Assalamualaikum..
Memandangkan dah jadi surirumah sepenuh masa (buat masa ni lah hehehe), mari lah kita update banyak-banyak cerita best dalam blog Rima Dania ni..
Aku tamat praktikal a.k.a latihan industri di tempat husband bekerja adalah pada 27 december 2013.. Memang ini lah saat yang aku nantikan iaitu tamat belajar secara rasminya.. Syukur alhamdulillah.. Yes!!!!!
Walaupun aku dah tamat praktikal tapi relationship antara aku dan staff di situ baik-baik belaka.. Sesekali aku singgah office jumpa diorang, memang riuh dibuatnya.. Aku pun muka tak berapa malu sangat.. So, aku singgah lah mana-mana department yang aku suka untuk jumpa sahabat-sahabat aku...
Ya! Kiranya aku ni bab building relationship ada sikit bagus lah.. Salah satunya, aku suka buat cupcake lepas tu bagi diorang rasa air tangan aku.. Sorang dapat 3,4 biji tau untuk dibawak balik rumah hehehe... Kadang-kadang tu kek, cheese tart, bubur kacang hijau durian siap dengan roti lagi (roti tu husband belikan).. Macam-macam lagi lah... Tak ingat dah hehehe..
Sepanjang praktikal memang ramai tak tahu aku dah kahwin kecuali staff terdekat yang hari-hari mengadap muka aku ni.. Setiap hari aku pergi kerja naik sekereta dengan husband dan balik keje pun sekereta jugak tapi still orang tak terfikir yang lelaki selalu dengan aku tu husband aku hahaha...
Ada yang kata itu adik aku (grrrr... tua ke aku ni?? hahaha).. Ada yang kata itu abang ipar aku.. Ada yang kata tu boyfriend aku!! Ada yang kata tu kawan aku.. Banyak version kisah aku dengan husband hahaha..
Akhirnya pada hari terakhir aku tamat praktikal, baru ramai buka mulut bertanya, "Dik, dah kahwin ke belum?".. Aku jawab, "Dah setahun setengah saya kahwin.." Balas dengan bangga ni hehe.. Diorang balas balik, "Laaa.. Yeke?? Ingat tak kahwin lagi..".. Aku senyum je lepas tu balik kerja, masuk dalam kereta terus bagi tau husband hahaha..
Ada yang tanya macam ni pulak.. "Lepas ni plan nak buat apa?".. Aku jawab, "Insyaallah nak cari kerja..".. "Dah mohon ke mana-mana tempat kerja?".. Aku jawab lagi, "Dah.. Tunggu panggilan interview je..".. "Ala Dik, kalau belum dapat kerja, kau plan lah untuk kahwin..".. Aku balas, "Ermm.. Saya dah kahwin.. Dah setahun setengah saya kahwin..".. Gitu ya..
Kadang-kadang aku rasa aku dengan husband dah boleh buat version kedua drama Sebenarnya Saya Isteri Dia hihihihihi..
Funny sebenarnya situasi tu berlaku dalam tempoh 3 bulan.. Maknanya sepanjang aku praktikal orang berteka-teki status aku walaupun hari-hari pergi dan balik kerja dengan husband atau sesekali aku keluar makan waktu rehat dengan husband hehe.. Mujur tak ada yang kata husband aku tu staff mengorat budak praktikal hahahaha...
Ada satu lagi komen yang aku terima bila aku kata, "Saya dah kahwin"..
Katanya, "Serius macam tak percaya awak ni dah kahwin sebab dress up awak macam student, perangai awak pun gaya student, tak macam bini orang.."
Sebab aku memang student yang kahwin mengejut masa 2nd year kat universiti dan aku juga adalah bini orang sampai 4th year di universiti dan sampai bila-bila jadi bini orang yang mithali tau ;p
Classmate kat U aku pun sama jugak.. Dah 2 tahun kahwin pun lecturer masih gelar dia dengan gelaran CIK! Hehehe.. Padahal dia dah pregnant kot masa tu tapi lecturer macam tak percaya dia dah kahwin.. Lagi funny hehehe..
Bulan ni genap lah 1 tahun 8 bulan.. Alhamdulillah.. Semoga berkekalan sehingga ke syurga.. Ameen..
Baru-baru ni aku gatal tangan upload game make up kat tab.. Aku ajak husband main game make up tu.. Nak tau hasilnya bila husband aku make up kan anak patung??
Habis semua benda dia nak pilih warna ungu hahahaha...
Ini pulak hasil aku yang make up hehehe..
Saja main untuk suka-suka hehehe..
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment