Assalam...
Berkesempatan nak update tentang ilmu penjagaan rambut dari Bambang Soteto... Walaupun tak banyak yang aku dapat kongsikan di sini tapi insyaallah memberi manfaat kepada semua yang baca entri ni... Dalam masa yang sama... Selepas baca tu kena lah buat dan amalkan + istiqamah kalau nak dapatkan hasil rambut yang lebih lembut, tak kusut, kurang gugur, kurang kelemumur, kurang kegatalan kulit kepala dan sebagainya...
So... Setiap benda yang aku nak sampaikan ni ada gambarajah bagi senang faham hehehe... Kita kan suka tengok gambar-gambar yang ada warna.. Betul tak? Hehehe baru ilmu masuk kepala dan kekal simpan sampai bila-bila... Right?
Kat atas tu nama dia Blotting Paper... Kebiasaannya kita guna untuk lap muka yang berminyak... Tapi tips yang aku dapat dari Bambang ialah blotting paper ni jugak boleh dijadikan sebagai tanda aras atau kayu pengukur untuk kita lihat tahap berminyaknya kulit kepala kita...
Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah:
1. Ambil blotting paper dan tekap pada kulit kepala dibahagian tengah kepala.
2. Sekiranya blotting paper menunjukkan tanda bahawa kulit kepala anda berminyak dengan banyak... Itu bermaksud anda kena cuci rambut setiap hari.
3. Jika blotting paper menunjukkan sedikit minyak, basuh selang sehari.
4. Untuk yang blotting paper tak nampak kesan minyak, itu bermaksud kulit kepala anda kering. Untuk kes yang macam ni, kalau nak tau bila masa yang sesuai untuk anda syampu rambut, check dulu kulit kepala guna blotting paper. Kalau blotting paper menunjukkan ada kesan minyak pada kulit kepala, baru syampu rambut.
Maksud syampu rambut adalah bila ANDA MENGGUNAKAN SYAMPU DAN CONDITIONER bukan hanya cuci guna syampu sahaja atau setakat basahkan rambut dan kulit kepala =)
Cara terbaik untuk menanggalkan kelemumur di kepala atau sebarang kerak di kulit kepala adalah dengan mengosok kulit kepala menggunakan hujung jari...
Gunakan syampu untuk membersihkan kulit kepala... Caranya adalah dengan meletakkan syampu atas tapak tangan dan basahkan sehingga berbuih kemudian sapu di kulit kepala dan gosok kulit kepala dengan menggunakan hujung jari bagi menanggalkan sebarang kelemumur dan kerak kepala... Dah siap cuci kulit kepala, bilas dengan bersih.
Kat atas tu contoh conditioner... Kena pakai benda ni lepas cuci kulit kepala sebab dengan benda ni lah boleh membuatkan rambut anda tak kusut dan bila tak kusut, maka kurang lah rambut yang putus bila kita menyikat...
Caranya... Sapukan conditioner di bahagian helaian rambut di sebelah bawah sahaja... Bukan diseluruh kulit kepala sebab tu antara kesilapan kita.. Kita sapu seluruh kepala... Tapi sebenarnya hanya digunakan bahagian bawah hujung rambut sahaja.. Jimatkan??
Nasihat seterusnya... Sila lah guna getah rambut yang dibuat dari bahan cotton dan diameter getah rambut tu biarlah besar untuk elak rambut putus masa anda ikat rambut... Jangan ikat rambut ketat-ketat sebab ia memudahkan rambut anda untuk putus..
Jangan sesekali guna getah yang macam ni kalau anda betul-betul sayangkan rambut sebab getah macam ni boleh merosakkan rambut.... Huhuhu.... Sayang rambut tak?? Tak nak jadi botakkan? Jadi jangan guna getah macam ni... Spent sikit duit untuk menghargai rambut anda...
Ok... Kalau anda nak tahu kekuatan rambut anda... Lihat pada bahagian kuku... Jika anda dapati kuku anda mudah patah... Itu bermakna rambut anda juga mudah rosak atau putus... Check jangan tak check.. Makan makanan yang berkhasiat untuk jaga kuku dan rambut anda... Elak makan makanan yang ada banyak MSG dan jangan makan selalu sangat...
Bagi yang berambut panjang... Defini rambut panjang bagi Bambang adalah yang melepasi bahagian dada dan ke bawah.... Jika rambut anda panjang dan mudah putus apabila disikat... Tukar kepada wooden brush macam kat atas tu... Harga dia memang standard RM25 ke atas... Mahal kan tapi lebih bagus berbanding sikat plastik atau sintetik sebab dia menyebabkan rambut tercas masa anda sikat rambut dan menyebabkan rambut jadi putus...
Untuk pemilihan material tudung pulak... Dinasihatkan supaya setiap material yang anda pilih adalah berasaskan cotton dan organik macam kain satin dan sebagainya.... Kalau pakai inner neck pun gunalah yang cotton.. Scarf yang anda guna untuk lindung rambut pun guna yang cotton berkait tu.. Yang anda selalu pakai masa zaman sekolah...
Pemilihan material tudung penting untuk membantu rambut bernafas sepanjang anda bertudung sebab anda bertudung kadang-kala melebihi 8 jam sehari... Betul tak? Anda tak bertudung untuk hanya 2, 3 jam.. Material yang bagus jugak bantu rambut tak putus bila anda bukak tudung atau sikat rambut selepas membuka tudung...
Ia jugak bantu untuk tak menyebabkan rambut berbauuuuu..... Huhuhu aku paling tak suka ada yang rambut berbau... Rimas rasanya huhuhu... Jadi jagalah rambut untuk orang sekeliling kita supaya tak lemas dan rimas...
Bambang jugak nasihatkan supaya kita semua potong rambut 2, 3 bulan sekali... Tujuannya adalah untuk mengelakkan rambut bercabang dan hujung rambut kan mudah rosak... Jadi potong lah ye... Panjang-panjang pun tapi rosak nak simpan buat apa.. Huhuhu....
Lepas dah kahwin ni... Aku dah tak pergi saloon untuk potong rambut... Lebih kurang seminggu, dua lepas nikah... Aku tanya suami aku nak rambut aku panjang paras mana... Dia pun tunjuk lah paras yang dia suka..
So... Aku ambil gunting dan suruh dia potong je rambut aku ikut suka dia hahaha.... Sebab yang ngadap rambut aku cuma dia... Aku tak kisah pun rambut aku fesyen macam mana... Janji suami happy tengok isteri dia cantik kan hehehehe...
Jadi... TRY lah semua tips kat atas tu... Aku dah cuba... Tapi Bambang kata untuk pemilihan syampu kena ada try and error... Kalau anda rasa Sunsilk bagus untuk kulit kepala dan rambut anda.. Guna lah Sunsilk... Tapi andai kata anda lebih sesuai dengan jenama lain... Teruskan guna... Jangan tukar-tukar sebab kalau produk tu dah bagus untuk kita... Kenapa perlu tukar produk lain... Betul tak??
TERIMA KASIH
4 comments:
menarik..thanks
Aisyah Hassim:
Hai!! Terima kasih.. =)
Saya suka tukar tukar syampu sebab asal habis syampu yang lama mesti tak jumpa dah kat supermarket nak beli yang baru 😖😖
klau pkai perapi rmbut kn..sebaik-baiknya berapa kali kena pakai??..klau 1 minggu sekali ok ke??
Post a Comment