Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Tuesday, February 18, 2014

Resepi Okonomiyaki (Japanese Food)

Assalamualaikum..


Kalau nak tahu, Okonomiyaki ni makanan Jepun.. 1st time aku dengar pasal makanan ni bila adik aku yang bongsu asyik sebut je nak makan Okonomiyaki gara-gara tergoda tengok Monkey De Luffy dalam cerita One Piece tu makan..


Ini bukan cerita One Piece.. Contoh kartun makan okonomiyaki hehehe


Adik aku mintak kat semua orang dalam rumah tu buatkan untuk dia tapi tak ada sape pun nak buat termasuk aku..

Akhirnya Abah yang buatkan bila Abah balik Malaysia hehehe.. So, ini resepi ala-ala Abah punya lah tapi aku buat cara aku..

Kadang-kadang boring jugak makan lempeng kosong je kan.. Sesekali tu kita buat lah lempeng Jepun iaitu Okonomiyaki ni.. Dia lebih kurang macam savory pancake kalau bahasa orang putihnya.. Kalau bahasa kita namanya lempeng berlauk..


Okonomiyaki


Resepi Okonomiyaki

2 biji kentang (disagat)
2 biji bawang besar (slice)
1/2 biji kobis saiz kecil (disagat)
3 keping daging burger (dihancurkan dan dimasak terlebih dahulu)
garam secukup rasa
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung
majerin

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk yang sama kecuali majerin... Kacau rata..




2. Panaskan kuali leper, letak sedikit majerin.

3. Ceduk satu senduk adunan Okonomiyaki dan letak di atas kuali leper. Leperkan Okonomiyaki anda seperti lempeng dengan menggunakan belakang senduk.




4. Masak setiap bahagian lebih kurang 5 minit atau sehingga Okonomiyaki masak.

5. Boleh dimakan dengan sambal tumis ikan bilis, sambal terasi, rendang dan sebagainya.


Aku makan Okonomiyaki ni dengan sambal tumis ikan bilis.. Aku pernah jugak makan dengan sambal terasi iaitu sambal nasi ayam penyet.. Sedap jugak!

Kalau nak tahu, nak masak Okonomiyaki ni memang cepat.. Agak-agak bangun pagi perut tengah lapar sangat lepas tu tak ada idea nak masak apa, masak je Okonomiyaki ni.. Senang sangat hehe..

Kalau nak Okonomiyaki yang lagi extreme boleh check kat You tube.. Macam-macam bahan diorang letak kat Okonomiyaki.. Ini version simple by Rima Dania.. Boleh lah cuba..


Terima kasih..

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3