah mana-mana department yang aku suka untuk jumpa sahabat-sahabat aku... 

Ya! Kiranya aku ni bab building relationship ada sikit bagus lah.. Salah satunya, aku suka buat cupcake lepas tu bagi diorang rasa air tangan aku.. Sorang dapat 3,4 biji tau untuk dibawak balik rumah hehehe... Kadang-kadang tu kek, cheese tart, bubur kacang hijau durian siap dengan roti lagi (roti tu husband belikan).. Macam-macam lagi lah... Tak ingat dah hehehe..




Sepanjang praktikal memang ramai tak tahu aku dah kahwin kecuali staff terdekat yang hari-hari mengadap muka aku ni.. Setiap hari aku pergi kerja naik sekereta dengan husband dan balik keje pun sekereta jugak tapi still orang tak terfikir yang lelaki selalu dengan aku tu husband aku hahaha...

Ada yang kata itu adik aku (grrrr... tua ke aku ni?? hahaha).. Ada yang kata itu abang ipar aku.. Ada yang kata tu boyfriend aku!! Ada yang kata tu kawan aku.. Banyak version kisah aku dengan husband hahaha..




Akhirnya pada hari terakhir aku tamat praktikal, baru ramai buka mulut bertanya, "Dik, dah kahwin ke belum?".. Aku jawab, "Dah setahun setengah saya kahwin.." Balas dengan bangga ni hehe.. Diorang balas balik, "Laaa.. Yeke?? Ingat tak kahwin lagi..".. Aku senyum je lepas tu balik kerja, masuk dalam kereta terus bagi tau husband hahaha..

Ada yang tanya macam ni pulak.. "Lepas ni plan nak buat apa?".. Aku jawab, "Insyaallah nak cari kerja..".. "Dah mohon ke mana-mana tempat kerja?".. Aku jawab lagi, "Dah.. Tunggu panggilan interview je..".. "Ala Dik, kalau belum dapat kerja, kau plan lah untuk kahwin..".. Aku balas, "Ermm.. Saya dah kahwin.. Dah setahun setengah saya kahwin..".. Gitu ya..




Kadang-kadang aku rasa aku dengan husband dah boleh buat version kedua drama Sebenarnya Saya Isteri Dia hihihihihi.. 

Funny sebenarnya situasi tu berlaku dalam tempoh 3 bulan.. Maknanya sepanjang aku praktikal orang berteka-teki status aku walaupun hari-hari pergi dan balik kerja dengan husband atau sesekali aku keluar makan waktu rehat dengan husband hehe.. Mujur tak ada yang kata husband aku tu staff mengorat budak praktikal hahahaha...

Ada satu lagi komen yang aku terima bila aku kata, "Saya dah kahwin".. 

Katanya, "Serius macam tak percaya awak ni dah kahwin sebab dress up awak macam student, perangai awak pun gaya student, tak macam bini orang.."

Sebab aku memang student yang kahwin mengejut masa 2nd year kat universiti dan aku juga adalah bini orang sampai 4th year di universiti dan sampai bila-bila jadi bini orang yang mithali tau ;p




Classmate kat U aku pun sama jugak.. Dah 2 tahun kahwin pun lecturer masih gelar dia dengan gelaran CIK! Hehehe.. Padahal dia dah pregnant kot masa tu tapi lecturer macam tak percaya dia dah kahwin.. Lagi funny hehehe..

Bulan ni genap lah 1 tahun 8 bulan.. Alhamdulillah.. Semoga berkekalan sehingga ke syurga.. Ameen..

Baru-baru ni aku gatal tangan upload game make up kat tab.. Aku ajak husband main game make up tu.. Nak tau hasilnya bila husband aku make up kan anak patung??




Habis semua benda dia nak pilih warna ungu hahahaha...




Ini pulak hasil aku yang make up hehehe.. 

Saja main untuk suka-suka hehehe..

Terima kasih..

Saturday, February 15, 2014

Resepi Donat Lembut dan Caramel Sauce

Assalamualaikum...


