Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, July 19, 2012

Jom Belajar Buat LASAGNA...

Assalam...


Ahad lepas aku buat LASAGNA untuk seorang insan yang dikenali sebagai exABANG SENIOR aku kat UTHM tu.. Ooppss.. Dia dah jadi suami aku.. Sebulan 3hari sah menjadi suami kepada diri ini..

Aku memang dah canang-canang nak masakkan untuk dia.. Lagi pun bukan kerap sangat dapat masak untuk dia.. Bila lagi nak kumpul peluh hahahahaha... Bagus isteri masak kasi peluh-peluh badan sebab banyak pahala.. Ni bekalan akhirat ni hehehe.. 

Masa potong bawang pedih-pedih mata pun happy jek... "Tak apa... Ni aset akhirat ni..." Sambil mengelap mata lalu mencucuh mata kat kepala paip... Bawang jenis apa lah ni pedih benor mata aku mengupasnya..

Jom nak share resepi... Nanti korang pulak try buat ye...





Ada 3 pecahan bahagian yang kalian kena alert supaya tak berlaku kesilapan walaupun 1st time buat LASAGNA...


Bahagian 1: SOS DAGING

1 peket  Daging Burger Ramly (cincang dan goreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar (dadu)
6 ulas bawang putih (cincang)
1 tin cendawan butang (setiap cendawan dibelah 2 atau 4 ikut suka)
1 botol sos spagethi Kimball/ Prego (ikut selera masing-masing)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan cili boh
2 sudu kecil lada putih
1 sudu besar oregano
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar gula

1. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh, garam, gula. Masak sampai cili tu nampak dah sedikit masak.

2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos spagethi, daging burger, cendawan butang, oregano, lada putih dan kacau sampai lah sos daging tu masak dan biar kuah sedikit pekat. 

3. Dah siap? Ketepikan.


Bahagian 2: SOS PUTIH

1 cawan cheese diparut
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu tepung gandum
garam secukup rasa


1. Campur semua sekali dan kacau atas api perlahan sampai likat. Guna sos ni secepat mungkin.



Bahagian 3: LAPISAN LASAGNA


Guna brand San Remo untuk best result hehe...

1. Rebus lapisan lasagna dalam air yang di didih dan letak sedikit garam dan sedikit minyak masak untuk pastikan ia tak mudah melekat..

2. Lapisan lasagna dah lembut, boleh lah tos kan dan ketepikan.


Step untuk buat lasagna ni mudah bila semua bahan dah siap... 

1. Pada lapisan pertama dalam loyang... Letakkan sos daging.

2. Lapisan kedua ratakan sedikit sos putih di atas sos daging.

3. Lapisan ketiga pulak lapiskan lapisan lasagna.

4. Lakukan berulang-ulang.

5. Pastikan lapisan lasagna berada paling akhir untuk menyiapkan lasagna anda.. (Seeloknya tiap lapisan adalah sebanyak 3 kali ulangan untuk dapatkan ketebalan yang sempurna)

6. Untuk toping... Taburkan cheese yang diparut di atas lapisan lasagna terakhir.. Ratakan.

7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit..




Hasil lasagna tersebut menunjukkan this boy is really happy... Sarapan lasagna dan sebelum balik JB pun dia nak makan lasagna jugak... Dia kata "Sedapp lah....".. So.. Lepas ni korang pulak try ye..


Thank you...

6 comments:

CiK GorGeouS ! said...

ahahaha...baru jeee petang tadi buat...hasiLnyee memang ohshem Lah sebab satu famiLy pon dapat makan dengan puasnyee :)

RIMA DANIA said...

Cik Gojes: waa bestnya dia makan lasagna... esok baru nak membantai sebelum puasa.. family gathering hehe...

sayap terbang said...

bler dpt rasa lg?? hehe.. nak jemput2 kentang jugak.. hehe nyum2.. mentang2 ngah pose neh mcm2 nak mkn.. haha

RIMA DANIA said...

ST: dalam banyak2 nak jemput2 kentang jugak eh... hahaha apa kata ajar buat lempeng kembung feveret anda..

hidayati hamid said...

sedapnya. klu yang ni bakar dalam oven ke microwave ye :)

RIMA DANIA said...

Hidayati Hamid:

Saya bakar dalam oven :)

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3