Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Saturday, October 12, 2013

ANNADARLING join Carboot Sale di Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay, Johor Bahru!!!

Assalam..




Come and join us!!!!!!

ANNADARLING akan adakan SALE buat pertama kalinya!!!!

What?? SALE???

YES!!! SALE!!!!!

So do come and join us darlings.......

See you there!!!!


Thank you (^^,)

Wednesday, August 21, 2013

Supplement harian + Minuman harian..

Assalam..


Aku ni tengah rajin nak sambung semula makan supplement selepas kes Pregnancy Unknown Location (PUL) tu... Lama jugak aku stop ambil supplement... Boleh dikira 110% aku tak ambil apa-apa supplement pun masa tu..

So, sekarang ni sibuk-sibuk lah nak ambil balik supplement hehe.. Kebetulan pulak sembang dengan kawan dan kawan cerita dia ambil supplemet Shaklee GLA.. Famous supplement tu untuk orang perempuan... Lagi pun GLA (Gamma Linolenic Acid) merupakan salah satu keperluan untuk tubuh badan orang perempuan..

Supplement yang aku makan ni bukan Shaklee GLA tapi Evening Primrose yang mengandungi GLA di dalamnya.. Boleh baca info lanjut mengenai Evening Primrose DISINI...

Aku ambil Evening Primrose sebagai salah satu persediaan untuk try to conceive semula.. Evening Primrose mampu membantu meningkatkan tahap fertility.. Nak tahu macam mana Evening Primrose bertindak untuk tingkatkan fertility..? Baca link yang aku bold warna merah kat atas tu..

Selain tu, Evening Primrose bagus untuk orang yang ada masalah kulit sensitif macam aku... Ia merawat masalah alergik yang menyebabkan gatal-gatal dan merawat masalah jerawat juga.. Semua ni tertulis dalam link di atas..

Ada lagi...... Evening Primrose juga membantu dalam penurunan berat badan.. Bahan di dalamnya mampu membantu untuk membakar kalori.. Tak percaya?? Boleh baca kat link di atas tu..

Tapi......

Pregnancy women tidak disarankan untuk makan.. Sebab tu aku stop makan masa preggy sampai selesai proses gugur dan sampai hcg level dah jatuh bawah dari 1 baru aku start plan nak makan balik Evening Primrose ni..





Aku beli Evening Primrose brand Naturalle ni di Guardian, Aeon Jusco.. Aku beli 2 botol Evening Primrose ni dengan harga RM67.98... 1 botol ada 60 biji.. What?? 2 botol ni below RM70?? Serius ni serius... Berbaloi.. Dan yang penting, softgel yang digunakan adalah HALAL... Kat belakang botol ni ada tulis Gelatin for Softgel: Halal certified Bovine source.. Ada cop halal..

Sehari aku makan 2 biji.. Pagi sebiji dan malam sebiji selepas makan.. Ingat! Selepas makan...

Dengan Evening Primrose ini lah salah satu tips yang aku nak kongsi cara nak tingkatkan fertility dan insyaallah semuanya dengan izin Allah jua..

Next.....

Aku bila dah start try to conceive, aku kurangkan aktiviti minum kopi walaupun kopi itu merupakan salah satu benda yang terlalu aku suka... Aku ni boleh dikatakan gila jugak minum kopi.. Kalau boleh secawan sehari mesti nak minum..

Tapi untuk tingkatkan fertility, aku rela sepenuh jiwa raga dalam seminggu tu cuma minum sekali, dua je.. Tak amalkan dah minum kopi setiap hari..

Aku tukar minum Horlicks sebab Horlicks bagus jugak untuk orang yang nak try to conceive ni sebab Horlicks ada mengandungi Folic Acid dimana penting untuk wanita yang mahu become preggy, dan sedang preggy.. Boleh baca dekat LINK INI... Horlicks banyak sumber Vitamin dan Mineral dan mampu mengurangkan keletihan..