Hari ni hari Ahad dan husband bekerja sebab Johor kan dah tukar cuti dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu.. So, agak pelik jugak lah hari Ahad ni mengadap Melodi sorang-sorang sambil lipat kain..

Perut berkeroncong tapi boring nak makan nasi berlauk sorang-sorang.. Akhirnya aku buat keputusan nak try resepi donat dari blog kak nadz.. Resepi donat kak nadz tu aku ambil DI SINI.. 

Memang seronok dapat buat donat sebab 1st time aku buat hari tu aku tiru resepi orang lain tapi tak menjadi.. Guna resepi kak nadz share yang akhirnya buat donat aku menjadi buat pertama kalinya.. Yeaay!!!


Rupa tak ada tapi rasa ada kira ok lah hehe


Kat atas tu lah hasilnya.. Dari segi bentuk macam tak kemas sangat hehe.. Tapi untuk beginner boleh lah kan.. Janji ada rupa donat..

Dari segi tektur memang lembut.. Sama macam title yang kak nadz tulis dalam blognya.. So, apa lagi.. Serang blog kak nadz hehe..



Donat sambal berinti fish fillet..


Yang atas tu aku ada jugak buat donat yang tak berlubang.. Donat rupa macam tu boleh dibuat donat sambal.. Nak tambah extreme sikit, aku letak lah fish fillet brand figo tu kat tengah-tengah donat dan sapukan sambal hehe.. Ini lah juadah tengahari aku..

Aku tak tabur gula pada donat sebab aku dah aim nak sira donat tu dengan caramel sauce.. Ada pelbagai cara untuk buat caramel sauce dan caramel sauce yang ni version aku punya.. Memandangkan barang-barang ni selalu ada kat rumah, maka senang sikit nak buat..


Bahan-bahan untuk CARAMEL SAUCE


CARAMEL SAUCE RIMA DANIA

Bahan-bahan boleh dilihat pada gambar di atas..

Cara-cara:

1. Dalam periuk, masukkan air dan gula pasir. Nyalakan api dan biar gula masak sehingga warna keperangan tanpa mengacaunya..


Campuran gula dan air


Gula mendidih


Caramel sauce yang dah siap

2. Bila gula dah bertukar warna keperangan, tutup api dan alihkan periuk dari tungku.

3. Masukkan susu cair, garam, vanilla extract dan butter. Kacau rata.

4. Siap untuk dihidang. Boleh digunakan untuk glaze pada donat, roti, churros atau pop corn. Nak jadikan topping pada ice-cream vanilla pun boleh jugak. Selain itu, topping untuk chocolate cake, cheesecake, vanilla cake dan lain-lain pun boleh..


Kelmarin aku sempat buat pop corn.. Beli pop corn mentah kat Mydin lepas tu aku pun start lah projek buat caramel pop corn untuk dimakan masa menonton dvd hehe..


Pop corn dah mengepop..


Pop corn yang disaluti caramel sauce 


Nak buat popcorn senang je.. Aku ikut macam dalam you tube step by step.. Alhamdulillah jadi.. 

Apa yang penting.. Try lah caramel sauce ni.. Sedap tau.. Aku 1st time buat caramel sauce ni tahun lepas sebab nak makan dengan cinnamon roll yang aku buat sendiri.. Memang best!!! 

Terima kasih..

Monday, February 10, 2014

HOLIDAY DI HONG KONG

Assalamualaikum..


Aku hold lama dah entry ni.. Kalau boleh nak share pengalaman pergi holiday luar negara tanpa menggunakan ejen pelancongan.. 

Maksudnya di sini, pergi holiday dengan ikut gerak hati, ikut map, ikut info dari orang sekeliling, ikut dari hasil pembacaan dan mungkin ikut apa orang tempatan kata (macam aku pergi Hong Kong, maka ikut apa kata orang Hong Kong lah)..

