Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, November 19, 2011

Breakfast Happily di Tasek Y, Batu Pahat!!!!

Memandangkan semalam hari Sabtu.. Maka sehari sebelum tu aku plan nak sangat-sangat keluar dan shoot gambar kawan-kawan... Dari 4 orang yang aku ajak.. Hanya 2 orang je yang berkesempatan.. Dan yang lagi 2 orang tu hehehe bila anda free calling-calling lah eh... Sebab aku nak sangat ambik gambar korang...

Maka pada hari Sabtu pagi selepas subuh... Aku pun bercadang nak goreng kuey tiow untuk sarapan pagi kat Tasek Y bersama 2 orang yang berkelapangan iaitu Ida dan Awin... Kuey tiow yang selebihnya aku tinggalkan untuk housemate bersarapan di rumah... Menu tambahan yang lain, aku goreng crab ball dengan crab stick serta teh o sebagai minuman pagi...

Sampai je kat Tasek Y, kami bertiga pun sarapan dibawah pokok yang nyaman sambil potpet-potpet dengan riangnya hahaha.. Sungguh happy sangat!!! Lepas tu aku pun siap-siap keluarkan kamera dan ambik gambar budak 2 orang ni tengah sarapan... Tiba-tiba............


Awin: Kau senyum tu jaga-jaga....

Ida: Kenapa?

Awin: Kut lah ada lada di celah gigi... Hahahaha

Ida: Hahahaha...

RD: Korang cek sikit gigi tu kang betul-betul ada lada.. Malas lah nak guna adobe semata-mata nak putihkan gigi korang yang berlada tu .. Hahaha...


Memang bergelak ketawa kami bertiga.. Bagi aku.. Ini lah antara riadah yang happening dengan kawan-kawan.... Mengurangkan stress pada pelajaran dan test... Aku sebagai kawan berterima kasih kerana menjemput aku di rumah dan bawa ke Tasek Y tu... Tangan aku pun memang dah gatal sangat nak usung kamera dan pelawaan aku ni korang terima dengan baik.... Aku jugak di hantar semula ke rumah dengan selamatnya...

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku sempat upload memandangkan terlalu banyak dan aku plih mana yang best je untuk dikongsi dalam blog ni...
































































p/s: ambik feel macam picnic kat UK pulak time summer... Hahahaha....


Thank you=)

Sunday, October 23, 2011

KURSUS KAHWIN......


Tajuk entri yang lurus tanpa bendul hahaha.. Susah nak berkias-kias pagi-pagi buta ni dengan mata pun dah separuh nak terpejam sebab mengantuk!... Tapi untuk update jugak blog yang tak seberapa ni maka dengan itu, aku menaip jugak lah untuk share apa yang berlaku pada aku last week...

Ok.. Pada 22 dan 23 Oktober baru-baru ni... Aku join kursus kahwin anjuran Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat bersama Pusat Islam UTHM... Dengan bayaran yuran sebanyak RM100 hasil dari duit aku berniaga kecil-kecilan masa cuti sem hari tu..

Mula-mula memang dah cadang nak pergi dari sem lepas lagi tapi tangguh dulu sebab masa tu fikir nak guna duit banyak pulak.. So, bila dah ada duit sem ni.. Aku pun terus kan niat yang tertangguh tu... Lagi pun bukan aku pergi sorang... Ada jugak member yang belum ambik kursus.. Maka kami pun pergi lah sekereta..

Kalau nak cerita detail tu memang panjang lah sebab ada 12 slot perlu diselesaikan selama 2 hari .. Kalau tak.. Tak dapat sijil OK!... Jadi sabtu dan ahad aku memang buzy dengan kursus... Dari awal pagi sampai lah ke petang... Balik rumah pun rasa nak rehat dan tidur je...

Sepanjang kursus tu BEST!... Penceramah best... Tempat pun best.. Makanan pun best... Jadi aku sebagai peserta memang berpuas hati lah.. So.. Kalau orang tanya apa perasaan dah pergi kursus.. Jawapan aku satu je kot hahaha... LEGA dah ambik... Tak payah pikir dah bila nak ambik.. Lepas tu nak ambik kat mana... So sekarang dah settle!!!...