Kesimpulannya... Ini lah pakej meningkatkan fertility yang aku amalkan selama ni.. Alhamdulillah hasil dari banyak baca artikel, baca pandangan orang, buat penilaian, ini lah merupakan set fertility yang paaaaaling murah dan layak untuk student macam aku cuma kena disiplin lebih sikit lah hahaha jangan malas makan Evening Primrose tu dan jangan malas bancuh Horlicks ;p Untuk 1 pack Horlicks (bukan saiz kecil tapi yang saiz sederhana) berharga bawah dari RM9 biasanya.. Dalam RM8++ macam tu.. 

Tahan lama jugak sebab breakfast cuma guna 4-5 sudu besar dan bancuh dengan air panas.. Malam pun macam tu jugak, 4-5 sudu besar sahaja..

Selain tu, boleh jugak amalkan makanan yang mengandungi Folic Acid seperti di bawah ni...

The following foods provide 100–200 micrograms of folate per serving:
  • spinach, 1 cup;
  • ladies’ fingers, half cup
  • asparagus, half cup;
  • lentils, half cup;
  • liver, 1 slice;
  • 11 brussels sprouts;
  • black eyed beans, 4 tbsp;
  • bran flakes, 7 tbsp;
  • wheat germ, 25g / 1oz;
  • medium-sized papaya.

The following foods provide 50–100 micrograms folate per serving:
  • steamed broccoli, 2 spears;
  • large orange;
  • white rice, half cup
  • oatmeal, half cup;
  • kidney beans, half cup;
  • corn on the cob (jagung), 1 large;
  • sunflower seeds, 1 oz.

Other easy, convenient sources include large hard-boiled eggs, tinned salmon and jacket potato. Just remember that the delicate folic acid in foods is destroyed by overcooking, so cook in a covered pan with the minimum amount of boiling water. Try to eat vegetables lightly steamed, microwaved or raw.

http://www.babycenter.com.my/a476/why-you-need-folic-acid#ixzz2cdGr9Pte

Sumber credit kepada: babycenter.com.my


Perkongsian berdasarkan pengalaman peribadi sebab bukan semua orang mampu beli set tertentu untuk tingkatkan fertility.. So the best way untuk help people yang nak tingkatkan fertility melalui pemakanan yang mudah didapati di mana jua even kedai runcit biasa pun ada jual Horlicks dan mana-mana farmasi ada jual Evening Primrose.. Ini cadangan aku dan pandangan peribadi aku hehe.. At least pernah berjaya walaupun kecundang ditengah jalan (2 month++) but it's okay.. I'm on my way for the 2nd time nak try to conceive... But everything is with Allah's will.. Semuanya ketentuan Dia dan kita harus berusaha tanpa putus asa...Betul tak? 


Stay healthy semua!!!!!




Terima kasih..

Monday, August 19, 2013

Ini Bukan Open House...

Assalam...



Agenda ni sebenarnya dah plan lama... Start dari puasa lagi, plan nak ajak kawan-kawan husband buka puasa kat rumah masa Ramadhan hari tu.. Biasa lah nama pun planning dan tak semuanya menjadi hehe..

Kebetulan baru-baru ni, kawan-kawan husband ramai yang ajak kami berdua datang beraya kat rumah mereka.. Meriah!!! Macam-macam menu mak diorang masak.. Terkenyang sentiasa perut ni sepanjang round semua rumah sebab semua rumah ada makanan..

Bila difikirkan balik... Masa ni lah kami patut jalankan misi yang tertunda sejak Ramadhan hari tu... Misi menjemput kawan-kawan husband datang rumah kami..

Husband suruh goreng mee je tapi aku tak setuju sebab goreng mee tu satu perkara biasa.. Mesti kita nak kan satu kelainan bila orang datang rumah kita.. Lagi pun, ini kan raya... Kena lah ada menu spesial untuk dihidangkan kepada tetamu..

Google punya google.. Dapat idea nak buat Mee Kari hehe.. Hasilnya.........




Berdebar-debar nak bagi tetamu makan Mee Kari yang 1st time dimasak seumur hidup... Spesial sangat lah tu kan... 1st time pulak tu hahaha...

Bila tetamu tanya, "Masak sendiri ke?"... Aku jawab, "Masak sendiri sebab itu je yang termampu..".. Pastu aku sengih je malu.. 

