Assalam...
Dalam minggu ni aku ada buat sushi kat rumah tapi aku pun lupa hari apa yang aku buat benda ni.. Maklum lah dah lama tak pergi kelas huhuhu... Semua benda nak dilupakan... Aku semangat buat sendiri sushi ni sebab aku berjaya ditemukan dengan tikar penggulung sushi ni oleh kawan kaki shopping aku iaitu Cik Nurul Syuhadah... Member aku sejak form 1..
Nak buat benda ni senang... Ceh.... Senang tu senang tapi agak terkial-kial jugak lah nak guna tikar ni... Mencabar emosi, tahap kesabaran dan aku suka tengok ending sushi ni yang akhirnya buat aku gelak sorang-sorang kat dapur... Tapi bila dah masuk mulut... Memang akan terus masuk mulut sehingga 2, 3, 4 kalinya...
Bahan-bahan dan alat-alatnya...
Yang ni mesti ada... Tikar penggulung sushi..
Aku beli kat kedai jual produk Jepun... Kat
Jusco pun kalian boleh try cari..
Aku guna seaweed yang ni sebab dia dah ada perisa
tambahan.... Tengok tu.. Aku pilih perisa SOTONG hehe...
Dalam dia ada 10 keping seaweed bersaiz besar...
Aku jugak guna mayonis walaupun resepi asal
sushi memang tak ada mayonis... Tapi bijak jugak
sepupu aku ni dia ajar letak mayonis sampai sushi
ni rasa ala-ala macam sushi yang aku selalu beli kat Jusco..
Orang Jepun guna Rice Vinegar tapi aku check ingredients ada
certain Rice Vinegar tu guna white wine.. Jadi aku ambil langkah
berjaga-jaga dengan beli Cuka Buatan sahaja...
3 sudu besar cuka buatan + 2 sudu besar gula pasir
dan gaulkan kedua-duanya di atas api perlahan...
Kacau sampai gula larut dan ketepikan..
1 cawan setengah beras.. Kalau ikutkan guna beras Jepun
iaitu short rice tapi aku guna je beras yang ada kat dapur tu...
1 cawan setengah beras tu basuh dan masak dulu sampai jadi
nasi.. Kalau boleh lebihkan sikit air biar jadi nasi lembik sikit..
Lepas nasi dah masak.. Masukkan cuka + gula yang dah larut tu ke
dalam mangkuk nasi.. Kemudian masukkan mayonis sebanyak
mana yang kalian suka sampai menepati citarasa kalian... Gaul rata...
Ok... Aku guna crab stick (direbus dahulu) dan timun tapi aku
cadangkan kalian guna lah timun Jepun sebab aku
rasa lagi ori guna timun Jepun.. Kat sini aku guna
timun kampung je hehehe...
Susun kemas-kemas dan rata-rata macam kat
atas tu...
Tadaaaaa.... Dah jadi dah SUSHI hehehe.. Aku ni tak pandai lagi
guna tikar tu.. Agak hodoh sikit sushi aku.... Tak apa.. Berlatih
lagi sampai mahir...
Selamat Mencuba.. Terima kasih....
No comments:
Post a Comment