Assalamualaikum
Hi!!!!
Apa lagi aktiviti yang best nak dibuat oleh sepasang husband and wife yang jumpa sekadar sehari setengah, dua hari seminggu.. Pulak tu, kebanyakkan topik harian dah habis cerita dalam whatsapp.. Bila pjj ni memang harap kat whatsapp jelah untuk bersembang tanya khabar, tanya dah makan ke belum, tanya tengah buat apa.. Kalau husband meeting atau outstation, kurang sikit lah berwhatsapp.. Kena tunggu dia betul-betul free baru sambung whatsapp balik hehehe..
Memandangkan weekend kiteorang more to lepak kedai mamak malam-malam pekena tosei dan jus buah.. Tak pun sama-sama pergi laundry bar cuci baju stok seminggu.. Sambil tunggu kain baju tu dibasuh dan dikeringkan oleh mesin, saja bukak topik pasal nama anak..
Setahu aku lah, hak memberi nama kepada anak tu lebih kepada si ayah.. Ayah ada kuasa besar untuk beri nama pada anaknya berbanding emak walaupun emaknya yang mengandung sarat sembilan bulan hehehe..
Tapi kan biasa lah hahahahahaha... Mesti emaknya lagi excited mencari nama berbanding ayah.. Siap google dan buat list lagi nama-nama pilihan.. Tu aku ler tu heww... Masa tak tahu jantina baby, aku beria lah buat list nama baby boy dengan nama baby girl.. Sekarang ni dah tau jantina baby, memang aku fokus kat nama baby girl jelah..
Antara mencari nama baby boy dengan nama baby girl, cari nama baby girl laaagiii susah!!! Tambahan pulak aku ni cerewet tak nak baby aku nanti tersama nama dengan nama anak orang lain..
Pinjam gambar google hehehe |
Walaupun aku suka syok sendiri cari nama baby, aku still tanya pendapat husband.. Mana lah tau nama yang aku pilih tu nanti dia tak berkenan hehehe.. Sambil sebut satu-satu nama, sambil baca riak muka husband.. Biasanya husband jawab, "Abang tak kisah pun.. Abang serah 100% kat Mama baby untuk bagi nama".. Hah!! Dengar tu.. Dah dapat penyerahan kuasa memberi nama kat baby.. Yeayyy!!! Seronok memang seronok dah dapat GREEN LIGHT sebab tak payah lah berebut-rebut, dua-dua nak letak nama hahahaha..
Tapi gedik jugak nak tanya husband suka nama apa.. Jawapan yang dia bagi, "Suka nama Siti Afiah..".. Hohoho.. Tu namanya jawapan main-main.. Nama aku Nur Afiah lepas tu letak nama anak Siti Afiah T_T Lepas dapat jawapan macam tu memang malas dah nak tanya hehehe kang keluar nama pelik-pelik..
Pinjam lagi gambar google.. Selalu kalau pergi scan memang view bontot ni lah yang kiteorang dapat.. |
Aku suka nama baby yang ringkas, pendek dan mudah disebut.. Paling penting mesti lah membawa makna yang baik.. Nama tu kan kekal sampai bila-bila.. Kalau salah pilih nama, confirm aku lah orang yang paling rasa bersalah sebab kuasa memberi nama dah jatuh ke atas aku.. So, harap-harap aku berhati-hati sepanjang nak memilih nama baby tu nanti..
Bawah ni aku tepek gambar husband masa dia baby.. Nak tepek gambar aku, aku tak tahu ke mana hilangnya gambar aku masa baby dulu.. Entah-entah anai-anai dah makan huhuhu.. Malas nak kenang balik gambar aku masa baby nanti sedih sebab dah bertahun cari tak jumpa T_T
Satu je nak cakap pasal gambar husband ni hahahaha.. Bulat bam bam hehehe..
Thank you..
No comments:
Post a Comment