Resepi Mee Kari ni aku ambil dari Kongsi Resepi qirah75... 

Bezanya kat sini... Resepi asal adalah Mee Kari Udang... Aku buat Mee Kari Ayam.. Lepas tu aku letak serbuk cili dalam Mee Kari aku.. Aku jugak kurang guna santan dan guna susu cair... Komen yang aku dengar dari tetamu, Mee Kari yang aku masak pedas tapi bukan pedas sangat lah.. Aku buat pedas sebab aku suka Mee Kari yang pedas.. Kalau Mee Kari tu tak pedas macam tak best pulak...




Ini lah rupanya kuah Mee Kari aku.. Nampak macam slow sikit warna dia.. Tak berapa nak merah sangat tapi pedas.. Mee Kari ni benda paling penting adalah kuahnya.. Kepada yang nak try resepi ni boleh klik kat link di atas tu..

Sambil lepak makan Mee Kari, ada yang sembang, ada yang tengok tv... Gitu gini meriah lah malam tu... Seronok tengok kawan-kawan husband datang... Tak lupa jugak aku sempat jemput sorang kawan Poli... BFF jugak lah masa Poli hehe.. Dia pun datang berdua dengan husband, kebetulan BFF tu datang rumah sambil bawak perut yang besar hehe (tak sabar nak tunggu anak buah baru ni lahir)...

Sebelum nak tutup entri ni... Abah kata, orang Arab suka jamu tetamu makan kat rumah mereka terutama bulan Ramadhan sebab dapat bonus 3 in 1...

1. Tetamu yang datang rumah membawa rahmat..
2. Tetamu yang pulang membawa keluar dosa ahli dalam rumah 
3. BONUS RAMADHAN: Beri makan pada orang yang berpuasa kan dapat pahala seperti orang tersebut berpuasa tanpa berkurang walau sedikit pun..

Alhamdulillah selesai sudah semuanya... Of course kami berdua happy sangat malam tu hehe...


My Lunch For Today.....


Terima kasih..

Thursday, August 15, 2013

Popia Simpul dan Kulit Popia Sira Sambal..

Assalam..


Raya ke-5 husband dah mula kerja.. Tak ada cuti panjang sebab nak simpan cuti untuk agenda lain.. Aku yang masih lena dibuai cuti semester ni pun mula lah memikirkan aktiviti terbaru untuk hilangkan bosan..

Kebetulan ada beli kulit popia cuma tak tahu nak buat apa dengan kulit popia tu.. Akhirnya aku pun google lah resepi yang menggunakan kulit popia... 

Google punya google... Jumpa 2 jenis resepi ni... 


POPIA SIMPUL




KULIT POPIA SIRA SAMBAL


2 gambar kat atas tu adalah hasil terakhir dari aku... Alhamdulillah menjadi jugak lah walaupun 1st time mencuba hehe...

Tu lah kan... Bila tak ada oven nak membakar kek dan kuih, carik alternatif guna pengukus... Tapi kalau dah pengukus pun tak ada.. Kena lah cari alternatif buat kerepek guna kuali je hehe... Janji buat hilang bosan kat rumah... Tak ada lah rasa buang masa..

So, entry kali ni jom aku share resepi.. 


POPIA SIMPUL


Bahan-bahan:

Kulit popia
Udang kering/ serunding daging dsb
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Untuk kulit popia yang bersaiz empat segi tepat yang besar tu... Jangan lupa potong 4 dulu...




2. Lepas tu letak lah inti udang kering yang dah dikisar atau serunding kat atas kulit popia..





3. Kemudian... Gulung ikut arah anak panah merah tu dan ikat simpul... 

4. Goreng dalam minyak panas.. SIAP!!






KULIT POPIA SIRA SAMBAL


Bahan-bahan:


Kulit popia:

1 packet kulit popia
Tepung gandum 
Beberapa sudu air
Minyak untu menggoreng


Sambal untuk sira: 

