Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Sunday, September 30, 2012

RAINBOW CAKE with BUTTERCREAM FROSTING

Assalam...


Sejak naik sem ni.. Aku kerap balik rumah.. Tiap minggu balik.. Tak pernah lagi miss tak balik.. Ada je barang tertinggal.. Ada je hal yang buat aku balik rumah walaupun balik naik bas seorang diri... Hehehe...

Lepas tu kalau dah sampai rumah.. Malam sebelum tidur.. Aku pun belek-belek lah buku resepi yang ada dalam almari kat dalam bilik.. Hasil belian duit baucer RM200 tu hehehe.. Dah fikir masak-masak nak pilih resepi apa.. Esoknya terus buat sampai siap..

Untuk minggu ni aku memang dah tak sabar sangat nak cuba resepi kek pelangi atau rainbow cake.. Asalnya resepi ni aku dah bukak kat youtube setahun yang lalu tapi aku tak berapa nak puas hati tengok resepi diorang yang banyak pakai barang instant.. Aku nak guna bahan yang pure.. 

Jadi.. Aku pun buat kek ni berdasarkan resepi cake butter atau kek mentega.. Lepas tu aku letak pewarna kat adunan dan bakar setiap kek tu secara asing-asing mengikut warna.. Bila kek siap dibakar, aku buat buttercream frosting..

Senang tu senang tapi nak menghias kek yang susah sebab tak berapa pandai main dengan buttercream.. Gitu-gini makan masa 4jam setengah nak buat kek ni... Dan hasilnyaaa..





Rainbow Cake 4 warna...
Tapi warna biru tu tak berapa nak biru..
Dia lebih jelas warna kehijauan..








Bagiku agak cacat kek ni bila dah di make up kan hehe..
Rasa macam.. Kena banyak belajar lagi...








Alang-alang dah buat kek... Boleh lah pulang mangkuk kat jiran..
Merasa lah jiran makan kek aku buat kali kedua.. Harap-harap mereka
suka ya....




Malam nanti sesi mengemas pulak ya.... Huwaaa tumbang aku... Penat jugak... Tapi tak apa.. Tengok hasilnya sangat berpuas hati... Lembut dan rasa menteganya.. Boleh buat minum petang =)

Terima kasih...

Friday, September 28, 2012

6 Tahun Berlalu....... Dari Manual ke Auto ke Manual

Assalam..


Lama jugak tak update blog sebab Projek Sarjana Muda perlu didahulukan.. Ada orang sebut thesis... Ni merupakan sem kedua terakhir aku kat UTHM ni... Insyaallah... Doa-doakan semoga dipermudahkan perjalanan aku disaat hampir penghujungnya perjuangan nak berijazah.. 

Kepada kawan-kawan Sabahan yang last sem tu... Sayanggg kat korang sangat-sangat... Rasa tak puas kenal korang tapi korang dah nak habis belajar walaupun kita sama-sama daftar masuk UTHM ni..

Alkisah 6 tahun berlalu ni... Hehehe.. Aku lepas SPM terus ambil lesen kereta.. Memang lah masa belajar tu bawak kereta manual.. Tapi baru seminggu, dua dapat P.. Aku terus bawak auto sampai lah ke hari ni..

Bila 6 tahun tak pernah langsung bawak manual... Tiba-tiba pulak husband suruh kita ni cuba drive kereta dia.. Alammaakk!!!!!... Akhirnya aku pun bawak lah... Tapi pusing-pusing kawasan parking kereta Masjid KLIA jelah hehehe.... Mati enjin?? Opkos la.. Mati enjin..Hehehe..







Still macam CIK lagi... Sebab
jadi student macam orang lain...






Bila bawak kereta manual.. Kena tampal
L kat kereta hehe...







Cikgu kelas memandu ku buzy... Hehehe..







Cikgu ni suka gelak-gelak kan kita...
Sebab kita pun suka gelakkan diri sendiri.. hehehe..