Yang penting.. Apa yang kita belajar dalam kursus tu kena lah amalkan.. Jangan lah pergi kursus tu masuk telinga kanan pastu keluar telinga kiri... Niat pergi tu janji dapat sijil pastu dah boleh kahwin.. Tapi perjalanan masa dalam alam perkahwinan itu lah yang sangat penting sebenarnya ... Apa-apa pun... TAHNIAH kepada yang dah pergi... Kalau ada yang dah nak masak nasi minyak tu.. Jemput-jemput lah eh.. Hehehe..


Monday, October 17, 2011

My Happiest Moment






This picture is taken by me as the photographer for The Cycling Day with the classmates. This is the best photo which show the happiest moment of my friend... Every time I take a look at this picture, I can feel the happy mood. Thank you for being a good friend to me and I'll always be happy for you dear!











Teman SeUTHM di Zenxin Organic Park (^^,)

Sabtu baru-baru ni... Aku ada plan dengan kawan-kawan kelas nak pergi main basikal kat Zenxin Organic Park Kluang.. Maklum lah cuti semester 4 bulan kan hehehe.. Maka semua naik berat badan.. So, ni lah masa yang dinanti-nanti untuk pergi bersenam.. Masa awal-awal plan memang ramai yang nak pergi.. Tapi pada hari kejadian cuma ada 4 orang je budak kelas (production and operation) aku dan lagi 2 orang adalah budak construction...

Bertolak dari Parit Raja lebih kurang pukul 8.30 pagi... Sampai sana dalam pukul 8.50 pagi.. Lepas tu kami pun pergi bayar tiket berharga RM 10.00 untuk basikal 1 seat dan RM 2.00 untuk tiket masuk dalam Organic Park.. Sebelum pilih basikal... Setiap seorang kena lah bayar RM 20.00 sebagai deposit basikal.. Tapi jangan risau... Deposit RM 20.00 akan dipulangkan setelah anda selesai bermain basikal..

Pada 2 jam yang pertama RM 10.00 dan pada jam seterusnya di cas sebanyak RM 2 kalau aku tak silap.. Maka kami bajet yang kami hanya akan berbasikal selama 2 jam je..

Sepanjang berbasikal tu best lah.. Sambil bersenam dengan tercunggap-cungap kayuh naik bukit... Turun bukit best giler sebab dapat rasa angin yang baaaanyaaaakk.. Hilang semua stress walaupun banyak sangat kerja nak difikirkan..

Aku ni bawak kamera.. Kamera orang je pun.. Kamera sayap terbang hehehe... Thank you sangat-sangat bagi pinjam... Saja nak test power kat kamera orang... Maka terhasil lah karya yang ada kat bawah ni...

Model-model aku ni semua kena cover malu hehehe... Ada je orang tengok diorang ni posing... Tapi apa yang penting.... SEMUA ORANG SANGAT HAPPY.... Sayang korang semua... Next trip nak pergi mana eh??? Hehehehe....


















































































Lepas dah berbasikal tu.. Kami dipulangkan semula deposit RM 20.00 dan kami sempat bermain tepat 2 jam sepuas-puasnya.. Selain tu, kami jugak diberikan Herbal Mulberry Tea secara percuma untuk setiap orang bagi membantu menyegarkan badan yang dah penat bersenam...

So... Apa tunggu lagi.... Jalan-jalan lah kat sini....

Thanks sebab baca... (^^,)


Thursday, September 8, 2011

ATOK LELAKI KOMEN TENTANG HANDBAG KU... DIA KATA MACAM.........................??

Tadi touching jap tulis entri luahan hati birthday girl kepada parentsnya dan sekarang aku nak cerita tentang hadiah birthday tahun lepas... Korang tau atok aku kata apa tentang hadiah birthday aku???



Atok: Ni handbag ori ke?

Aku: A'ah tok... Ori ni...


Atok: Siapa belikan?
(sambil belek-belek handbag aku..)

Aku: Angah yang belikan..
(Angah tu adik perempuan aku.. The 1 and only)

Atok: Kalau kau kata ori kat orang lain mesti orang tak percaya..


