Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, January 21, 2015

Second Trip Shopping Barang Baby

Assalamualaikum


Memandangkan beberapa hari je lagi nak masuk 30 weeks, aku dah start gelisah bila barang baby tak lengkap.. Mungkin first time nak jadi mommy memang macam tu kot.. Lepas tau je jantina baby, aku follow banyak giler online shop kat Instagram hahaha.. Konon mudah lah nak survey barang baby yang comel-comel dan berguna.. Bukan semua barang online tu ada jual kat kedai.. Paling over aku suka sangat follow Insta Shop yang jual headband hahahaha.. 

Sambil cuci mata kat Insta Shop, aku redah jugak Manjaku Baby Mall Melaka.. Ni penangan iklan mulut ke mulut dari Umi dan Abah Aisya dan jugak Umi Abah si Anas hahaha.. Diorang lah yang suggest shopping barang baby kat situ.. So, aku pun ikut terjebak shopping sakan sampai tak pergi tempat lain dah.. Bukan apa, kat Manjaku Baby Mall ni semua benda berkaitan baby ada dalam satu bangunan.. Sangat memudahkan urusan first time mommy and daddy ni..


Abah & Umi Aisya

Abah & Umi Anas


Sebelum ni dah pernah shopping kat situ tapi sikit-sikit je.. Boleh tengok kat entry DI SINI hehehe..

Sebelum nak shopping tu aku dah buat check list dalam note book.. Tengok apa lagi barang yang belum dibeli.. Penting check list ni sebab takut terbeli benda yang bukan-bukan dan tak perlu.. Nanti mula lah membazir lepas tu tak pakai.. Akhirnya jadi barang hiasan je.. Hahaha semak tau..

So, ini lah dia antara barang yang aku beli kat Manjaku Baby Mall untuk baby.. Memang dah plan nak settle kan barang baby dulu, barang mak baby kita settle kemudian..


Tilam ni husband yang pilih.. Nak yang comel-comel dan selesa je
untuk baby girl dia.. Penangan hampir 3 years waiting
dan sangat excited nak sambut 1st baby ^_^


Mula-mula tu tak nak beli kelambu sebab rasa macam tak ada nyamuk
kat rumah parents.. Sekali ada laa nyamuk.. Baru perasan.. So, kiteorang
pun beli lah kelambu..


Bila tengok adik bedung anak dia guna napkin, kaki
anak dia terkeluar.. Lahir dengan kepanjangan 56cm
tak cukup dengan bedung pakai napkin.. Mana tau baby
kiteorang nanti lagi panjang, so kita guna baby blanket untuk
bedung baby.. Bedung baby pun husband yang pilih
English style pulak tu heww..


Ni benda basic yang penting.. Memang kena ada..


Pakat pilih jenama Huggies sebab jenama ni dapat banyak feedback
positif selain dari Mamypoko.. Tak pernah google pun pasal diapers
dan tak pernah ambik tahu langsung sebelum ni hahahahaha...
Lagi satu kiteorang tak beli saiz newborn, beli saiz S terus.. Sesuai
untuk baby 3-7kg.. Mana tau baby kiteorang bambam..


Husband memang cerewet bab tuala ni.. Dia tak suka tuala yang nipis, tak serap air,
kasar dan bersaiz kecil.. So, bab tuala ni aku serah sepenuhnya kat husband..
Akhirnya dia pilih tuala jenama Bebe..


Aku memang dah aim nak beli storage box ni.. Rasa lagi selamat
berbanding guna bakul yang lubang-lubang tu.. Bakul tu tak ada penutup..
Kalau storage box ni ada penutup.. Rasa bersih sikit dari sebarang habuk..


Puas hati dah dapat settle banyak barang.. Kalau tidak... Resah je rasa sebab preparation tak selesai.. Baby nak keluar bukan ikut due date pun.. Kalau dia cakap "Nak keluar sekarang jugaakk!!!" Hahahaha ada yang kena bedung pakai shawl kang sebab kain bedung tak beli lagi..

Manjaku Baby Mall ni sediakan pelbagai jenama dan setiap jenama ada range harga tersendiri.. Depends pada kemampuan kewangan parents nak shopping gaya macam mana.. Nak yang mahal ada, nak yang sederhana ada dan nak yang murah pun ada.. Aku beli campur-campur ikut keselesaan baby dan tak stick pada satu jenama je dan dalam masa yang sama ikut budget.. Yang penting budget diapers dan susu formula kena spent lebih sikit (walaupun niat nak fully breastfeed tapi survey jugak susu formula)..

Sebelum ni kiteorang memang ada tabung holiday hahaha.. Maklum lah dua-dua suka bercuti dan berjalan.. Kali ni tabung holiday tu kena kurangkan sebab dah wujud satu lagi tabung iaitu Tabung Baby hehehe.. Tabung Baby ni penting untuk masa-masa kecemasan..

Ni alamat Manjaku Baby Mall Melaka (tak jauh dari Melaka Central, Tesco dan Aeon Bandaraya Melaka)

No. 2-8,Jalan Lagenda 8,
Taman Satu Lagenda,
75400 Melaka.

Tel : 06 2880051            Fax : 06 2880052


Thank you!!


No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3