Yeahhh.. Tamat sudah kelas memandu untuk
hari ini..








Cikgu memandu belanja Dunkin Donat.. Tu tanda dapat lesen
L dah... Hehehe




Terima kasih....

Tuesday, September 18, 2012

Dine In Cakes For Husband

Assalam...


Jumaat lepas dengan penuh rasa TAK SABAR aku menunggu husband jemput kat rumah sewa sebab kami nak balik Melaka... Ya! Rumah parents aku... Semangat membasuh baju, mengemas barang dan sebagainya sebab cuti sampai Isnin... Jumaat malam kami bertolak balik Melaka dan sampai Melaka kami singgah makan kat McD dulu.. Ada story lain pasal kat McD tu =)

Bila husband ada depan mata almost 24 hours ni... Hehehe aku pun suka buat eksperimen macam-macam pasal makanan... Jadi ke tak jadi ke... Tu belakang cerita... Janji kita cuba dulu...

Maka aku sempat buat 2 jenis cake iaitu Carrot Cake dan Kek Batik... Untuk Carrot Cake tu husband yang request sebab nak bawa pergi jamuan kat office dia pada hari Selasa pagi... So, Isnin tengahari lepas siapkan breakfast dia, aku pun berusaha untuk siapkan sebiji Carrot Cake bersama cream cheese topping...

Untuk Kek Batik pulak, aku memang dah lama terasa nak buat tapi tak pernah terbuat... Jadi di kesempatan yang ada tu... Adik-adik pun ramai kat rumah, maka aku buat jugak Kek Batik untuk pertama kalinya.. Tak sangka senang + sedap jugak...





Yeayy... Walaupun aku yang buat kek ni tapi yang tukang kemas semua
peralatan.. Yang menyapu dapur.. Yang mencuci segala pinggang mangkuk
adalah DIA =) 







Next time akan ku improve cream cheese topping bagi smooth and firm..
Masih tak puas hati dengan topping aku ni... Apa-apa pun dapat
sms... Husband kata kek dah di settle kan oleh staff kat office dia..
Semua suka... Alhamdulillah... Hmmm aku sendiri terkenangkan kek
ni... Patut lah selalu budak sekolah adik-adik aku nak order 1 slice
sanggup bayar RM5 sebab nak makan lagi kek ni....






Pembakaran....






Muffin Carrot Cake...






Muffin Carrot Cake yang dah siap...







Sedia untuk pulang ke JB...






Kek Batik ni adik yang bongsu pun dah berminat nak buat sendiri....
Sibuk nak jual kat kawan-kawan dia... Nak jual kat sekolah pulak tu..
Hehehe... Satu loyang ni tak sampai 24 jam pun boleh settle..





Story tentang kat McD tu... Alkisahnya....


Aku dengan husband makan kat McD berdua sebab tak nak lah nanti sampai rumah tercari-cari makanan atau pun tak nak susahkan Umi... Jam pun dah pukul 11 malam kot... Umi mesti dah tidur.. Jadi kami pilih McD untuk mengisi perut yang agak lapar...

McD kat tempat aku ni lain sikit... Maksud aku McD kat area taman perumahan aku ni lebih ramai family member yang datang makan kat situ... Jadi korang boleh bayangkan macam mana crowded McD tu dengan families...?

Aku dengan husband pun pilih tempat duduk yang sesuai lah untuk kami berdua.. Masa aku duduk kat meja tu, husband pergi toilet... Aku pun diam je menunggu kat meja tu... Masa tu lah adegan seorang pak cik meja depan kami tu tertengok-tengok... Pandang-pandang... Muka dia garang!!

Pak cik tu makan dengan family dia... Ada anak-anak remaja dia sekali.. Sampai husband dah keluar toilet dan duduk sebelah aku... Fuhhh.... Lagi Pak cik tu pandaaangg je... Lama-lama husband pun perasan jugak Pak cik tu punya stalker kami..