Aku: Kenapa pulak tok?


Atok: Hahaha yelah.. Cuba kau tengok cincin besar kat beg kau ni.. Dah macam anting-anting kat hidung lembu atok tengok..


Aku: Haa??? huhuhu..... Ada pulak macam anting-anting hidung lembu... Huhuhu mahal ni, tok....


Atok: Yolah.. Cuba tengok betul-betul... Kan ada rupa tu Hahaha..





ADA RUPA ANTING-ANTING LEMBU KE?? Huhuhuhu......



.....

.....

.....

.....

.....






Ada rupa ke?? Atok aku tu ada-ada je tau nak komen yang pelik-pelik lepas tu dia gelak kan aku... Hahaha nasib lah cucunya ok je... Biasa lah dapat atok yang suka kacau cucu.. Macam tu lah...


Thank you ya baca entri ini (^^,)...

Friday, August 26, 2011

KOREAN FOOD AT HOME

Assalam.. Semua dah kenyang perut? Hehehe.. Alhamdulillah kita masih mampu makan dengan kenyang dan bertenaga lah badan untuk meneruskan tarawih.. Ok... Kat entri ni aku nak share dengan kalian effect menonton banyak sangat drama dan lagu Korea.. Effect yang menimpa aku dan adik-beradik sebenarnya...

Dari segi pemakaian memang lah kami suka jugak tengok style Korea.. Ada jugak beberapa helai baju yang kami beli secara online dan beli di KL untuk menepati citarasa Korea tu tapi tak lah sampai seksi.. Mana yang perlu dijaga tu jaga lah elok-elok kan... Jangan kerana fesyen body binasa...

Kemudian kami jugak suka dengar lagu Korea.. Macam adik aku.. Celik mata bangun pagi terkulat-kulat terus ambik handphone dia dan bukak lagu Super Junior yang penuh dalam list mp3 player kat handphone.. Aku rasa dah tak ada lagu Melayu agaknya dia ni... Selain dari radio tempatan.. Adik aku ni rajin tengok Radio Sukira Live dari Korea kat internet sebab DJ nya ahli SUJU..

Kereta adik aku pun memang CD penuh dengan CD lagu Korea je.. Sampaikan pada suatu hari:

Adik Sedara: Kenapa asyik lagu korea je dalam kereta kak ngah?

Aku: Sebab radio dia ni tak reti main lagu bahasa lain...

Adik Sedara: Ooo.. Kiranya radio kak ngah ni kalau pasang lagu melayu pun jadi
korea lah eh????


Aku: Yelah kot...

Adik Sedara: Huyooo....

Adik sedara tu baru 8 tahun... Dia naik kereta adik aku asyik lagu Korea je.. Tu yang dia pelik sangat tu.. Hehehe...

Bab baju atau lagu tak hairan lah.. Sebab ramai lagi peminat artis dan pelakon Korea kat Malaysia ni akan buat perkara yang sama.. Dengar lagu Korea dan pakai baju ala-ala orang Korea.. Tapi sejauh mana effectnya makanan Korea pada mereka?? Sebab... Kat rumah kami ada stock makanan Korea...

Ni semua adik aku punya pasal.. Dia punya kuat tengok movie Korea sampai makanan Korea pun dia terliur kalau tengok... Maka.. Adik aku ni kaki survey makanan Korea yang ada kat Malaysia ni.. Akhirnya tempat yang paling senang nak temui makanan Korea adalah di mana-mana branch supermarket Jusco...

Dia jugak lah yang ajar adik-beradik yang lain makan makanan Korea... Antara stok yang ada ialah kimchi (jeruk sayur-sayuran)... Ramen (mee segera) dan jugak Dobbuki (rice cake atau kuih bakul tak silap aku..)

Kalau nak beli makanan Korea kat Jusco.. Dia terletak di bahagian was-was.. Memang pihak Jusco sendiri letak notis supaya baca ingredient terlebih dahulu sebelum membeli... Di sebab kan pihak Jusco prihatin maka aku rasa belum ada shopping lain yang buat satu tempat khas untuk barang makanan was-was yang datang dari seluruh dunia...

