Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, January 11, 2015

Hello 3rd Trimester!!!!!

Assalamualaikum


Alhamdulillah saat menulis entry ni aku dah masuk 27 weeks & 4 days.. 2 hari je lagi nak jejak 28 weeks.. So, SELAMAT DATANG KE 3rd TRIMESTER!!!!!

Ada orang tanya, "Dah start nervous nak bersalin?".. Aku jawab "Belum.. Masih enjoy lagi.." Hehehe.. Enjoy tengok baby dari luar perut.. Sekejap perut terbonjol sebelah kiri, sekejap perut terbonjol sebelah kanan.. Kadang-kadang dah macam wave perut aku dibuatnya..

Sekarang ni patern baby tidur dah lari.. Pagi aku bangun nak solat subuh, dah terasa dia bergerak aktif kat dalam.. Tengahari dia kurang sikit nak main.. Tidur kot.. Petang pun jarang dia nak berboxing, cuma sesekali tu adalah.. Lepas maghrib sampai pukul 3, 4 pagi boleh rasa dia aktif kat dalam.. Aktifnya sampai rasa bergegar satu badan aku ni.. Ya!! Tidur malam pun dah tak selena dulu sebab ada benda dalam badan yang kerap kejutkan suruh bangun hahahaha.. Nak ajak main lah tu..

Selalunya husband atau adik-adik yang nampak perut aku bergerak-gerak, diorang akan ketawa sebab diorang cakap kelakar hahaha.. Bila diorang letak tangan kat perut aku, diorang asyik cakap, "Geli... Geliiiii..."




Masa 18 weeks aku pernah scan nak tengok gender baby tapi doctor cakap  tak jelas.. Mungkin sebab baby kecik lagi.. Aku nekad nak scan masa 18 weeks sebab adik aku scan baby dia si Anas tu masa 18 weeks terus nampak yang si Anas tu baby boy.. Ramai cakap kalau pregnant baby boy mudah nak detect hehehe.. Paham-paham jelah ya sebab apa.. Sebelum tamat sesi scan tu, doctor cakap, "Mungkin boy ni.. Nanti lagi sebulan awak datang lagi untuk double confirm." untuk dapatkan kesimpulan dan memuaskan keinginan aku yang nak tahu sangat gender baby.. Kononnya mudah lah nak beli barang kalau dah tau gender baby..

Sekali lagi pergi masa 23 weeks kalau tak silap.. Doctor scan dan "Ni nampak macam baby girl.. Tak ada ciri-ciri baby boy langsung ni..".. Aku dengan husband dah saling pandang memandang.. Husband pun cakap, "Hari tu cakap macam boy..".. Doctor pun dah berkerut memikir, "Awak scan kat sini ke?".. Husband jawab, "Ha'ah, kiteorang scan kat sini bulan lepas..".. Doctor pun usaha jugak try nak dapatkan kepastian tapi still main agak-agak mungkin baby girl sebab tak jelas dan dalam masa yang sama si kecik ni mengepit.. Susah nak tengok private part dia.. 

So, di suatu petang yang indah hahahaha.. Aku tengah lepak tengok tv dengan husband.. Kebetulan aku balik rumah kat JB.. Tengah syok baring atas sofa, baby aktif main kat dalam.. Husband tergelak-gelak tengok perut aku yang berbonjol-bonjol.. Aku pun, "Baby tengah aktif ni.. Kalau scan mesti best..".. Husband dapat hidu bau niat aku, "Nak pergi scan ke? Boleh je.. Bila?".. Aku tau, husband aku memang excited kalau nak pergi scan sebab dia pun suka tengok anak dia ni walaupun kat screen komputer je.. Aku jawab, "Kita scan sekarang lah sebab klinik Dr. Anis kat Kempas tu pun dah bukak.."

Kebetulan ramai jugak orang pagi Jumaat tu.. Aku pulak kalau pergi klinik Dr. Anis ni selalu nervous hahaha.. Masa awal-awal pregnant, aku scan kat sini jugak untuk sahkan yang ada baby dalam rahim aku.. Memang sekejap je Dr.Anis scan terus nampak baby.. Kiranya ini second time aku datang sini sebab nak check perkembangan baby + gender baby buatkan aku nervous sebab Dr.Anis ni terror scan.. 

Masa baring atas katil untuk sesi scan, aku pun cakap kat Dr.Anis, "Saya tak tahu lagi baby ni girl ke boy..".. So, Dr.Anis pun terus carik bahagian private baby hehehe.. Dan... "Ha... Kalau macam ni bentuknya memang tak lain tak bukan baby GIRL lah ni..".. Aku dengan husband pun macam, "Ooooo... Baby girl ke??".. Excited dengar baby girl sebab cucu Abah Umi yang first baby boy hahahaha.. Kalau kiteorang dapat baby girl, kira dah sepasang lah cucu Abah Umi.. Dr.Anis print gambar bahagian private baby dan tulis kat situ GIRL..




Aku nak share gambar baby yang full macam tak best pulak sebab baby girl kan pemalu.. So, dia memang tak nak tunjuk muka dia.. Aku pun tak pernah dapat tengok muka sebab dia akan paling muka dan badan ke belakang setiap kali scan hahahah.. Nampak bontot je lebih.. Kita tunggu baby keluar baru kita share muka baby, okay hehe..

So far baby dah 1kg, air ketuban cukup dan tumbesaran dia sihat.. Alhamdulillah.. Memang itu yang semua parents nak kan.. 

Lepas ni dah boleh sambung shopping sikit-sikit barang warna PINK!!!!!! Yeayyyy!!!! 


Thank you..



p/s: Ini lah Anas masa baru seminggu lahir.. Sekarang dah 7 bulan memang ligat betul budak ni.. Habis semua barang hiasan, rak buku dikemasnya atau dalam erti kata lain disepah-sepahkan dan dibuang ke bawah hahaha.. Kain baju yang Umi dia dah lipat pun habis disepahkan.. Dia jugak peminat setia wayar tv, charger handphone.. And by the way, dia pantang nampak Ipad dan handphone.. Tiba-tiba dia jadi over excited dan nak pegang hahahaha lepas tu masuk mulut ngap ngap ngap.. 


No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3