Husband: Lain macam je Pak cik ni pandang...

Aku: A'ah... Dari tadi dia macam tu... Kalau nak tau status kita... Tanya lah.. Jangan lah buat andaian bukan-bukan.. Lepas tu buat kita ni macam orang bersalah...

Husband: Kalau dia tegur kita.. Memang terus tunjuk surat nikah dalam kereta...

Aku: Tu lah.. Tak kan lah kita nak letak tag atas meja ni cakap "Just Married"... Pandang macam nak marah..



Kami makan siap main suap-suap hehehe... Tunggu jugak kalau Pak cik tu datang tegur... Hehehe tegur pun tidak.. Tapi memang garang lah muka dia pandang kami... Mujur lah kami tak buat muka bersalah... Sebab kamii TAK SALAH.. =)


Terima kasih...

Friday, September 14, 2012

Tips Penjagaan Rambut dari Bengkel Sunsilk with Scarflets

 Assalam...


Berkesempatan nak update tentang ilmu penjagaan rambut dari Bambang Soteto... Walaupun tak banyak yang aku dapat kongsikan di sini tapi insyaallah memberi manfaat kepada semua yang baca entri ni... Dalam masa yang sama... Selepas baca tu kena lah buat dan amalkan + istiqamah kalau nak dapatkan hasil rambut yang lebih lembut, tak kusut, kurang gugur, kurang kelemumur, kurang kegatalan kulit kepala dan sebagainya...

So... Setiap benda yang aku nak sampaikan ni ada gambarajah bagi senang faham hehehe... Kita kan suka tengok gambar-gambar yang ada warna.. Betul tak? Hehehe baru ilmu masuk kepala dan kekal simpan sampai bila-bila... Right?






Kat atas tu nama dia Blotting Paper... Kebiasaannya kita guna untuk lap muka yang berminyak... Tapi tips yang aku dapat dari Bambang ialah blotting paper ni jugak boleh dijadikan sebagai tanda aras atau kayu pengukur untuk kita lihat tahap berminyaknya kulit kepala kita...

Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah:

1. Ambil blotting paper dan tekap pada kulit kepala dibahagian tengah kepala.

2. Sekiranya blotting paper menunjukkan tanda bahawa kulit kepala anda berminyak dengan banyak... Itu bermaksud anda kena cuci rambut setiap hari.

3. Jika blotting paper menunjukkan sedikit minyak, basuh selang sehari.

4. Untuk yang blotting paper tak nampak kesan minyak, itu bermaksud kulit kepala anda kering. Untuk kes yang macam ni, kalau nak tau bila masa yang sesuai untuk anda syampu rambut, check dulu kulit kepala guna blotting paper. Kalau blotting paper menunjukkan ada kesan minyak pada kulit kepala, baru syampu rambut.

Maksud syampu rambut adalah bila ANDA MENGGUNAKAN SYAMPU DAN CONDITIONER bukan hanya cuci guna syampu sahaja atau setakat basahkan rambut dan kulit kepala =)

Cara terbaik untuk menanggalkan kelemumur di kepala atau sebarang kerak di kulit kepala adalah dengan mengosok kulit kepala menggunakan hujung jari...






Gunakan syampu untuk membersihkan kulit kepala... Caranya adalah dengan meletakkan syampu atas tapak tangan dan basahkan sehingga berbuih kemudian sapu di kulit kepala dan gosok kulit kepala dengan menggunakan hujung jari bagi menanggalkan sebarang kelemumur dan kerak kepala... Dah siap cuci kulit kepala, bilas dengan bersih.




Kat atas tu contoh conditioner... Kena pakai benda ni lepas cuci kulit kepala sebab dengan benda ni lah boleh membuatkan rambut anda tak kusut dan bila tak kusut, maka kurang lah rambut yang putus bila kita menyikat...

