Assalam...
Baru semalam petang menjejakkan kaki kat rumah lepas beberapa hari tinggal di rumah mak mertua.. Dari hari Jumaat waktu maghrib aku sampai Sri Putri, JB dan disambut oleh si dia setelah 14 hari tak berjumpa... Gembiranya dapat jumpa orang yang kita sayang.... Rindu sangat! (Gediknya hahahaha...)
Balik JB sebab mak mertua buat kenduri kesyukuran atas pernikahan anak lelaki sulungnya iaitu SUAMIku dan dapat menantu perempuan pertama iaitu AKU hehehe... hampir 3 minggu dah nikah dan itu lah kali pertama aku balik rumah mak mertua..
7/7/2012 pada jam 2.30 petang kenduri dimulakan.. Ini lah kali kedua aku dapat jumpa semua mak cik, pak cik dan semua saudara mara sebelah si dia.. Yang paling best dapat jumpa anak-anak buah.. Anak kepada kakak-kakak ipar aku iaitu kakak kepada si dia..
Seronoknyaa kahwin terus ada anak buah.. Ada 17 orang semuanya tapi yang aku baru jumpa 7 orang.. Itu pun dah happy sangat... Impian jadi kenyataan nak jadi MAK CIK!!... Hahahaha....
Kekok jugak lah nak gelarkan diri sendiri sebagai apa.. Akhirnya mak mertua aku yang letak sendiri title untuk aku.. "AUNTIE FIYA" itu lah gelaran untuk aku bila aku balik JB... Tapi belum pernah lagi dengar budak-budak ni menyebut title tu.. Yang kedengaran hanya lah "MAK CIK"... Hahaha
Yang kelakarnya aku ni memang tak sedar diri... Boleh pulak aku gelarkan diri aku KAKAK!! Hahaha.... "Adik-adik tumpang lalu.. Kakak nak lalu..." Nampak tu... Hahaha... Lepas tu aku sendiri yang membebel dalam hati.. "Ada hati nak jadi kakak... Ishhh.... Salah cakap pulak.." Hehe...
Kenduri sebelah si dia ada marhaban hehe... Waahh masa marhaban tu aku bagi goodies beg kat tetamu yang hadir... Seronok jugak macam tu... Sambil hulur goodies beg kat tetamu sambil diorang ucap tahniah.. Ucap selamat pengantin baru.. Dan segala wish yang sangat menyejukkan hati... Sampai ada yang sempat interview macam mana boleh berkenalan dengan suami... Memang mesra..
Lauk-pauk masa kenduri semuanya di masak oleh mak mertua aku seorang diri.. Dia awal-awal dah cakap.. Dia tak suka kalau ada orang tolong kat dapur.. Dia kata dia suka masak seorang sambil selawat.. Maka cuma ada satu lauk je yang aku tolong kacaukan kat kuali.. Lauk nenas ikan kering masak lemak.. Lagi 6 lauk memang mak mertua aku kerja kan sendiri... Ada lauk sambal udang, ayam masak ala mamak, ikan pekasam goreng yang ikannya di perap sendiri sampai la jadi pekasam, daging dendeng (superb dan sedap sangat!), ikan patin masak lemak, sayur goreng dan lagi satu lauk aku lupa..
Yang tu lah antara sebab aku tak berapa nak ke dapur sepanjang mak mertua memasak.. Memang aku tinggal makan je.. Serius!! Dia suka masak sendiri tanpa sebarang bantuan.. Kalau bab kemas rumah memang bapa mertua yang buat... Dari sebelum kahwin memang suami dah cakap yang abah JB memang suka sangat mengemas dan suka rumah yang kemas..
Paling tak disangka.. Kain baju aku kadang-kadang yang sidai dan basuhkan pun mak mertua dan bapa mertua.. Malunyaaaaaaaa.... Tapi diorang yang nak buat.. Aku tinggal kejap je tengok dah bersidai.. Tinggal kejap tengok dah berbasuh.. Segan jugak tapi tak apa.. Terima kasih Mak & Abah..
