Assalam....
Memandangkan Ramadhan tahun ni berpuasa sepenuhnya di rumah, maka aku ambil langkah untuk menjual Chocolate Chip Cookies dan German Cookies yang mendapat sambutan pada tahun lepas.. Setakat ni hampir 30 balang tempahan yang diterima...
Disebabkan 1st time berniaga kuih raya dan aku hanya ambil dua jenis biskut sahaja untuk tempahan sebab senang nak buat Quality Control untuk setiap Product Line aku ni hehehe...
Kerana dek 1st time jugak lah kuih aku murah berbanding orang lain sebab RM25 untuk 100 biji.. Itu bermakna 50 biji bersamaan RM12.50.. Mana nak dapat homemade cookies dengan harga macam tu... Quality cookies juga adalah sama macam aku buat makan-makan sendiri kat rumah.. Nama pun permulaan maka aku memang tak ambil untung sangat... Boleh kata untung sangat kecil...
Lagi satu... Kenapa aku sungguh-sungguh nak berniaga sebab..... Aku nak elakkan tidur di siang hari dan tak nak lah Ramadhan kali ni aku buang masa tengok TV banyak-banyak.. Kalau ngaji pun tak kan berjam-jam... Mesti ada jugak benda lain nak buat...
Ini lah dia saiz balang yang memuatkan 100 biji RM25... Fresh bake from my oven... Resepi memang aku share dengan orang sebab resepi yang aku ambil pun dari Kak Naz cuma ada beberapa bahan yang aku lebihkan dan kurangkan serta adjust mengikut selera aku sebab Kak Naz kata boleh adjust ikut citarasa pembuatnya..
Tahun lepas aku buat 6 adunan untuk cookies ni... Habis licin semuanya... Belum seminggu raya dah selesai... Maknanya memang sedap.. Insyaallah assistant 2 orang ada untuk bergilir-gilir bantu aku siapkan semua tempahan sebab semua tempahan akan diedar seminggu sebelum raya...
Insyaallah semoga semangat Ramadhan tu mesti walaupun kena mengadap tempahan yang ada hehehe.. Lega bila semua yang merasa tester kata sedap.. Tak ada yang kata tak sedap... Terima kasih pada yang menempah...
Thank you...
4 comments:
ramai yg nak bentuk mcm dulu sbb lg rangup n sbijik famos amos.. hehe.. xyah ubah2 bentuk da.. hehe.. wah da 30 balang kew?? tahniah2.. smoga success.. hehe.. kalu balek mlaka nanti nak suro tolong, diri neh sudi jek.. hehe
ST: boleh2...tolong buat sekali eh...
hehe bule jek untuk awk sorg taw.. hehe
ST: hahaha...tenkiu
Post a Comment