Caranya... Sapukan conditioner di bahagian helaian rambut di sebelah bawah sahaja... Bukan diseluruh kulit kepala sebab tu antara kesilapan kita.. Kita sapu seluruh kepala... Tapi sebenarnya hanya digunakan bahagian bawah hujung rambut sahaja.. Jimatkan??





Nasihat seterusnya... Sila lah guna getah rambut yang dibuat dari bahan cotton dan diameter getah rambut tu biarlah besar untuk elak rambut putus masa anda ikat rambut... Jangan ikat rambut ketat-ketat sebab ia memudahkan rambut anda untuk putus..





Jangan sesekali guna getah yang macam ni kalau anda betul-betul sayangkan rambut sebab getah macam ni boleh merosakkan rambut.... Huhuhu.... Sayang rambut tak?? Tak nak jadi botakkan? Jadi jangan guna getah macam ni... Spent sikit duit untuk menghargai rambut anda...






Ok... Kalau anda nak tahu kekuatan rambut anda... Lihat pada bahagian kuku... Jika anda dapati kuku anda mudah patah... Itu bermakna rambut anda juga mudah rosak atau putus... Check jangan tak check.. Makan makanan yang berkhasiat untuk jaga kuku dan rambut anda... Elak makan makanan yang ada banyak MSG dan jangan makan selalu sangat...





Bagi yang berambut panjang... Defini rambut panjang bagi Bambang adalah yang melepasi bahagian dada dan ke bawah.... Jika rambut anda panjang dan mudah putus apabila disikat... Tukar kepada wooden brush macam kat atas tu... Harga dia memang standard RM25 ke atas... Mahal kan tapi lebih bagus berbanding sikat plastik atau sintetik sebab dia menyebabkan rambut tercas masa anda sikat rambut dan menyebabkan rambut jadi putus...






Untuk pemilihan material tudung pulak... Dinasihatkan supaya setiap material yang anda pilih adalah berasaskan cotton dan organik macam kain satin dan sebagainya.... Kalau pakai inner neck pun gunalah yang cotton.. Scarf yang anda guna untuk lindung rambut pun guna yang cotton berkait tu.. Yang anda selalu pakai masa zaman sekolah... 

Pemilihan material tudung penting untuk membantu rambut bernafas sepanjang anda bertudung sebab anda bertudung kadang-kala melebihi 8 jam sehari... Betul tak? Anda tak bertudung untuk hanya 2, 3 jam.. Material yang bagus jugak bantu rambut tak putus bila anda bukak tudung atau sikat rambut selepas membuka tudung... 

Ia jugak bantu untuk tak menyebabkan rambut berbauuuuu..... Huhuhu aku paling tak suka ada yang rambut berbau... Rimas rasanya huhuhu... Jadi jagalah rambut untuk orang sekeliling kita supaya tak lemas dan rimas...




Bambang jugak nasihatkan supaya kita semua potong rambut 2, 3 bulan sekali... Tujuannya adalah untuk mengelakkan rambut bercabang dan hujung rambut kan mudah rosak... Jadi potong lah ye... Panjang-panjang pun tapi rosak nak simpan buat apa.. Huhuhu....

Lepas dah kahwin ni... Aku dah tak pergi saloon untuk potong rambut... Lebih kurang seminggu, dua lepas nikah... Aku tanya suami aku nak rambut aku panjang paras mana... Dia pun tunjuk lah paras yang dia suka..

So... Aku ambil gunting dan suruh dia potong je rambut aku ikut suka dia hahaha.... Sebab yang ngadap rambut aku cuma dia... Aku tak kisah pun rambut aku fesyen macam mana... Janji suami happy tengok isteri dia cantik kan hehehehe...





Jadi... TRY lah semua tips kat atas tu... Aku dah cuba... Tapi Bambang kata untuk pemilihan syampu kena ada try and error... Kalau anda rasa Sunsilk bagus untuk kulit kepala dan rambut anda.. Guna lah Sunsilk... Tapi andai kata anda lebih sesuai dengan jenama lain... Teruskan guna... Jangan tukar-tukar sebab kalau produk tu dah bagus untuk kita... Kenapa perlu tukar produk lain... Betul tak??