Aku pergi Hong Kong bulan September selama seminggu (banyak blog travel kata bulan September adalah bulan terbaik untuk bercuti di Hong Kong).. Sebelum start packing pakaian, aku akan google keadaan cuaca kat sana supaya tak salah pakaian.. Bulan September di Hong Kong dalam lingkungan autumn sebelum winter tiba dan sesekali hujan turun serta windy.. Boleh dikatakan musim panas dan lembab.. Dari segi suhu biasanya 30 darjah dan ke bawah.. 

Maka, dari segi prepare pakaian tu penting.. Jangan lah bawak sweater yang tebal, bawak baju yang kainnya tak serap peluh atau bawak shawl, tudung yang buat rambut, leher semua dibasahi dengan peluh hehehe.. 

Aku banyak bawak baju t-shirt labuh yang tak perlu digosok, dress yang mudah serap peluh dan cardigan nipis.. Dari segi shawl, aku bawak shawl yang tak terlalu tebal dan tudung sarung yang simple untuk orang travel..

Selain pakaian, jangan lupa survey dulu tempat money changer sebab ada sesetengah money changer tu kita boleh dapat harga rendah dan ada yang lagi tinggi.. So, better survey dulu lah sebelum buat pertukaran duit.. Aku rugi sikit masa buat pertukaran duit sebab parents aku dapat tukar lagi banyak!! Hohoho.. Please check dulu ya kat board diorang letak kat kaunter tu.. Bandingkan dan lihat money changer mana bagi keuntungan kat korang..


15 SEPTEMBER 2013


Dah sampai Lapangan Terbang Hong Kong


Aku dan family naik MAS tapi semua tu parents sponser hohoho.. Ramai tanya kenapa kami tak naik Air Asia (bukan sorang, dua orang tanya tapi ramai sangat tanya.. fuuuhh terutama kawan-kawan husband).. Aku rasa kalau pergi sendiri aku naik Air Asia sebab bajet lagi murah tapi ini family trip jadi tiket telah dibayarkan.. Thank you thank you thank you Abah sebab sponser semuanya!!..

Flight kami pada 15 September 2013 (Ahad) pada jam 9 pagi.. Alhamdulillah kami dapat naik Airbus untuk ke Hong Kong.. Yeayy!!! So, seawal subuh kami dah bergerak menuju KLIA dari Melaka.. Kami breakfast beramai-ramai di Food Garden KLIA.. Kami?? Mereka breakfast siap makan dan minum tapi aku tak... Aku minum coffee je pagi tu sebab aku dah aim makanan dalam flight.. Simpan perut bagi kosong hehe..


Thank you for bringing us hehe


Flight kami dari jam 9 pagi sehingga lah 12.30 tengahari.. Lebih kurang macam tu lah timing nya.. Alhamdulillah servis dalam flight memang tip top!!.. Ada appetizer, ada main course, ada desert (ice-cream magnum!!) dan boleh refill juice, coffee dan tea berulang-ulang kali sampai rasa nak ke tandas hehe.. Belum pernah kecewa naik MAS sejak pertama kali naik MAS masa duduk UK dulu.. Kemudian ke Arab Saudi dan kini ke Hong Kong pula..

Aku share sikit lah pasal diri aku dan kapal terbang.. Aku ni sebenarnya mudah mabuk, pening kepala, nak muntah-muntah bila naik kapal terbang.. Bayangkan Airbus yang agak lapang tu pun aku rasa mabuk duduk lama-lama dalam tu!! Husband enjoy watching movie even adik-adik pun selalunya boleh habiskan 4 movie sekelip mata selama 8 jam sementara menunggu nak sampai Arab Saudi.. Aku??? Naik je kapal terbang terus pasang mp3 dan tidur.. Bangun hanya untuk makan, buang air dan ambil angin dengan berjalan-jalan dalam kapal terbang untuk hilangkan mabuk..

Aku STOP cerita pasal kapal terbang di sini hehehe..



