Planning memang dah pilih negeri PAHANG sebagai destinasi percutian.. Tapi Pahang memang best!! Terlalu banyak tempat yang boleh kita pergi.. Yang penting Pahang sesuai untuk pelancong berjiwa alam semulajadi.. Puas hati mata ni memandang kehijauan Pahang... hehehe...
Tahun lepas bercuti kat Pahang jugak.. Cameron Highlands dengan Frasers Hill...
Alhamdulillah memang time kami bercuti je time tu sejuk bukan main.. Masa tu Cameron Highlands punya sejuk sampai orang putih pun pakai jaket berbulu tu.. Suhu jatuh sampai 14 darjah.. Menggeletar kepala lutut nak berjalan-jalan.. Hidung pun sakit sebab sejuk sangat.. Tidur kat aircond pun aku tak bukak suhu sampai 14.. Haha.. cukup lah 25 tu pun dah sibuk berebut selimut...
Ok lah.. Cuti kali ni abah tempah SERI PENGATIN RESORT kat Janda Baik.. Memang best!! Service bagus.. Makan dan minum pun puas hati.. Sekitar resort pun sangat best... Harga bilik memang mahal berbanding resort yang ada kat Janda Baik ni tapi puas hati... Ada sungai yang mengalir pastu memang privacy tempat ni.. Pada yang tak pernah ke Janda Baik... Boleh lah datang sini dan bermalam kat resort ni... Jarak dari resort ni nak ke Genting Highlands baru 30 minit... Kalau nak pergi Colmar Tropicale yang bangunan Perancis tu pun baru berapa minit je..
Kat bawah ni ada lah beberapa gambar yang sempat aku snap sepanjang bermalam kat sini.. Memang resort ni terbaeekkk!!! Thanks to ABAH sebab bawak kami semua jalan-jalan merelease tension study (^^,) Semoga pointer sem ni masih 3.00 ke atas.. Just for my PARENTS (^^,)...
Asalnya breakfast serve hantar ke bilik.. Tapi memandangkan semua bangun dan berjalan-jalan sekeliling garden dan sungai kat resort ni.. Maka sarapan pagi kami pun dihidang tepi swimming pool... Private lagik untuk family kami sahaje..
Sarapan pagi kami nasi lemak... karipap kentang.. kek pisang... kopi.. teh.. milo.. buah pisang sebagai pencuci mulut.. Tak terhabis pun.. hehe
No comments:
Post a Comment