TERIMA KASIH

Wednesday, September 12, 2012

Masih seorang pelajar sepenuh masa tanpa batasan...

Assalam...


Alhamdulillah... Genap lah 3 bulan menjadi isteri dia pada cuti Hari Malaysia 16 September 2012....    Rasa bersyukur tak terhingga sebab dapat jadi sebahagian dari wanita yang telah berkahwin.. Tetapi... Hehehe ada tetapi tu... Tetapi...

Tetapi tidak bermakna bila kahwin mesti terus rancang nak anak... Anak tu rezeki dari Allah... Tapi untuk student degree sepenuh masa macam aku ni... Lepas tu sibuk dah dengan Projek Sarjana Muda... Semua tu kena rancang lain kali sebab aku ada Misi dan Visi nak berjaya dalam degree...

Hehehe kawan-kawan sebaya aku ramai lagi belum kahwin... Aku boleh lah saing-saing diorang bawak perut time konvo ke.. Hahaha seronok jugak lepas tu rasa macam kelakar pun ada... Tak gitu Puan PINU NUYU? (sorang lagi classmate u yang dah 2 tahun kahwin + kami lahir hari yang sama dan pada tahun sama hari...)

Misi dan Visi kami sama sebab kami jelas dengan hala tuju kami.. Yang paling penting... Family kita dan family suami memang pakat-pakat setuju dah memang kami tak rancang ada anak on the spot... Kami didahulukan sebagai student sepenuh masa =)

Bukan tak mampu nak jadi ibu masa tengah study ni... Ada je yang pregnant masa tengah study.. Diploma ada.. Degree ada... Ramai je.. Tapi untuk aku lah kan... Aku sebagai diri sendiri dan atas persetujuan seluruh keturunan dan ahli keluarga kami berdua prefer nak study dulu sampai selesai.. Kerja dan earn more money untuk anak-anak aku..

Masa tu aku fokus sebagai wanita bekerjaya dan Umi pada anak-anak aku... Sebab ramai sangat lah yang tanya bila aku nak bersalin... Padahal... Berat badan naik masa raya huhuhu.... Tak ada kena mengena pun pasal pregnant... Gemok sangat ke aku?? Hahahaha....

Paling teringat bila jiran tiba-tiba datang serbu Umi aku tanya bila aku nak bersalin... Aku dengar Umi cerita pun aku terkejut sebab tak sangka sampai terkeluar soalan macam tu.. Hahaha nampak sangatkan jiran tetangga pun tak sabar nak ada baby baru kat kawasan tu hehe...

Insyaallah semuanya kami rancang TAPI kalau Allah kata ADA maka akan ADALAH baby tu nanti.. Ameen... Tapi masing-masing ada matlamat yang jelas dalam urusan kehidupan masing-masing... 

Hehehe memandangkan dulu sebelum nikah... Banyak benda terbatas aku nak buat dengan suami aku... Semua benda kena jaga tau tak... Jadi... Sekarang ni.. Hehehe dengan penuh happy lah aku dapat bercinta puas-puas dengan suami...

Waahh... Dah boleh naik kereta berdua jalan dating jauh-jauh... Dulu nak jalan pimpin tangan pun jangan harap lah.. Sekarang dah boleh dah.. Makan luar selalu berdua.. Seronok je.. Tenang pun ya jugak... Suami kita kan.. Hehehe kiranya sekarang ni bagi chance lah nak dating puas-puas.. Kannn..

Paling best kalau suami hantar kat bus station... Hehehe dengan suka hatinya salam, peluk, cium (sedih sebab lama lagi baru nak jumpa)... Nanti ada je mata-mata pandang semacam.. Yelah.. Nampak gaya macam belum kahwin kan.. Mesti orang ingat apa lah budak-budak ni buat..