1 biji bawang besar (kisar halus)
4 ulas bawang putih(kisar halus)
20 tangkai biji kering (tangkai ke?? biji? apa-apa jelah kot hehe) (kisar halus)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula wajib secukup rasa (sira sambal harus manis!!)
Bijan (yang disangai atas kuali tanpa minyak tau...)
Kacang tanah (digoreng) atau Ikan bilis (digoreng) adalah optional..
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Bancuh tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam...
2. Gulungkan kulit popia dan gamkan guna bancuhan tepung tadi..
3. Siap semua kulit popia digulung... Gunting bentuk serong macam kuih gunting...
4. Gorengkan kulit popia sehingga kekuningan dan garing..
5. Kurangkan minyak di dalam kuali.. Siap untuk buat sambalnya pulak...
6. Tumis bahan yang dikisar.. Pastikan cili masak..
7. Lepas tu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.. Kacau rata...
8. Kalau ada lebihan minyak dalam sambal, boleh lah sauk dan ketepikan..
9. Bila sambal dah masak sepenuhnya... Rasa sambal pun dah okay.. Dah cukup manisnya.. Boleh tutup api dan masukkan kulit popia yang digoreng tadi ke dalam sambal.. Gaul rata...
10. Tabur kacang tanah yang digoreng, tabur ikan bilis yang digoreng dan tabur jugak bijan.. Gaul rata...
11. Simpan di dalam bekas kedap udara...





Kos nak buat eksperimen ni murah je.. Nak buat pun senang.. Boleh lah hidang untuk raya ni.. Nak buat jajan kunyah-kunyah dalam kereta on the way balik kampung time weekend pun okay jugak ni.. 

Itu lah dia 2 resepi yang terhasil akibat kebosanan yang melanda... Kepada yang baca entry ni boleh lah mencuba...



Sebelum nak tutup entry resepi kali ni... Nak jugak tepek gambar laki bini ni hahaha.. Dah kena start masak dinner sebab husband balik je mesti dia dah check dinner dia dah siap ke belum.. Menu dinner hari ni??? Kueh teow goreng jer...


Babai.... Terima kasih.....

Rasa bersalah kalau tak buat......

Assalam..


Tak ada idea nak letak tajuk apa hehe.. Blur sekejap lepas lama tak update apa-apa kat blog.. Jangan kata update, jengah sekejap pun tidak... Sibuk beraya lah kononnya..

So.. Untuk memanaskan semula aktiviti blogging ni.. Aku nak share isi hati dan perasaan ni.. Hehehe..

Baru je sekejap tadi aku berjaya menyerahkan semua kotak, tin, kertas, botol plastik dan barang elektrik yang rosak kepada uncle surat khabar lama.. Dah berhari-hari menunggu kedatangan uncle ni tapi baru hari ni berjaya menghentikan lori mereka... Fuuhh!!! 

Sebenarnya aku memang kaki kitar semula.. Rasa bersalah kalau buang botol plastik, tin sardin, tin susu, kertas-kertas pamphlet, kotak-kotak kosong ke dalam tong sampah yang bercampur dengan isi perut ikan, lemak ayam dan sisa lebihan makanan..

Aku dianugerahkan kesedaran ni semenjak kecil kerana Abah bekerja sebagai waste management dari umur aku 8 tahun sampai lah umur aku dah nak masuk 25 tahun ni.. Bayangkan berapa belas tahun minda aku dah dibasuh dengan bab menguruskan sampah..

Masa duduk dengan parents, memang lah berlonggok barang kitar semula dalam rumah.. Semuanya menunggu masa untuk dikitar semula.. Biasanya Umi yang akan cuci dan keringkan botol dan tin sebelum hantar kitar semula.. Kiranya bersih lah barang kitar semula tu.. Kalau lah Umi ternampak kiteorang main buang je barang kitar semula dalam tong sampah... Mau ada yang kena marah hehe..

Itu zaman duduk dengan parents lah.. Bila dah start duduk rumah sewa sendiri.. Aku pulak train kawan-kawan serumah sewa untuk sama-sama kitar semula macam aku.. Aku sediakan beg plastik besar untuk kawan-kawan buang tin, botol dan kertas dalam tu hehe..

