Kami pergi sini pun sebab kawan Abah cakap dari Jerantut ke Taman Negara makan masa 45 minit.. Maka kami pun bertolak lah ke sini... Sungai yang ada memang buzy dengan bot yang ulang-alik ambil penumpang dari jeti ke jeti untuk ke Taman Negara...
Punya lah bersemangat naik bot siap pakai jaket keselamatan lagi.. Belum panas duduk kat dalam bot dah sampai dah ke jeti yang lagi satu... hehehe... Kalau terer berenang lah kan ke seberang tanpa bot... Tapi tak dibuat orang jadi jangan nak mencuba-cuba pulak... Naik je bot dengan harga RM1 bagi satu kepala...
Baiklah.. Apa kata kalian cuci mata pulak tengok gambar alam semulajadi yang ada kat Taman Negara ni... Untuk yang berminat nak tidur kat Taman Negara... Ada Mutiara Hotel Taman Negara... Tempat ni sesuai jugak bagi minat pergi trail.. Persiapkan lah barang-barang anda dengan lengkap sebelum berangkat ye...(^^,)
Ni gambar dari dalam kereta sepanjang nak ke Taman Negara.. Sepanjang perjalanan tu jugak lah aku dapat tengok betapa banyaknya pokok-pokok balak kena tebang dan betapa banyaknya lori kayu balak kat Pahang ni.. Aku tak jumpa benda ni kat Melaka...
Umi ku kata sungai yang keruh ni namanya Ulu Tembeling... Aku ingatkan Kuala Tahan rupanya bukan.. Sempat jugak Abah tanya kat peniaga makanan yang berniaga kat tepi sungai ni.. Abah tanya berapa jarak nak pergi Gunung Tahan iaitu gunung tertinggi kat Semenanjung Malaysia.. Peniaga tu kata nak sampai Gunung Tahan 55km.. Korang nak sampai sana kena lah berjalan kaki selama 7 hari baru sampai Gunung Tahan tu... Mencabar tak??
Yang ni aku jumpa masa dalam hutan Taman Negara.. BLUE FERN.. atau pun Paku pakis biru.. Cantek tak? Kalau kat tempat lain hanya ada satu warna je iaitu hijau... Kat dalam hutan ni memang pelik-pelik warna dia...
Umi aku kata.. Sungai yang keruh ni Ulu Tembeling dan yang jernih sebelah sana tu pulak Lata Bekuh...
MENGHARAPKAN PENURUNAN BERAT BADAN SELEPAS PENAT BERJALAN JAUH... HEHE
2 comments:
Assalamualaikum..
Bukan sungai Ulu Tembeling, sebaliknya nama sungai tu Sungai Tembeling......di ulunya baru digelar Ulu Tembeling. Ada lima kampung besar bagi mukim ulu tembeling: Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai.....saya anak jati Kg Kuala Sat facebook.com/mrismailahmad
Gambar tu juga bukan lata berkoh...sebaliknya kuala bagi Sungai Tahan....dihulunya terdapat lata yang sangat terkenal yang dipanggil Lata Berkoh
Anon: Waalaikumsalam.. Terima kasih kerana memberi detail yang terperinci dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam description saya.. Saya dapat info dari orang yang saya temui semasa bercuti di situ dan mungkin ada mishearing @ kesilapan informasi dr mereka barangkali.. =)
Post a Comment