Selalunya kami pilih yang ada simbol vegeterian atau memang ingredients dia cuma sayur je.. Kalau ada tulis beef ke apa-apa haiwan lain rasanya tak perlu lah ambil.. Kalau sayur memang plain sayur sahaja tak ada daging... Kita pun tak nak tersilap makan kan..

Kalau Kimchi biasanya adik aku letak dalam ramen... Jadi lah kimchi ramen.. Ada masa dia letak dalam telur dadar dan ada jugak makan dengan nasi putih atau nasi goreng... Macam dobbuki tu dia masak sos pedas dan gaul dengan dobbuki yang dah dicelur terlebih dahulu.. Sedap tapi cepat kenyang sebab dia macam beras pulut dan bila makan rasa kenyal.. Bila makan banyak maka jadi kenyang..

Kalau ramen tu kami suka beli ramen yang memang dah ada kimchi tapi masa masak atas api pun kami tambah kan lagi kimchi supaya ramen kami ada extra-extra kimchi.. Kimchi ni ada masin-masin rasa dia.. Aku ok je.. Boleh terima lagi..





Contoh ramen tapi aku tak beli ramen cap di atas ni.. Aku beli ramen cap lain..





Ni gambar adik aku masak Dobbuki... Nampak benda putih
yang panjang-panjang tu.. Tu lah dia Dobbuki... Kalau cerita Korea biasanya
pelakon makan kat van yang macam warung bergerak tu.... Makan panas-panas
siap berasap-asap lagi....





Kimchi.. Kobis yang dijerukkan... Bagi aku kimchi ni kalau dah campur
dalam telur dadar dah tak payah tambah garam lagi dah sebab kimchi ni
dah sedia masin...





Tapi apa yang aku perasan.. Harga sepeket ramen mahal.. Makin berkualiti makin mahal.. Kalau kita tengok cerita Korea.. Ramen tu dah jadi macam makanan ruji pun ada.. Makanan yang kerap di makan... Paling best tengok Lee Min Ho makan ramen atas tutup periuk.. Tak payah pakai pinggan atau mangkuk hehehe.. Slurrpp... Berbunyi macam tu lah kalau Lee Min Ho makan dalam Boys Over Flower..

Jangan lupa KLIK SINI dan jalan-jalan kat blog adik aku yang kekoreaan sangat ni...


Nak tips LOW FAT RAMEN COOKING SECRET?? Next entri k... Thanks sebab baca...


Sunday, August 21, 2011

MENU BUKA PUASA HARI KE-21

Kononnya hari ni nak bawak adik-adik keluar beli baju raya tapi.... Terasa malas nak menunggu maka aku tertidur... Bila dah terjaga aku suka turun dapur tengok my mom buat apa.. Rupanya nak masak awal sikit hari ni sebab ada yang nak balik German dan ada yang nak balik asrama..

Agak-agak terkejut tak tengok menu buka aku hehehe... Ada 2 benda ni je atas meja lepas tu pencuci mulutnya Chocolate Mousse yang aku mintak tolong dari adik lelaki untuk bantu aku adun sebelum simpan dalam peti sejuk.....




Rendang Ayam Sedap!! dengan Lempeng je..






Chocolate Mousse.. Lelehan coklat yang tepi cawan tu signature dari adik aku.. hehe Setiap chef kan ada signature tersendiri.. So yang tu dia punya hahaha...



Kenyang tetap kenyang ye.. Makin dah penghujung ramadhan makin malas nak berbuka dengan macam-macam juadah... Lagi simple lagi aku suka....



Jangan lupa join KLIK SINI untuk dapatkan duit raya RM10k dari nescafe.. Aku dah join.. Korang bila lagi.. Senang je.. Jom klik klik klik...


Friday, August 19, 2011

AYAM MASAK MERAH

Semalam my mom masak kuah dalca untuk makan dengan puri... Dalam masa yang sama ada bincang-bincang jugak nak masak lauk lain sebab pak cik satu family nak datang iftar kat rumah.. Kata putus telah memutuskan bahawa lauk Ayam Masak Merah menjadi pilihan...