Suasana ketika dalam perjalanan ke Kowloon


Turun je flight, kami terus menuju ke arah kaunter pembelian octopus card.. Aku suka betul dengan sistem ni sebab octopus card ni ala-ala touch and go.. Dengan octopus card, boleh naik bas, naik MTR, naik tram, naik feri dengan bayar tambang melalui swipe je card ni pada mesin bayaran,.. Ada sesetengah kedai makan pun terima octopus card.. Nak bayar bil makanan, cashier swipe je octopus card kita pada mesin diorang.. Senangkan??

Lepas setel beli octopus card untuk sorang satu, kami terus keluar dari lapangan terbang dan carik bas untuk ke Chungking Mansions di Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon.. Hotel kami terletak disitu.. Istimewanya Chungking Mansions ni, kawasannya ada masjid besar dan banyak pilihan makanan halal yang berasakan masakan arab, iran, turki dan seangkatan dengannya.. Nak makan makanan restoran Malaysia pun ada di bangunan Chungking Mansions.. Ada nasi lemak, roti canai, briani ayam, briani daging, teh tarik.. Fuuhhh.. Memang sedapp makanan Malaysia kat situ.. Hampir hari-hari tapau makanan kat situ hehe..

Tengok tuuu... Besar tak masjid kat kawasan Kowloon ni..
Masjid ni jugak tempat ramai orang luar yang bukan beragama
Islam datang untuk menuntut ilmu.. Orang putih ada, cina Hong Kong
pun ada jugak.. Masjid ni mesra untuk semua jenis races..


Selesai check in bilik masing-masing.. Aku dan husband sampai je hotel kami tidur sampai esok paginya.. Malam tu, Abah dan Umi sempat dating berdua sekitar Tsim Sha Tsui dalam keadaan HUJAN!! Hehehe.. Hujan malam tu, patut lah lena je kami tidur.. Masa tu mood nak berjalan belum ada.. Tak apa lah, kita kumpul tenaga banyak-banyak untuk esok hari..


16 SEPTEMBER 2013

Mari kita membaca peta beramai-ramai hehe


Subuh di Hong Kong adalah pada pukul 4 pagi- 5 pagi.. Memang super awal bagi aku yang menetap di Johor.. Oleh kerana masa tu dah masuk pertengahan musim autumn atau luruh, maka airnya sedikit sejuk (Kalau winter di Hong Kong mau sampai 10 darjah.. Siapa nak rasa musim sejuk kat Hong Kong boleh pergi time ni tau.. Best! Boleh pakai baju sejuk hehe).. 

Bangkit solat subuh, online facebook, blogwalking (sempat okay), kemudian termenung tengok tingkap di mana pemandangannya adalah bandar Kowloon yang dikelilingi dengan bangunan yang tinggi, shopping kompleks yang besar serta kedai-kedai yang tak kurang hebatnya..

Jam 7 pagi aku dan mereka semua breakfast mamee chef hehe.. Ini lah bekalan orang travel.. Mamee chef curah air panas dan nescafe untuk segarkan biji mata hehehe...


On the way ke kawasan kilang industri berat


Bila cerita pasal Hong Kong, orang expect mesti kami pergi Hong Kong Disneyland, Ocean Park Hong Kong dan semua tempat wajib bagi orang yang bercuti di Hong Kong.. Tapi sebenarnya kami tak pergi pun semua tempat tu memandangkan adik-adik tak ikut sebab bukan musim cuti sekolah.. Kang jeles pulak adik-adik.. Next time lah kot hehe..

So, hari kedua di Hong Kong, kami ke kawasan kilang ataupun kawasan industri berat dengan menaiki MTR mereka.. Pelik jugak lah datang sini pergi tengok kawasan industri berat diorang tetapi ini lah dia sebahagian dari pengalaman menjelajah negara orang.. Aku dapat tengok kilang metal bertingkek-tingkek macam rumah pangsa dek kerana Hong Kong space nya kecil.. Tanah tak banyak.. Maka, kilang industri berat pun dibina secara bertingkek-tingkek macam rumah pangsa sebab nak save space... 