Paling rasa terharu dan akan aku ingat sampai bila-bila ialah.. Isnin petang.. Suami aku duduk depan tv.. Sambil dia tengok tv, aku pun busy kan diri nak gosok baju kerja dia untuk seminggu.. Ini lah kali pertama aku nak gosok baju kerja dia.. Bila lagi nak tambah pahala kan... Lagi-lagi duduk berjauhan dan jarang jumpa...
Husband: Tak payah gosokkan baju lah...
Aku: Kenapa?
Husband: Abang boleh buat semua tu sendiri..
Aku: Eh.. Tak apa lah.. Bukan selalu pun.. (Selalu berebut nak buat kerja)
Husband: Tak apa lah.. Abang gosok sendiri...
Aku: Tak apa... (Terus gosok baju kemeja dia....)
Dari mata tengok tv dah jadi mata tengok aku menggosok baju-baju dia.. Mula-mula aku rasa macam "Kenapa dia tengok je ni.. Salah cara ke aku gosok baju hukhukhuk..." Takut jugak kalau salah style ke aku gosok... Rasa macam okay je..
Aku: Kenapa Abang tengok je?
Husband: Hehehe... Ermm.. Tak ada apa-apa lah..
Siap semuanya dan aku gantung baju-baju kerja dia kat tempat sepatutnya... Dia tersenyum pandang aku sebab memang dia suka senyum bila pandang aku... Kami pun menonton spongebob sama-sama petang tu...
Malam tu kami keluar rumah.. On the way nak ke rumah mak cik dia kat Mutiara Rini... Dialog dalam kereta...
Husband: Abang rasa bersalah tengok Sayang gosokkan baju-baju Abang..
Aku: Ha? (Cairnya hati dengar.... Rasa macam gosok baju kerja dia yang seminggu tu macam gosok semut je.. Hilang semua penat...)
Husband: Semua tu benda yang Abang boleh buat sendiri.. Sayang tak buat pun tak apa..
Aku: Bila lagi nak merasa gosok baju Abang..
Husband: Thank youu.. (Senyum dan terus senyum........ Sebab dia akan senyum bila aku ada depan dia..)
Hahaha mesti rasa bersalah tu tak hilang... Patut lah dia tengok je.. Rupanya dia rasa bersalah.. Sama lah jugak dengan kes aku bangun pukul 4 pagi sebab nak buatkan sarapan pagi untuk dia sebelum dia pergi kerja dari Melaka ke JB... Sebelum dia gerak pukul 5 pagi.. Aku bangun awal sejam untuk siapkan sarapan..
Goreng nugget dengan wedges je pun.. Yang tu pun dia rasa bersalah.. Punya lah tak bagi aku bangun pagi... Lipat baju pun sama jugak.. Sidai baju pun ya.. Kejap-kejap keluar tengok hahahaha.. Tapi sebagai isteri... Aku bersyukur sangat-sangat dapat suami memang KAKI BERDIKARI... Semua benda tahu buat sendiri.. Masak sendiri pun pandai.. Alhamdulillah..
Sedangkan Nabi boleh jahit baju, menolong isteri dengan kerja rumah.. Apa salahnya suami-suami di luar sana dan bakal-bakal suami lakukan perkara yang sama..
Aisyah meriwayatkan katanya: "Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka." (riwayat Ahmad Ibnu Hibban).
Agak bergoyang kaki jugak aku duduk JB.... Sampai je Melaka bila aku cerita dengan Umi (My Mom)... Haha Umi kata "Kat rumah banyak kerja nak dibuat..." Hahaha tak apa.. Sedia maklum...
Itu lah antara story duduk rumah mak mertua... Insyaallah next time akan kembali ke rumah mak mertua sebab nak teman suami pergi check up... (^^,)
Muka penat ke muka apa entah aku pun tak tahu... Bukan
penat buat kerja pun hehehe...
Ruang rumah mak mertua dipenuhi tetamu.... Pipi tembam tu anak buah
aku... Call her KAKAK.... Peramah dan cepat mesra... Ada je cerita pasal
tadika dia.. Hahaha...
Thank You......