Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Wednesday, July 18, 2012

Dating Itu MESTI tapi risaukan Final exam itu WAJIB!

Assalam...



Seperti yang aku khabarkan sebelum ni... Aku nikah masa final exam.. Jumaat 15/6 adalah paper keempat dan Selasa 19/6 adalah paper kelima... So, aku nikah Sabtu 16/6...

Sehari lepas nikah dengan inai merah dijari... Iaitu pada Ahad 17/6 kami pun jalan-jalan kat Aeon Bandaraya Melaka.. Jalan-jalan cuci mata dan singgah makan kat SEE U.. Salah satu tempat yang best untuk makan steambot! Serius sedap tau... Try lah..

Untuk 1st time kami nak cuba makanan kat sini, kami pilih untuk makan sup tom yam dan beberapa jenis set steamboat berasaskan daging ayam.. Paling sedap kat SEE U bagi aku lah.. Bebola Salmon dia! Dari segi harga berpatutan dan berbaloi..



Pertama kali dating lepas nikah!


Isnin pagi kami dah kena bertolak ke Hotel Pelican Batu Pahat sebab Selasa petang aku ada paper exam kelima iaitu Pengurusan Projek!... Husband ambil cuti untuk teman aku exam maka kami jadikan Hotel Pelican sebagai tempat persinggahan untuk bermalam..

1st time masuk Hotel Pelican... Tak sangka cantik dalam bangunan dia.. Kami pilih bilik Super Deluxe macam dalam gambar di bawah tapi kami check in Isnin.. Mungkin jugak orang tak ramai maka kami dapat bilik Super Deluxe yang lebih besar dari gambar ni..



Highly recommended okay!



Malam tu memang pulun habis menghafal dan memahamkan subjek Pengurusan Projek tu... Manakala si dia.. Bergelak menonton cerita cina setiap hari Isnin malam kat TV 3 lepas tu sambung pulak TV 2 ada Masam masam manis cerita P.Ramlee hahaha.. Cukup tergoda dengan cerita yang best macam tu.. Sambil study sambil mata menjeling ke arah TV!!



Kuey Tiow Goreng.. Nasi Goreng.. Sambal dan Telur Mata



Esoknya jam 7.30 pagi kami bersiap-siap untuk bersarapan awal kat Cafe Pelican... Dengan suasana ala English style sebab perabot dia dan susun atur hiasan macam English style... Putih je semua hehe sukanya aku tengok... Sedap mata memandang!

Kami orang pertama yang turun breakfast untuk hari tu sebab aku nak sambung study... Study tanpa makan mesti susah nak berfikirkan hehehehe...



Kuih Talam.. Sosej dan apa benda entah macam Steamboat...


Memandangkan Cafe tu ala English Style maka rasanya aku pun tak nak lepaskan peluang makan sandwich telur dan baked bean!!



Roti Bakar...


Dalam pada tu jugak kami sempat buat roti bakar sebab nampak sedap je butter, strawberry jam, blackcurrent jam, kaya, peanut butter... Yummmyy.....




I LOVE COFFEE!! but I LOVE HIM MORE!


Aku memang suka air panas... Kopi panas, teh panas, hot chocolate... Pagi tu aku prefer KOPI SUSU sebab lepas sarapan nak study.. Jadi bagi mata celik sikit lah dengan secawan kopi...




Pre Honeymoon





Bayangkan masuk dewan exam dengan jari merah begini..
Tau dah mata pengawas exam pandang-pandang jari merah ku ni...

Sepanjang aku exam aku bukan "perasan" tapi aku tau ada pengawas exam pandang jari aku sebab kontra sangat warna jari aku berbanding student lain dalam dewan tu.. Rasa malu tu sikit jelah tapi selebihnya rasa sangat berbangga kerana berjaya masuk ke dalam dewan exam dalam keadaan dah study!




Suka buat muka.. Hahaha


Okay... Ini dia my big boss! Hahaha.... Thank you sebab teman pergi exam dan thank you jugak sebab alert dengan result exam isteri dia ni sebab password SMAP ONLINE UTHM aku pun dia tahu... 


Sekian sahaja....


p/s: ambil masa sebulan nak update sebab gambar-gambar ada pada handphone dia...

2 comments:

sayap terbang said...

hehe lama tunggu nak dpt gamba yer?? maklum la suami anda neh bz memanjang.. hehe.. ade masa terluang baru leyh bg.. hahaha.. cumel nyer gamba yg las skali 2.. sape la yer?? hehehehehehe

RIMA DANIA said...

ST: hahaha memang agak lama menunggu.. tapi xpe.. its okay.. a'ah laa.. cooomeeellnyyaa dia.. hahahahaha

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3