Naik feri dari Kowloon ke Hong Kong Island

Dah sampai Hong Kong Island

Mari naik bas double decker ni dan round satu bandar Hong Kong Island

Ini adalah lakonan konon-konon aku yang drive bus tu.. Ini kerana masa
duduk UK, aku suka sangat buat gaya macam tu bila naik bus double decker hehe..
Berangan jadi driver bus hahaha padahal duduk tingkat atas..

Naik feri nak balik ke Kowloon


Pada sebelah malam, kami merentasi dari Kowloon ke Hong Kong Island dengan menaiki feri (boleh jugak kalau nak naik MTR).. Kami berjalan-jalan sekitar Hong Kong Island dengan menaiki bas double decker.. Kalau nak tahu, Hong Kong ni terbahagi kepada dua.. Bahagian Kowloon dan juga bahagian Hong Kong Island.. Kat Hong Kong Island ni adalah kawasan perniagaan dan kawasan untuk shopping barangan mewah dan berjenama.. Skyscraper merata-rata sampai sakit tengkuk nak memandang ketinggian bangunan-bangunan perniagaan tu.. Korang boleh lihat banyak bangunan perniagaan yang besar seperti Samsung dan lain-lain..

Bila dah penat berjalan, perut pun dah lapar.. Apa lagi jalan-jalan usha makanan lah hehehe...


Kami makan di kedai Arab lah..



Kami makan di kedai Arab.. Dah macam duk Arab Saudi daa... Hehehe merata-rata kedai makanan Arab kat Tsim Sha Tsui ni.. Cuma anda kena bijak memilih je.. Ada kedai sedap, ada yang kurang sedap dan mahal.. So, usha dulu haa lepas tu baru makan..


17 SEPTEMBER 2013

Hari ni masuk hari ketiga.. Masih ke destinasi yang sama iaitu kawasan kilang industri berat.. Aku siap masuk kat kawasan lori dok punggah barang.. Punggah besi lah, simen lah.. Maam-macam.. Pekerja pun pandang pelik je.. Apa benda lah budak kepala berbalut ni buat kat sini... Diorang ni pelik tengok kita pakai tudung.. Pandang atas bawah atas bawah.. Itu aktiviti pagi sampai petang..

Di waktu malam, kami pakat pergi The Peak di Hong Kong Island.. Yang ini tempat wajib ya.. Kena pergi.. Kawan Abah aku kata, nak pergi The Peak kena pergi waktu malam.. Masa tu boleh lah ambil mood tengok skycraper menyalakan lampu warna-warni secara berjemaah.. Memang menarik sangat.. Nak pergi The Peak kena naik tram sebab nama pun Peak maknanya puncak.. The Peak ni ada nama lain iaitu Victoria Peak atau pun Mount Austin.. Malam tu memang windy dan sejuk.. Lain kali kena prepare cardigan tebal sikit sebab kat atas tu agak sejuk..


Beratur untuk beli tiket
Sementara tunggu turn nak naik tram untuk naik ke The Peak, mari baca sejarah
The Peak..
Ini lah yang cuba dimaksudkan oleh kawan Abah tu.. Cantikkan??

Itu dia.. Kami berdua dah sampai The Peak..


Malam tu kami dinner kat restoran makanan melayu kita.. Husband makan briani ayam, aku makan nasi lemak (sambal dia memang macam kat warung kita).. Nasi lemak dia lengkap tau.. Semua bahan ada..

18 SEPTEMBER 2013

Hari keempat kami di sini.. Masih ke tempat yang sama.. Kawasan industri berat hehehe.. Memandangkan dah hari-hari ke sini, aku dengan husband datang sini sendiri tanpa Abah dan Umi sebab Abah dan Umi lambat sikit.. Hehehe mereka tapau makanan tengahari.. Nasi lemak ayam serupa macam malam tadi.. Sedap dan tak jemu hehehe..


Tu diaaaaaa.. Terliur lahaiii kat Hong Kong pun ada nasi lemak
Malaysia..

Serius hari keempat ni aku tak ingat kami ke mana selain dari dinner makan makanan arab hehehe.. Kami makan nasi arab bersama lauk-lauk arab beserta air mango lassi mereka yang superb!!


