Assalam...
Selamat berpuasa kepada Abah (Arab Saudi) yang dah mula puasa hari ini dan kita pulak mula tarawih malam ni dan mula berpuasa esok.... Okay... Pagi tadi lapar! Lepas tu nampak roti gardenia... Buka peti sejuk nampak daging burger dan mozarella cheese.. So.. Apa lagi.. Baked Sandwich ala Kak Naz lah..
Senang je nak buat dan boleh jadi juadah sahur atau berbuka esok.... Bahan yang diguna pun sama macam nak buat sos daging lasagna atau spagethi bolognese...
Ni lah rupanya Baked Sandwich yang sedap!....
Bahagian INTI SANDWICH:
1 peket Daging Burger Ramly (cincang dan goreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar (dadu)
6 ulas bawang putih (cincang)
1 tin cendawan butang (setiap cendawan dibelah 2 atau 4 ikut suka)
1 botol sos spagethi Kimball/ Prego (ikut selera masing-masing)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan cili boh
2 sudu kecil lada putih
1 sudu besar oregano
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar gula
Sepeket keju yang telah diparut
1. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh, garam, gula. Masak sampai cili tu nampak dah sedikit masak.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos spagethi, daging burger, cendawan butang, oregano, lada putih dan kacau sampai lah sos daging tu masak dan biar kuah sedikit pekat.
3. Dah siap? Ketepikan.
Untuk bahagian roti pulak... Step pertama ialah ambil sekeping roti gardenia dan uli guna penguli atau cawan panjang pun boleh jugak... Pastikan roti tersebut diuli sehingga leper..
Next.... Bila roti dah siap diuli.....
Terap roti tu dengan cawan berbentuk bulat.. Ketepikan lebihan roti... Terap ke semua roti sehingga selesai...
Lepas tu.... Ambil kepingan roti yang dah diterap kepada bentuk bulat.. Susun setiap keping roti tu dalam setiap lubang muffin pan... Tekan sedikit dan ratakan sampai roti tu membentuk mangkuk di dalam lubang muffin pan..
Bakar selama 15 minit pada suhu 200 darjah celcius....
Cup sandwich dah siap di bakar, keluarkan dari muffin pan dan letak di atas loyang.. Masukkan inti daging tadi ke dalam cup sandwich dan tabur kan cheese... Bakar semula sandwich tadi sehingga cheese di atas sandwich cair... Hidangkan......
Mudah kan??? Cuba lah... Orang bosan berkongsi resepi memang macam tu.. Panjang sikit bebelannya hehehe...
Thank youu..
2 comments:
wah2 leyh la rasa.. hehe tp napa nak kene terap roti 2?? bungkus jek tros kan besh.. hehe dpt besar roti 2 kan3?? tp masih tringat lasagna yg sedap.. nyum2.. hehe
ST: tau tak...dgn ketiadaan anda.. lasagna 1 dulang kecik pun x abis tau...
Post a Comment