Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, February 16, 2014

Celebrate Tamat Praktikal + Tamat Belajar dengan Hora Hore di KUALA LUMPUR yaw!!!!!

Assalamualaikum..



Aku memang dah plan dengan husband nak bercuti panjang.. Kata nak celebrate aku habis belajarkan hehe... Husband pun apa lagi.. Apply cuti panjang jugak lah nak melayan aku holiday hehehe..

Destinasi yang kami pilih adalah KL sebab adik perempuan aku dan husband dia duduk KL.. Dua-dua staff HUKM.. Jumpa jodoh di hospital hehe..

Dalam masa yang sama, aku excited nak tengok perut adik aku yang makin membesar.. Masa aku pergi KL tu dia pregnant nak dekat 5 bulan.. Dah nampak gaya-gaya ibu mengandung terzahir melalui suka usap perut, muka berkerut tahan sakit pinggang, jalan pun dah lain gayanya, selera makan memang besar dan dia cepat lapar!! Lagi satu, dia suka simpan stock asam-asam dalam kereta hehehe..

Kami lepak KL 4 hari 3 malam.. Bermula Sabtu hingga Selasa.. LAMA OKAY!! Hahaha.. Destinasi pertama adalah IKEA di Damansara... Aku dah pernah pergi beberapa kali sebelum ni dengan family (shopping perabot kat ikea angkut naik Nazaria dari KL ke Melaka!!!).. Adik aku dengan husband dia of coz tak heran dengan IKEA.. Aku saja pilih nak pergi situ sebab nak bagi experience kat husband.. Nak bagi dia teruja tengok barang-barang kat IKEA tu hehehe...




Memang jangkaan aku tepat sekali! Husband aku senyum happy sampai ke telinga (sampai ke telinga tu tipu sangat).. Dia kata best sangat tempat tu sebab boleh berangan dan kumpul idea nak buat susun atur yang macam mana kat rumah sendiri..

Adik aku dengan husband dia pulak lesap pergi survey baby cot.. English style gitu baby cot yang diorang survey.. Comel sangat.. Aku pun suka baby cot warna macam tu sebab lebih kepada soft colour..

Lepas round satu ikea, kami pun kelaparan yang teramat.. Orang diet macam aku pun dah start berkeroncong perut apatah lagi ibu mengandung yang sorang tu hehe.. 


Ibu mengandung dah tak sabar nak makan...

Adik aku order meatball untuk para isteri, fish and chips untuk para suami
dan chicken wing dua set untuk dua family kecil kami hehe

Aku dah banyak kali pergi Ikea tapi first time nak makan kat food court Ikea..

Thank you sebab belanja kami makan sedap-sedap!!!!


Nak makan kat food court Ikea ni bukan senang.. Berpusu-pusu orang datang nak merebut meja makan.. Lepas tu kena beratur panjang untuk beli makanan.. Yes! Tak mudah sebenarnya.. Tapi dek kerana kiteorang semua ni secara semulajadinya jenis extreme nak mengejarkan sesuatu yang sedap, maka kita usahakan sebaik mungkin supaya kita tak terlepas peluang yang ada...

Para husband jaga meja dan kemaskan meja yang masih bersepah lantaran bekas orang yang makan sebelum ini dan kami wifey ni pulak pergi beratur beli makanan.. Kena kerja dalam berpasukan okay! Hahahaha... Lihat lah gigihnya mak buyong tu beratur panjang untuk makanan hehehe.. 

Alhamdulillah kenyang jugak makan petang tu.. Siap ditambah dengan chicken spring roll dan cinnamon roll.. Bila masing-masing dah terkenyang, mula lah ada yang bagi idea nak bungkus baki chicken wing yang tak terhabis tu.. Akhirnya beg aku jadi mangsa untuk simpan chicken wing.. Habis terkesan bau chicken wing dalam beg aku selama seminggu!!...

Esoknya kami ke SOGO sebab husband nak shopping baju kerja.. Bukan senang nak tengok husband aku shopping.. Sesekali kena bagi peluang kat husband shopping puas-puas.. Lagi pun tu kan hasil titik peluh dia bekerja.. Aku selalu excited teman husband shopping.. Maklum lah, jadi tukang bagi komen hehehe.. Lawa ke tak baju tu, sesuai ke tak.. Hehehe...




Sementara aku sibuk layan husband shopping.. Mereka berdua sibuk survey stroller baby pulak.. Tu dia atas tu gambar adik ipar aku tengah test tahap kekuatan stroller hahaha... Adik aku kata tahap ketahanan stroller itu penting sebab nanti senang nak bawak pergi hiking.. Maklum lah adik ipar aku tu kaki panjat bukit, panjat gunung hehehe.. Alang-alang dah ada baby nanti, nak ajak baby hiking jugak dengan stroller..


Angah and Along ;)


Husband aku pun sempat cuci mata tengok stroller untuk bakal anak dia (tunggu rezeki untuk mengandung kali kedua pulak) hahaha.. 

Balik dari SOGO, kami dibawa ke Kampung Baru.. Lapaaarr... Jadi kami makan malam di Kampung Baru.. Kami makan nasi lemak sambal sotong, nasi goreng ayam, satay ayam dan daging dan keropok ikan untuk kudapan.. Alhamdulillah kenyang orang belanja makan.. 

Kesimpulannya memang best sangat dapat lepak KL 4 hari 3 malam.. Selain makan di IKEA dan juga Kampung Baru, kami juga sempat merasa makanan di Wong Solo.. Sedap nasi ayam penyet di Wong Solo!!.. 

Terima kasih daun keladi di atas segala layanan yang telah diberikan.. Hopefully, next time diorang datang JB 4 hari 3 malam jugak.. Dapat jalan banyak tempat.. Yeaay!!!!

Ke diorang nak datang JB dengan stroller yang berpenghuni.. Siapa tau kan :p

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3