19 SEPTEMBER 2013- 20 SEPTEMBER 2013

Untuk dua hari ni kami ke Hong Kong Island bagi mendapatkan makanan cina yang halal.. Alhamdulillah.. Kami berjaya makan roasted duck with rice (ala-ala nasi ayam jugak cuma gantikan dengan itik) di Wai Kee Food Shop, Bowrington Market.. Kalau nak tahu, ada sesetengah cina Hong Kong yang berniaga di Bowrington Market ni pandai cakap bahasa indonesia.. Jangan segan-segan berkomunikasi dengan mereka sebab seriously mereka ni peramah hehe.. 

Selain makan roasted duck with rice, kami makan lobak putih rebus, kulit limau bali rebus dan kentang goreng.. Korang jugak boleh pesan lamb brisket curry mereka sebab ramai orang datang sini sebab nak pekena curry mereka.. 

Sempat bersembang dengan dua orang lelaki berbangsa Arab.. Diorang kata rugi tak rasa curry kat sini.. Sedap sangat hehe.. Yang banyak berceloteh dengan Arab tu, Umi aku.. Pung pang pung pang speaking.. Siap cerita aku dengan husband duduk mana.. Pastu tanya dah datang Malaysia ke belum.. Macam-macam lah.. Yang aku ni diam je sebab kelaparan hahaha tak terjoin conversation mereka...

Lobak putih 

Kentang goreng

Kulit limau bali..
Ini lah dia... Roasted duck with rice..

Share berdua sebab takut tak habis.. Sebenarnya sampai hari ni kami husband and
wife menyesal share nasi itik tu sebab sedap huhuhuhu... Tengok lah buktinya.. Licin..
Daging itik ni lagi manis dari daging ayam.. Tu yang sedap..

Di Bowrington Market juga ada jual pelbagai jenis TUDUNG!!... Haa nak shawl ke apa ke memang ada.. Tak pelik pun.. Nak scarf tudung ke, inner neck ke semua ada kat sini.. Nak tau sebab apa?? Sebab maid kat sini ramai indonesian people yang beragama Islam.. Orang Hong Kong pakai maid dari indonesia.. Aku terserempak dengan beberapa maid dalam MTR yang baru ambil anak majikan balik dari sekolah..





Antara tempat makan yang halal di sekitar Hong Kong Island selain dari Wai Kee Food Shop adalah di Islamic Centre Canteen iaitu terletak di Masjid Ammar and Osman Ramju, Wan Chai.. Di sini lah tempatnya di mana anda boleh menikmati halal dim sum yang tersangat sedap sebab original sama macam dim sum chinese food tu..

Ini lah dia tempatnya untuk makan halal dim sum yang sedap

Sampai hajat nak makan dim sum..

1st round ni..

Sedap sangat.. 

Jangan lupa datang sini..


Di masjid ni lah Abah dan Husband aku solat jumaat sebab ticket nak solat jamak dah habis.. Valid 3 hari je kan.. Aku pun berkesempatan solat zohor kali kedua di sini.. Ramai muslim di Hong Kong berkumpul di sini untuk usrah, makan kat canteen dengan kawan-kawan atau pun mengerjakan solat jumaat tidak kira lelaki atau pun perempuan..

Sangat mudah travel kat Hong Kong ni.. Ada masjid besar dan mudah nak solat, ada banyak pilihan makanan halal cuma kena pandai carik.. Apa-apa pun mesti prepare awal-awal.. Google, banyakkan baca blog traveler dan jangan berat mulut bertanya pada orang tempatan di sekeliling kita ketika berada di Hong Kong..

Next station adalah SHOPPING cenderahati untuk diri sendiri, untuk family dan kawan office.. Kami ke Ladies Market.. Part yang ni kena baca sungguh-sungguh tau hehehe kerana.......


Mari lah shopping 

Come on baby.. come on..

Sesak kat kawasan ni..

Ladies Market yang sebijik macam Jalan Tar, KL..

