Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, September 6, 2012

1st Raya Sebagai Isteri Dia =D

Assalam...


Tahun ni merupakan tahun pertama beraya sebagai isteri kepada Mohd. Faiz Bin Zakaria... 2 hari sebelum raya kami balik JB iaitu rumah Mak dia... Pagi raya lepas solat raya tu kami terus gerak balik Muar, kampung Tok Chik (Mak kepada Umi ku)...

Lepas tu cabut balik rumah family aku kat Melaka.... Singgah kejap je dan terus balik Alor Gajah, kampung sebelah Abah pulak.. Fuuuhhhh... Betapa banyaknya si dia memandu ke sana sini... 

Petang tu kami sakan beraya rumah saudara-mara kat kampung dan malamnya kami balik rumah family aku semula... 1 jam pergi balik jarak dari rumah aku ke kampung sebelah Abah... 

2 hari kemudian kami balik kampung dia di Batu Pahat... Malamnya balik JB... Fuuuhhhhhhh..... Memang buzy sangat-sangat masa raya... Melaka-Johor berulang-alik non stop tapi si dia steady je aku tengok hehehehe...





Berumah atas highway...





Ini kerja tetap saya selama beberapa jam dalam
kereta hehehe...





Okay.... Tahun pertama dia bagi duit raya...
Yeaayyy...





Dia tak kan nak buat muka bajet handsome...
Muka serius... Muka cover macho... Hahaha
sebab tu la aku terima jadi isteri dia... Kalau dia
watak macam Aaron Aziz dalam drama Adam & Hawa..
Sungguh!! Aku tak layan.....





Ni pose favourite dia... 





Extra make up di pagi raya...





Adik aku yang 2 orang boleh dikatakan penumpang kereta
abang ipar dia yang paling setia.. Lagi-lagi yang baju kuning tu...
Untung-untung dapat makan KFC free... Dapat burger bakar hehehe...






Rombongan nikah dari pihak lelaki... Abang saudara nikah di 
hari raya... Dia dah pernah rasa debarannya... Hahaha...
Giliran Abang saudara pulak bawak sepupu baru untuk kami...





Kalau dia yang candid gambar isteri dia...
Hahahaha isteri dia sentiasa ready for the camera!!....



Macam baju raya aku yang pink (hampir sedondon dengan suami) tu, hadiah masa hari meminang + bertunang hehe... Masa tu dapat cincin dengan kain ela yang akhirnya aku buat jadi baju raya.. 

Family aku memang style kalau merisik + tunang... Tak ada hantaran dan wang pendahuluan majlis kahwin dan sebagainya tak ada... Abang saudara aku risik + tunang 10/6/2012 pun cuma bagi cincin dan buah-buahan kat bakal isteri dia...

Alhamdulillah.. Sabtu ni genap seminggu diorang nikah... Kan seronok macam tu.. Tak ada hutang kahwin.. Hantaran masa nikah simple sangat-sangat... Dengan RM3k boleh dapat isteri dan kebahagiaan rumahtangga tanpa masalah hutang.. SWEET kan...


Terima kasih.......

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3