Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, February 15, 2014

Resepi Donat Lembut dan Caramel Sauce

Assalamualaikum...


Hari ni hari Ahad dan husband bekerja sebab Johor kan dah tukar cuti dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu.. So, agak pelik jugak lah hari Ahad ni mengadap Melodi sorang-sorang sambil lipat kain..

Perut berkeroncong tapi boring nak makan nasi berlauk sorang-sorang.. Akhirnya aku buat keputusan nak try resepi donat dari blog kak nadz.. Resepi donat kak nadz tu aku ambil DI SINI.. 

Memang seronok dapat buat donat sebab 1st time aku buat hari tu aku tiru resepi orang lain tapi tak menjadi.. Guna resepi kak nadz share yang akhirnya buat donat aku menjadi buat pertama kalinya.. Yeaay!!!


Rupa tak ada tapi rasa ada kira ok lah hehe


Kat atas tu lah hasilnya.. Dari segi bentuk macam tak kemas sangat hehe.. Tapi untuk beginner boleh lah kan.. Janji ada rupa donat..

Dari segi tektur memang lembut.. Sama macam title yang kak nadz tulis dalam blognya.. So, apa lagi.. Serang blog kak nadz hehe..



Donat sambal berinti fish fillet..


Yang atas tu aku ada jugak buat donat yang tak berlubang.. Donat rupa macam tu boleh dibuat donat sambal.. Nak tambah extreme sikit, aku letak lah fish fillet brand figo tu kat tengah-tengah donat dan sapukan sambal hehe.. Ini lah juadah tengahari aku..

Aku tak tabur gula pada donat sebab aku dah aim nak sira donat tu dengan caramel sauce.. Ada pelbagai cara untuk buat caramel sauce dan caramel sauce yang ni version aku punya.. Memandangkan barang-barang ni selalu ada kat rumah, maka senang sikit nak buat..


Bahan-bahan untuk CARAMEL SAUCE


CARAMEL SAUCE RIMA DANIA

Bahan-bahan boleh dilihat pada gambar di atas..

Cara-cara:

1. Dalam periuk, masukkan air dan gula pasir. Nyalakan api dan biar gula masak sehingga warna keperangan tanpa mengacaunya..


Campuran gula dan air


Gula mendidih


Caramel sauce yang dah siap

2. Bila gula dah bertukar warna keperangan, tutup api dan alihkan periuk dari tungku.

3. Masukkan susu cair, garam, vanilla extract dan butter. Kacau rata.

4. Siap untuk dihidang. Boleh digunakan untuk glaze pada donat, roti, churros atau pop corn. Nak jadikan topping pada ice-cream vanilla pun boleh jugak. Selain itu, topping untuk chocolate cake, cheesecake, vanilla cake dan lain-lain pun boleh..


Kelmarin aku sempat buat pop corn.. Beli pop corn mentah kat Mydin lepas tu aku pun start lah projek buat caramel pop corn untuk dimakan masa menonton dvd hehe..


Pop corn dah mengepop..


Pop corn yang disaluti caramel sauce 


Nak buat popcorn senang je.. Aku ikut macam dalam you tube step by step.. Alhamdulillah jadi.. 

Apa yang penting.. Try lah caramel sauce ni.. Sedap tau.. Aku 1st time buat caramel sauce ni tahun lepas sebab nak makan dengan cinnamon roll yang aku buat sendiri.. Memang best!!! 

Terima kasih..

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3