Kebetulan pulak adik dari German call suruh my mom jemput dia kat Melaka Central.. My mom pun arahkan aku yang pergi jemput budak German tu... Terasa liatnya nak drive jadi aku offer diri aku untuk masak dan my mom yang keluar jemput adik...

Dalam keadaan tak pernah masak lauk Ayam Masak Merah ni aku letak lah tahap yakin 99.99% untuk masak.. Tak apa.. Buku resepi Saji ada.. Dalam masa yang sama my mom dah pesan suruh masak nasi sementara masak lauk tu... Aku jawab "Ok.. Ok..."...

Mula-mula aku goreng ayam dulu macam biasa dengan kunyit dan garam.. Tapi aku goreng tak rangup... Agak-agak lembut ayam dan boleh di makan aku terus angkat... Kebetulan pulak ayam organik HPA.. 1st time nak rasa ayam HPA...

Dah siap goreng ayam tu... Aku tengok lah buku resepi nak masak lauk Ayam Masak Merah... Sekali................ Punya lah banyak bahan yang aku tak ada kat rumah ni... Macam mana nak masak kalau banyak bahan tak ada.. Lepas tu aku teringat ada resepi Ayam Masak Merah kat blog DEALUVISH kawan si bff aku.. Apa lagi... Terus lah mencari resepi tu kat entri yang mana..

Aku suka tengok resepi dia ni... Dah lah simple.. Senang.. Memang terbaik lah DEALUVISH!!! Hahahaha... Aku pun kejap-kejap pergi kat laptop kejap-kejap lari ke dapur... Tung tang ting tang.... Siap dah Ayam Masak Merah aku tapi macam biasa lah aku renovate sikit-sikit ikut selera tersendiri hihihi... Tapi basic resepi asal memang ikut si DEALUVISH punya..

Sorry to say memang sudah licin lauk aku haha... Ok dah ada 1 ilmu baru yang aku dapat semalam... Ilmu Ayam Masak Merah... Aku memang tak pandai masak jadi belajar lah slow-slow hehehe... Jom aku share dengan anak dara sekalian Ayam Masak Merah Rima Dania..


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (digoreng dengan kunyit dan garam)
1 batang serai (kisar)
5cm halia (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
Sebiji bawang besar (kisar)
5cm lengkuas (kisar)
1/4 cawan santan kotak
1 tin kecil tomato puree
1 cawan cili boh
1 cawan tomato sos
1/4 cawan sos cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk memasak


Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dengan cili boh sampai naik minyak.

2. Selepas tu.. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili dan santan kacau rata.

3. Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam lauk masak merah. Gaul sebati dan tutup api.



Ni hasil aku... Ni saki baki sebenarnya.. Masa baru
lepas masak tak sempat aku nak snap-snap ni... Hehehe...


Bila my mom sampai je rumah dengan adik aku dari German tu... Aku pun cakap dengan my mom "Ayam masak merah dah siap..." Muka memang eksyen giler ni... Pastu my mom pun kata "Ok.." Pastu my mom bukak periuk tanya "Eh, mana nasik ni???" Masa tu lah aku dah Arrgghhhhhhhhhh.... Nasi tak masak lagi..... Huhuhuhu... Punya lah fokus masak lauk baru sampai nasi pun lupa nak masak huhuhu... (Oo... Nasi di masak untuk family pak cik hehe... Aku buka makan sekeping je puri..)


Sekian dari aku yang excited giler cuba lauk baru yang bakal dibawa resepi ni ke rumah sewa... (Mesti ada yang kata "Kecoh anak dara sorang ni....") hehehehe......

Friday, August 12, 2011

MENU BUKA PUASA HARI KE-12

Semalam makan Mee Rebus je tapi beli kat food court.. Bukan aku yang beli tapi adik dengan my mom keluar pergi beli... Aku memang pengsan semalam... Berehat sepuas hati sebab penat.. Bangun tidur pun sakit-sakit badan... Memang tak selesa...

Hari ni my mom dah beli bahan nak masak untuk buka... Simple sangat menu buka kami satu family sebab hari ni makan western je.. Tapi family aku memang tak buka nasik berlauk.... Nasi berlauk hanya di makan pada waktu sahur...