Ok... Tu jelah yang nak distory kan kat semua yang membaca... Jika kita ada matlamat... Kita ada mission kita tersendiri... Peduli cakap-cakap orang sebab hidup kita adalah hala tuju kita... Kalau mission fail.. Kita yang menanggung bukan yang tukang bercakap tanggung.. Kann..

Nak kahwin kena merancang, nak beli kereta kena rancang... Malah nak pergi kedai runcit pun kita rancang nak beli barang apa yang kita nak... Betul tak?... Dalam masa yang sama.. Kita hormati setiap perancangan teman-teman dan elak untuk mempersoalkan terlalu banyak... Ok kawan-kawan hehe...





Siapa yang tak nak... Hahaha...






Dah berlatih mandi kan adik-adik saudara dan anak-anak saudara suami..






Fuhhh... Tembam budak neh.. Gomol-gomol sama dia....






Kalau baby girl mesti excited beli barang-barang dia
hahahaha.... Ooo... Ni petunjuk kena belajar rajin-rajin
+ dapatkan kerja yang bagus.. Nanti nak shopping gaun pink
ada ribon, bunga-bunga.. Nak beli topi ada reben besar lagi...






Aku tak sabar nak tengok perot Kak Et atau nama lainnya
bakal Dr.Noranifitri hehe... Tak sabarnya nak tunggu baby
dia lahirrr... Mesti comel macam mama dia...

Dalam masa yang sama... Tahniah untuk Miss Shahariah Bt Salleh
sebab dah bertukar status kepada Puan Shahariah... Happy for u..
Tak sabar jugak tengok dia bahagia dengan baby-baby yang comel..





TERIMA KASIH....


Saturday, September 8, 2012

SUNSILK Hijabku Gayaku Workshop with Scarflets

Assalam...


Malam tadi baru je sampai rumah... Baru balik dari KL... Pergi KL, gara-gara SUNSILK Hijabku Gayaku Workshop with Scarflets... Mujur lah kan ada adik yang menetap kat KL... Jadi ada apa-apa hal kat KL memang redah rumah dia dulu dan tidur semalaman..

Pagi Sabtu tu aku tak pergi bengkel ni sorang-sorang sebab cousin aku Faizah Zairin dah janji nak teman aku pergi bengkel hijab ni... Dia bisnes tudung online yang murah-murah kat Facebook dan alang-alang dia join bengkel ni, banyak input dia dapat untuk share dengan customer dia tentang penjagaan rambut bagi wanita bertudung =)

Dari Cheras, kami naik teksi terus ke WESTIN HOTEL KUALA LUMPUR... Rupanya hotel tu depan Pavilion dan dekat je dengan Sungei Wang Plaza... Jarak dari rumah adik aku pun tak jauh sangat... Tambang teksi pun murah je (tu tandanya terlalu dekat hohoho...)...

Sampai je depan hotel, dari bukak pintu teksi sampai lah bukak pintu hotel... Semuanya ada orang bukak kan... 1st time in my whole life rasa macam ni... Masuk hotel semua servis bagus dari layanan staff kat dalam hotel sampai lah kami jumpa Westin 2 iaitu Ballroom untuk event Sunsilk..

Mula-mula daftar dan dapat goodies beg yang merupakan syampoo dan conditioner untuk 2 bulan... Patut lah goodies beg pun berat sebab dapat syampoo besar + conditioner besar.. Dalam hati berkata-kata... Nak naik sem ni dah jimat duit syampoo dah hehehe...

Lepas tu, kami disediakan kudapan.. Memandangkan pagi tu kami tak sempat nak bersarapan maka kami gunakan masa kudapan untuk bersarapan... Sambil sarapan, kami pun dapat lah kawan-kawan baru yang merupakan peserta FASA 1 Sunsilk..