Orang kat sini jalannya pantas.. Tak ada yang
terhegeh-hegeh jalan macam orang pemalas.. Perempuan pakai skirt pun
sarung kasut sukan untuk pergi kerja tau..

Husband bersama habuannya hehe


Jika datang bershopping di Ladies Market ni, kena lah tabahkan hati, pekakkan telinga dan bertegas lah dalam tawar menawar... Kalau dah sentuh barang jualan, dah tanya-tanya harga, dah try offer mengoffer dengan peniaga, harus lah beli lepas tu... Kalau tak, seperiuk kena maki hamun dengan peniaga tu.. So, kalau nak membeli tu kena betul-betul rasa YA AKU NAK BELI.. Kalau setakat nak usha tanya harga at the end tak jadi beli, memang kena &^%$@!(&%$@~ lah dengan peniaga huhuhuhu...

Kami juga sempat ke Golden Shopping Centre di Sham Shui Po.. Kawan Abah yang merupakan orang Hong Kong mengatakan bahawa tempat ni adalah tempat untuk para pengemar barang electronic, barangan it, gadgets dan seangkatan dengannya.. Barangan tersebut dijual dengan kadar yang rendah.. 

SONY PSP murah kot kat sini... Aku tak jumpa harga 1st hand yang semurah macam ni di Malaysia.. Abah shopping barang komputer dia kat sini sebab murah.. Betul.. Tak tipu.. Memang murah.. Cuma, aku belum pernah lagi baca blog orang bercuti pergi Hong Kong singgah ke tempat ni sebab orang tempatan je yang tau di mana tempat yang terbaek dan termurah untuk shopping barang electronic dan gadget..

Selesai shopping kami pun pulang ke hotel kami yang terletak di Chungkin Mansion, Tsim Sha Tsui dengan menaiki MTR...






21 SEPTEMBER 2013

Mari kita makan tengahari.. Flight balik Malaysia malam ni huhu

Chicken Tikka Massala yang sedap sangat!!!!!!

Jom jalan-jalan kat Avenue of Stars Hong Kong...


Last day kat Hong Kong.. Hari ketujuh ni kami relax je sebab flight pun malam pukul 10 macam tu.. 

Kami ke Avenue of Starts Hong Kong... Aku tak ada banyak gambar kat sini sebab..............................................................................................................................




Aku dan husband tolong jawab questionnaire student dari Univercity Hong Kong.. Dia ni budak tourism and hospitality.. Sesuai lah bagi soalan pasal pelancong berpuas hati ke tak bercuti di Hong Kong...

Aku dengan husband tak boleh nak mengelak dari tolong dia sebab aku dah rasa macam mana susahnya nak collect untuk data projek sarjana muda.. Aku siap menangis kat tepi curb Parit Raja tu.. Emosi sangat sebab dah lah tengah pregnant lepas tu orang suruh kita keluar dari kedai dia dan tak nak jawab pun questionnaire kita huhuhu... Keciwa tau.. Tu yang nangis meleleh-leleh air mata kat tepi curb Parit Raja depan KFC.. So, tak nak lah buat orang rasa apa yang kita rasa.. Maka kami tak habis round pun kat Avenue of Stars... Ini kira tempat wajib pergi tau.. Janji dah jejak kaki kira ok lah walaupun sekerat jalan je huhuhu...


Jom balik Malaysia

Naik 2kg untuk 7 hari duduk kat Hong Kong.. Gara-gara makan sedap
banyak sangat hehehe

Alolo the cute husband dah ready nak balik jugak..


Akhirnya selesai semua urusan dengan pihak hotel, kami pun bertolak ke lapangan terbang.. Nak balik Malaysia dah...

Untuk pengetahuan anda, lapangan terbang di Hong Kong ada SURAU... Ada surau siap arah kiblat, siap sejadah, siap sekali dengan tempat berwudhuk.. Cuma nak solat dengan tak nak solat je.. Korang boleh carik icon surau pada bahagian papan tanda.. Tak pun, tanya je kat pekerja airport 100% confirm diorang akan tunjukkan kat korang..

