Assalamualaikum
Baru graduate 12 Oktober yang lepas.. Masa tu aku dah 2 tahun 4 bulan berkahwin dan kebetulan mengandung 4 bulan buat kali kedua.. Mungkin ramai ingat mudahnya perjalanan hidup kami.. Aku belum habis belajar dah kahwin dengan lelaki pilihan yang belum graduate dan baru sangat bekerja,.. Kemudian, habis study terus pregnant lagi sekali (1st time pregnant masa tengah study lagi)..
Pastinya semua nampak indah belaka kan?
Ini realiti kehidupan bukan drama yang diakhiri dengan happy ending.. Setiap hari kena lalui masa cemas, masa gembira dan masa bahagia..
Antara hard time yang paling aku ingat bila kami kena lalui saat *kisah orang ketiga*.. Husband lagi banyak menangis.. Hehehe tapi menangis belakang-belakang lah.. Time dia tengah duduk sorang-sorang, tengah solat ke.. Kalau waktu melawat kat wad tu dia tak pernah tunjuk pun dia sedih.. Dia tiba-tiba jadi positif dan selalu pegang tangan wife dia ni dan bagi selalu bagi semangat..
Satu lagi hard time bila dua tahun berturut-turut husband kena masuk hospital dan kena operate.. Masa tahun sebelum tu aku kuat jugak.. Sikit pun tak menangis tapi dalam hati sentiasa risau sementara tunggu dia keluar dari bilik operation..
This year pun sama.. Husband kena masuk hospital untuk kes yang sama.. Kali ni bila dengar doktor punya opinion dan decision, aku menangis-nangis the whole night kat hospital.. Bengkak mata!!! Masa tu lantak lah patient katil sebelah kiri, kanan, depan pandang pun.. Siap menangis kat depan parents lagi.. Of course parents try pujuk dan bagi kata-kata positive supaya aku berhenti menangis.. 2nd operation ni sangat menguji tabah ke tak hati ni terima ujian Tuhan..
Pagi sebelum husband operate, aku nak sangat husband mandi wangi-wangi.. So, aku tolak husband atas wheel chair sambil usung baby bump aku untuk ke bilik air.. Dari tak kuat nak tolak husband atas wheel chair, tiba-tiba terus jadi kuat.. Aku suruh dia mandi bersih-bersih, pakai syampu.. Lepas mandi pun aku spraykan perfume.. "Baru lah handsome sebab dah wangi.." Seingat aku, tu lah ayat yang aku cakap kat husband..
Bila nurse dan staff dah start nak tolak katil husband pergi bilik operation, aku pun ready jugak.. Ready nak kejar diorang yang sorong husband dengan begitu laju.. Imagine aku kena melangkah kaki besar-besar sebab nak follow diorang..
Lebih kurang sejam menunggu husband, parents aku pun sampai.. Tak ingat berapa jam kami tunggu husband..
Akhirnya, husband pun keluar dari bilik operation dan masih berbaring atas katil dengan separuh badan dibius.. Aku yang risau dari tadi menunggu berjam-jam kat luar ni rasa lega sangat bila dia nampak aku kat ruang menunggu dan dia terus terSENYUM!!!!! Senyum yang sama macam dia nak pergi kerja, balik kerja, bangun pagi celik dari tidur, sebelum lelap mata waktu malam.. The sweetest smile!!!! Hehehe..
Sepanjang 6 hari kat hospital tu dia selalu bising suruh aku balik rumah tidur atas katil.. Katanya nampak aku tak selesa setiap malam kena tidur lewat, dah tu kena tidur atas kerusi malas, pagi sebelum subuh dah kena bangun dan pulangkan kerusi malas.. Jawapan aku sama je, "Tak ada benda yang menyeronokkan selain dapat tengok muka husband setiap hari" hahahahaha sakit pinggang tidur atas kerusi malas tu kira belakang cerita lah..
Selera makan husband kurang sejak dia tak sihat.. Aku lah yang tukang habiskan makanan hospital yang dia dapat tu.. Memang berat naik lah jawabnya huhuhu tapi berat husband turun nak dekat 10kg.. Kadang-kadang orang datang ziarah bagi makanan, aku jugak yang tukang clear kan semua makanan tu.. Dia still tak ada selera makan.. Aku tanya jugak ada teringin benda lain ke?... Dia jawab, "Nak KFC..." So, cousin aku yang kerja kat hospital ni pun belikan dia KFC.. Cousin aku ni doktor, kebetulan pulak tengah handle bahagian Ortho.. Setiap hari dia datang tengok aku dengan husband.. Ada masa free, aku pergi sarapan kat cafe dengan dia.. Kalau tak, aku sarapan sorang-sorang jelah jawabnya...

Husband pun cuti sekejap je.. Alhamdulillah dia sihat dengan cepat berbanding operation tahun yang sebelumnya.. Dah boleh drive macam biasa, makan minum macam biasa walaupun kuantiti makanan tu sedikit..
Sebenarnya ni kira macam pengalaman dalam rumahtangga.. Ada masa aku perlukan dia.. Ada masa dia perlukan aku.. Bila sama-sama saling memerlukan baru lah rasa ada kerjasama, dua-dua ada peranan dalam rumahtangga dan bukan hanya jadi patung semata-mata.. Kalau sorang tak ada, mesti rasa macam, alamak patah sebelah kaki!!!
Dalam rumahtangga tak patut ada rasa, "Ala.. Kalau dia tak ada pun tak apa.. Semua benda aku boleh handle sendiri start dari beli barang dapur, beli kereta, beli rumah, besarkan anak, drive sana sini..".. Ada je yang bangga bila bercakap macam tu sebab rasa jadi superwoman dan pandang orang lain sebelah mata sebab pergi kedai nak beli pad pun husband teman.. Tapi cuba dia fikir balik.. Apa tujuan sebenar dia berkahwin dan membina rumahtangga sebab sepatutnya rumahtangga kena saling melengkapi.. Itu pandangan jujur aku lah.. Walaupun wife tahu drive dan beli barang dapur sendiri, tapi lebih baik sesekali spent masa keluar beli barang dapur sama-sama dan decide nak beli barang apa.. Kalau wife hebat dalam besarkan anak-anak, at least anak-anak pun kena ada quality time dengan parents, bukan dengan mak atau bapa sahaja.. Betul tak?
Hopefully untuk 2015 ni ada banyak perkara seronok menanti dan semoga setiap ujian yang Tuhan turunkan membawa hikmah yang baik untuk semua..
Gaining weight hohohohohohoh |
HAPPY 2015 SEMUA!!!!
Terima kasih..
2 comments:
Cer la upload gambar dgn baby bump...mengidam nak tgk...
Syuhada Aris: Hahaha ada kat instagram.. Baru upload tadi :p
Post a Comment