Event ni ada kena mengena dengan Bloggers... Mungkin Scarflets ramai yang bloggers kan.. Jadi tiap kali kita perkenal diri masa awal-awal majlis... Mesti dia tanya anda seorang blogger atau pun tidak.. Aku?? Aku memang blogger tapi blogger syok sendiri je =)


Bengkel start pukul 10 pagi.... Mula dengan tips penjagaan rambut selama 1 jam bagi wanita bertudung oleh Bambang Soteto... Bekas student Chemical Engineering dari German dan dah buka 4 saloon antaranya kat The Curve... Rasa-rasa nak tengok siapa Bambang tu boleh klik kat AnnasEaskeyPhotography... 

Next... Lepas sejam belajar tips penjagaan rambut yang banyak info baru dan berguna (update kemudian kat entry lain...).. Tiba lah masa untuk wanita-wanita Scarflets pulak ajar peserta pakai shawl yang ringkas, mudah dan cepat...

Scarflets memang cun-cun semalam... Dari top to toe dengan colourful dress diorang + blink-blink aksesori... Dengan style lilitan masing-masing yang memang bukan semua berani nak bergaya macam tu hehehe... 

Tamat lah 4 gaya lilitan shawl Scarflets share dengan peserta, tiba masa Sunsilk serahkan cek gergasi besar kepada 4 peserta mingguan yang menang RM1500 tuuuu... Hehehe walaupun aku tak termasuk sebagai 4 peserta pilihan Sunsilk tapi aku happy too untuk winners semalam...

Kat bawah ni ada gambar dan sikit description.... Gambar pun ada yang clear dan ada yang tak... Tak lupa jugak pengacara majlis semalam merupakan salah seorang pengacara bagi rancangan Wanita Hari Ini TV3... Aku ni.. Nama tak ingat tapi tengok muka tu memang tau lah yang dia ni pengacara WHI..





Baru sampai KL.... Letih sikit je =)







Aku pilih untuk berbiru pagi event tu...






Heliza Helmi ada tapi dalam banner jelah hehe...






Kudapan pagi tu aku pilih coffee, roti yang atas dia ada salmon,
roti bulat yang inti dia ada mushroom, lempeng yang dalam dia ada
inti coklat + taburan badam serta yogurt tairu asli campur buah kiwi
dan kacang pecan kalau aku tak silap....






Masuk dewan... Pilih tempat duduk dan aku nampak benda-benda
ni kat atas meja... Kertas dan pen.. Air... Gula-gula.. 2 brooch hijau..
Shawl Sunsilk dan cermin... Semua kat atas meja tu boleh angkut bawak balik kecuali
cawan, mangkuk gula-gula dan cermin je hahaha...






Ya... Tu dia... Orang yang accompany aku masa event
ni... Thank you sooo much dear....






8 September 1988 aku lahir =D






Kawan-kawan baru with the Scarflets... Yang Scarflets tudung
kuning (sebenarnya tudung dia warna hijau Sunsilk) tu muka dia
ala-ala Cik Epal.. Dah macam kembar je aku tengok.. 
Dia adalah Scarflets Shahirah Elaiza...






Pengacara WHI yang aku story kat atas tadi...






Aku pun tak tahu kenapa yang tolong ambik gambar ni menggigil
sebab gambarnya jadi blurrrr... Shaking all about.... 

Selain Shahirah Elaiza kita ada Atikah Uyun yang comel...
Ada Sheril Sheridan (tak tau dia ada blog ke tak) dan seorang lagi
scarflets kita iaitu Emmy Zuraihan....  







Lepas settle bergambar dan event pun selesai... Kami disajikan
makan tengahari... Ada mee hoon tapi aku tak ambik sebab kenyang...
Jadi aku makan ais-krim campur buah-buahan... Buah-buahan campur
yogurt asli... Milk tea dan roti jalan cicah kari ayam =)





Nak balik rumah adik... Adik pun belum habis kerja lagi... Jadi aku dengan cousin pun merayau kat Pavilion... Kat Sungei Wang... Dari nak cuci mata... Tersangkut jugak kat satu skirt labuh warna mustard kesukaan aku... 