Agak-agak rasa lapar sebelum flight tiba.. Syukur alhamdulillah, di airport Hong Kong ada beberapa kedai makanan halal... Nak tahu halal ke tak, check je kat depan pintu kedai diorang mesti ada tanda HALAL.. Lapar atau bosan menunggu flight, boleh lepak makan minum kat situ.. 

Orang bermusafir doanya dimakbulkan jadi mari lah bermusafir..

Secara keseluruhannya, bercuti di Hong Kong ni best dan mesti jadi salah satu tempat untuk dilawati sebab tak ada halangan dalam menunaikan solat 5 waktu.. Nak cari makanan halal pun senang terutama di kawasan Chungking Mansion di Nathan Road di area Tsim Sha Tsui, yang terletak di Kowloon... Di Hong Kong Island pun ada Islamic Centre Canteen dan ada nasi itik halal di Bowrington Market.. Tak susah pun nak carik tempat-tempat tu..

Apa yang menariknya kita dapat lihat sisi kehidupan seharian mereka.. Pergi kerja pakai skirt tapi sarung kasut sukan sebab mereka nak bergerak pantas untuk ke tempat kerja.. Majoriti pergi kerja, pergi sekolah naik MTR.. Tak ramai yang pakai kereta mungkin sebab kos sara hidup yang terlalu tinggi.. Susah nak lihat rumah atas tanah seperti rumah teres melainkan anda akan lihat lebih banyak rumah flat atau kondominium merata-rata tempat...

Orang Hong Kong jugak dilihat lebih suka memanjat escalator berbanding tercegat menunggu sehingga sampai ke atas atau ke bawah.. Biasanya bagi yang nak tercegat atas escalator akan duduk sebelah kanan secara berbaris seorang demi seorang bagi setiap anak tangga.. Bagi yang nak laju, mereka akan memanjat di sebelah kiri dengan pantas..

Memandangkan mereka ni cergas.. Korang tak akan nampak lelaki Hong Kong berperut boroi atau gemuk dalam MTR!! Atau perempuan gemuk dalam MTR... Aku jeles betul tengok body perempuan Hong Kong.. Dah lah curve, tak terlalu kurus dan tak berisi pun.. Memang body-body model kot.. Jeles... Hahahah... Dan tak heran lah bila naik MTR time diorang balik kerja, memang penuh jejaka-jejaka Hong Kong memakai coat memenuhi isi perut MTR.. Smart-smart, handsome-handsome tak drive kereta mewah pun.. Naik MTR jer...


Nampak tak laju tak laju diorang ni jalan dengan sport shoes hehe

Tram di Hong Kong Island.. Dia bergerak slow tapi sangat murah tambangnya


Tapi tak heran lah kenapa orang Hong Kong body macam model.. Ini kerana Hong Kong terkenal di peringkat antarabangsa kerana memiliki sistem pengangkutan awam (MTR) yang selamat, murah dan pantas.. Stesen MTR kat Hong Kong pun bersepah-sepah.. Banyak.. Aku tabik sangat sebab sistem pengangkutan kat Hong Kong memang terbaik!! Tak kisah lah naik feri ke, bas ke, taxi ke mahupun tram.. 

Aku jugak dapat lihat orang Hong Kong masih ada nilai-nilai murni dalam diri mereka meski pun tinggal di tempat yang sangat maju dan canggih.. So memang best secara keseluruhannya...





Ada satu lagi tempat tarikan pelancongan di Hong Kong yang kami pergi... Konon nak naik cable car untuk ke kawasan bukit tinggi.. Malangnya cable car masih dalam maintenance pulak... Sedih tak dapat naik atas tu sebab puncak bukit tinggi hanya ada pokok yang renek.. Kata Abah bukit tu rupa bentuknya macam bukit kat UK.. Renek je pokoknya sebab iklim sejuk... Seronok jugak kalau dapat naik hehe.. Tapi tak apa lah.. Tak ada rezeki..

Hopefully ada yang enjoy baca entry yang panjang ni hehe...



Till we meet again HONG KONG!!!!!!

Thank you...

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3