Aku dengan Itsmenoni tung tang tung tang berdua masak sebab my mom tengah siapkan kerja filing dia.. Esok nak tunjuk kat bos hahaha... Sabtu tu.. Bukan Isnin- Jumaat je.. Buzy tak buzy my mom.. Ha nak tengok menu simple kami... Jom cuci mata jap....





Tu dia... Simple sungguh.... Agak-agak kenyang ke makan macam ni je??






Aku kenyang aje.... Simple kan?? Semua goreng-goreng je... Vege Roll tu pun beli yang dah siap iaitu cap HPA... Try lah... Sedap jugak... Pastu pada yang rumah dia dekat dengan Jusco.. Beli lah ayam perap kat bahagian market tu.... Murah dan tinggal masak atas kuali je... Salad pulak gaul je dengan mayonis... Sos black paper tu patotnya aku yang buat... Tapi tak cukup tangan dah... Jadi my mom lah akhirnya ke dapur buat sos...





Alhamdulillah.... Selesai dah berbuka... Jangan lupa minum secawan yogurt untuk penghadaman yang baik hehehe (^^,)


Thursday, August 11, 2011

Within 24 hours.. Siap orders for RAYA!!!! + Jadi Tenaga Pengajar Buat Kek dan Biskut = Hasilnya PENATnya hari ni...

Hari ni terasa extra letih dan penat.... Pengalaman hari ni mengajar Kek Kukus Coklat Lembab dengan Chocolate Chip Cookies (Kak Naz) di satu tempat untuk sesi belajar kemahiran... Walaupun jadi cikgu yang tak berbayar sebab nama pun keje amal.... Semoga terbayar lah segala penat dengan pahala di bulan Ramadhan ni...

Dalam masa yang sama aku share jugak resepi yang ada dalam buku catatan aku.. Contohnya Muffin Blueberry (Kak Naz)... Apam DotDot... Muffin Strawberry (Kak Naz) dan Muffin Yogurt Chocolate Chip (Kak Naz).. Tak ajar pun buat resepi tu tapi aku bagi salin je sebab next time boleh lah diorang buat dengan my mom iaitu cikgu kemahiran yang sebetulnya...

Selain itu.. Penat di tambah dengan menyiapkan order headband untuk raya... Headband di tempah oleh cikgu-cikgu sekolah Mak cik aku... Customer dijanjikan dapat barang masing-masing next week.. Tapi aku nak jugak siapkan within 24 hours.. Memang kurang tidur semalam.. 2 jam je aku tidur... Tapi puas hati!! Hehehe...

Aku terbayang jap macam mana lah kalau aku jadi tokey biskut raya... Memang tertidur dengan tepung and butter lah jawabnya hahahahaha.....

Cerita pasal butter ni.. Raya ni kita ramai-ramai guna buttercup untuk buat biskut dan kek hehehe... Memang lah orang akan berebut beli sampai kosong rak butter... Tapi jangan risau.. Untuk orang-orang Melaka... Buttercup sedang penuh di rak-rak Mydin dan Tesco... Untuk Mydin harga sebijik buttercup RM 3.79 manakala di Tesco RM3.65... Di Jusco dan Giant aku tak sure berapa harganya...

Pejam celik pejam celik kita dah nak masuk puasa ke 12 esok... Masih banyak lagi amalan membuang masa yang aku rasa aku dah buat... Semoga dikesempatan yang ada ni... Sempat lah kita beramal banyak-banyak...

Jom cuci mata dengan hasil 24 hours aku...





BABY BLUE WITH RIBBON BOW
RM9.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)






WHITE WITH RIBBON BOW
RM9.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)





BRIGHT PINK WITH RIBBON BOW
RM9.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)





BABY BLUE WITH DOUBLE FLOWERS
RM12.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)





BRIGHT PINK WITH DOUBLE FLOWERS
RM12.00
(Not include postage)
(Postage Cost RM5.00)







Thank you lovely customer yang order... Insyaallah selepas siap di packing dengan segera I hantar... Hope your kids will be the cutest kids in Hari Raya hehehehe....



Thank you baca entri peribadi ni hehe...




NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3