Tahun ni aku sukaaaaaaa warna mustard ... Cantik pulak kat pandangan mata ni tau... Ok lah.. Spent RM30 untuk kali pertama window shopping kat situ... 

Hohoho... Tak boleh nak cerita panjang lagi.... Bayangkan today kan Ahad.. Patutnya aku dah selamat sampai Parit Raja Batu Pahat sebab esok kan kelas mula.... Ishh... PSM lagi... Wish me luck tau... Lepas sem ni... Aku ada 1 je lagi sem nak settle kelas sebelum mula LI 4 bulan dan habis study October next year...


Terima kasih....

Thursday, September 6, 2012

1st Raya Sebagai Isteri Dia =D

Assalam...


Tahun ni merupakan tahun pertama beraya sebagai isteri kepada Mohd. Faiz Bin Zakaria... 2 hari sebelum raya kami balik JB iaitu rumah Mak dia... Pagi raya lepas solat raya tu kami terus gerak balik Muar, kampung Tok Chik (Mak kepada Umi ku)...

Lepas tu cabut balik rumah family aku kat Melaka.... Singgah kejap je dan terus balik Alor Gajah, kampung sebelah Abah pulak.. Fuuuhhhh... Betapa banyaknya si dia memandu ke sana sini... 

Petang tu kami sakan beraya rumah saudara-mara kat kampung dan malamnya kami balik rumah family aku semula... 1 jam pergi balik jarak dari rumah aku ke kampung sebelah Abah... 

2 hari kemudian kami balik kampung dia di Batu Pahat... Malamnya balik JB... Fuuuhhhhhhh..... Memang buzy sangat-sangat masa raya... Melaka-Johor berulang-alik non stop tapi si dia steady je aku tengok hehehehe...





Berumah atas highway...





Ini kerja tetap saya selama beberapa jam dalam
kereta hehehe...





Okay.... Tahun pertama dia bagi duit raya...
Yeaayyy...





Dia tak kan nak buat muka bajet handsome...
Muka serius... Muka cover macho... Hahaha
sebab tu la aku terima jadi isteri dia... Kalau dia
watak macam Aaron Aziz dalam drama Adam & Hawa..
Sungguh!! Aku tak layan.....





Ni pose favourite dia... 





Extra make up di pagi raya...





Adik aku yang 2 orang boleh dikatakan penumpang kereta
abang ipar dia yang paling setia.. Lagi-lagi yang baju kuning tu...
Untung-untung dapat makan KFC free... Dapat burger bakar hehehe...






Rombongan nikah dari pihak lelaki... Abang saudara nikah di 
hari raya... Dia dah pernah rasa debarannya... Hahaha...
Giliran Abang saudara pulak bawak sepupu baru untuk kami...





Kalau dia yang candid gambar isteri dia...
Hahahaha isteri dia sentiasa ready for the camera!!....



Macam baju raya aku yang pink (hampir sedondon dengan suami) tu, hadiah masa hari meminang + bertunang hehe... Masa tu dapat cincin dengan kain ela yang akhirnya aku buat jadi baju raya.. 

Family aku memang style kalau merisik + tunang... Tak ada hantaran dan wang pendahuluan majlis kahwin dan sebagainya tak ada... Abang saudara aku risik + tunang 10/6/2012 pun cuma bagi cincin dan buah-buahan kat bakal isteri dia...

Alhamdulillah.. Sabtu ni genap seminggu diorang nikah... Kan seronok macam tu.. Tak ada hutang kahwin.. Hantaran masa nikah simple sangat-sangat... Dengan RM3k boleh dapat isteri dan kebahagiaan rumahtangga tanpa masalah hutang.. SWEET kan...


Terima kasih.......

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3