Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, June 16, 2011

MUFFIN BANANA CHOCOLATE CHIP

Semalam aku mintak tolong Umi suruh beli bahan nak buat kek pisang memandangkan kat rumah aku ni ada banyak pisang yang kami beli kat Janda Baik... Cara-cara nak menghabiskan pisang-pisang yang ada tu maka muncul lah idea alangkah sedapnya dapat minum petang sambil menikmati kek pisang yang fresh dan panas baru keluar dari oven.... hehehe...

Memandangkan aku lagi suka buat muffin maka dari kek kita jadikan lah ia kepada muffin sebab adunan dan bahan sama cuma loyang je yang lain-lain hehe... Jangan risau tentang sedap ke tak sebab aku search kat you tube resepi ni.. Macam-macam style mereka buat kek pisang tapi aku pilih resepi yang paling banyak view dan mendapat komen yang baik...

Marilah kita ke dapur blog ku.. hehe... Kita tengok senang ke tak senang nak buat kek pisang ni...
Mana tau esok-esok ada yang nak minum petang dengan kek pisang kan.. (^^,)....


Malas nak ambik gambar jadi aku google je gambar ni.. Memang lebih kurang pun dengan aku punya MUFFIN BANANA CHOCOLATE CHIP ... hehehe... (tapi aku tak letak chocolate chip sebab dah habis.. Rugi tak letak..)


BAHAN-BAHAN RAHSIA LAGI SULIT DALAM RESEPI NI IALAH:

2 cawan setengah tepung gandum...



1 sudu kecil soda bikarbonat...



2 cawan besar pisang lenyek... (Aku lenyek pakai blender je... Cepat... Hahaha)



1 cawan gula pasir..



Setengah sudu besar garam....



Gajus dicincang kasar... (Aku guna blender jugak... Pantas... Bagi yang nak letak kismis ke.. Badam ke... Boleh saje (^^,) )



1 sudu kecil perisa banana...



2 sudu kecil pewarna kuning...



1 sudu kecil serbuk penaik...



Coklat chip... (Ikut citarasa masing-masing nak banyak ke sikit...)


Butter cap Buttercup ikot saiz yang aku hitamkan tu hehehe... (Semalam masa adun bahan-bahan aku tengok macam terkering sikit adunan aku tu.. Jadi butter yang lebih tu aku habiskan terus... Ikut pada adunan kalian.. Kalau nampak kering sangat tambah butter cair saje..)



JOM LAH KITA BUAT SAMA-SAMA....

STEP 1: Mula-mula sekali kalian baca Bismillah supaya kek menjadi ye.. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius...


STEP 2: Kemudian... Di dalam satu mangkuk yang besar... Kalian masukkan tepung gandum .. Serbuk penaik... Garam dan Soda bikarbonat... Gaulkan sekata dan ketepikan..


STEP 3: Di dalam mangkuk mixer pula... Kalian masukkan butter dan pukul dengan menggunakan mixer sehingga butter jadi fluffy atau gebu (Ambil masa 2-3minit saja)....


STEP 4: Kemudian masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sampai lah butter dan gula bersatu....


STEP 5: Lepas tu masukkan telur satu persatu jugak dan pukul lah sampai sebati...


STEP 6: Masukkan adunan tepung tadi sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati... (Kalau kering.. Masukkan sedikit butter cair supaya adunan tidak terlalu pekat..)


STEP 7: Selepas tu.. masukkan perisa pisang dan juga pewarna kuning ke dalam adunan... Pukul lagi sehingga sebati warnanya....


STEP 8: Masukkan coklat chip dan kacang gajus dan gaul dengan menggunakan sudu sahaja..


STEP 9: Adunan dah selesai... Sekarang boleh lah masukkan dalam cup untuk muffin atau pun loyang bersaiz sederhana bagi yang berminat untuk membuatnya dalam bentuk kek...


STEP 10: Bakar muffin atau kek kalian dalam oven sehingga masak... Memakan masa selama 40 hingga 45 minit atau pun sampai betul-betul kalian pasti memang dah masak pun hehehe....



Percaya lah hahahaha.. Nanti kalian puas hati pastu jadi macam aku siap bekal kan adik-adik bawak muffin pisang pergi sekolah hahahaha....


CUBA LAH CUBA LAH.....



No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3