Satu hari tu... Aku ternampak tong sampah kitar semula kat faculty.. Ya Allah happynya aku rasa sebab aku tak perlu buang tin minuman dalam tong sampah biasa.. Aku boleh buang tin minuman di dalam tong yang sepatutnya.. Yahoo!!!!!

Nak mulakan kitar semula ni memang kena ada disiplin yang tinggi sebab kalau ikut malas, memang kita buang je barang kitar semula dalam tong sampah yang bercampur sisa makanan dan pampers baby.. 

Tapi bila kita fikir panjang.....................

Kita tahu sebenarnya kita kitar semula ni untuk kemudahan generasi yang akan datang.. Masa depan untuk dikongsi bukan untuk dimiliki...

Contohnya macam generasi dulu bersusah-payah nak memerdekakan negara dan secara tak langsung telah memberikan kesenangan dan kemudahan untuk kita iaitu generasi sekarang.. Kita pulak.. Apa sumbangan kita untuk generasi akan datang?? Ha... Paling mudah, kitar lah semula... Hehe..

Aku tak kisah pun uncle surat khabar lama tu bagi berapa ringgit sebagai bayaran barang kitar semula yang aku kumpul tu... Yang paling penting adalah aku jalankan tanggungjawab mengitar semula barang buangan dan rumah aku bersih..

Kalau kita mulakan dari sekarang, nanti kita train anak-anak pulak untuk kitar semula.. Bila diorang dah besar, diorang pulak ajar kawan-kawan untuk kitar semula.. Lama-lama semua orang kitar semula.. 

Semoga kesedaran untuk mengitar semula ada pada kita semua... Ameen...


Terima kasih....

Wednesday, July 31, 2013

1st time buat Blueberry Cheese Tart

Assalam...






Syukur alhamdulillah baru-baru ni berjaya jugak buat tart kesukaan aku hehe.. Bukan apa.. Kalau pergi Jusco atau mana-mana bakery mesti nak beli benda ni lepas tu tak nak share dengan adik-adik hahaha.. Rasa macam tak puas makan satu... Mesti nak makan 2, 3 biji.. Sebijik pun dah RM2.80.. Terasa jugak lah bila nak beli tapi dah suka sangatkan.. Apa boleh buat hehe.. Beli jugak..

Kebetulan balik rumah parents hujung minggu yang lepas, tu yang tak nak lepaskan peluang mencuba resepi baru untuk adik-adik dan suami.. Aku nak diorang semua makan puas-puas sebab selama ni aku tak suka share blueberry cheese tart dengan diorang..

Husband pun tau macam mana crazy nya isteri dia dengan blueberry cheese tart sampai dia ungkit kisah-kisah lama kami kat universiti.. Dia kata aku ni pantang lalu kat salah satu stall di universiti.. Mesti aku singgah beli blueberry cheese tart tu dan makan sorang-sorang depan dia.. Memang aku rasa tak nak offer langsung kat orang lain.. Hehe.. 





Apa yang menariknya.. Sebelum ni aku pernah buat egg tart tapi punya lah susah nak keluarkan crust tu dari acuan.. Dah diumpil guna pisau sapu roti tu pun dia tak nak jugak keluar... Ambil masa yang lama nak tunggu crust keluar dari acuan..




Kebetulan masa tu 1st time cuba buat egg tart.. So, crust aku sedikit tebal.. Aku tak suka crust yang tebal.. Tapi Umi suka pulak crust yang tebal hehe..

Bagi aku crust yang tebal tak berapa comel.. Kalau crust yang sedikit nipis macam kat bawah ni memang cantik je bentuknya.. Bukan setakat cantik, lebih rangup walaupun disimpan di dalam peti sejuk.. Sikit pun tak lembik.. Nak keluarkan dari acuan pun tersangat lah mudah.. Cuma terbalikkan je acuan atas loyang, lepas tu crust keluar sendiri dari acuan tanpa perlu dipaksa hehe...






Kalau nak tahu dari mana aku dapat resepi hebat ni... Mesti lah dari blog Kak Nadz.. Aku selalu pesan kat kawan-kawan... Beginner macam aku ni kena lah belajar step by step dari blog yang kita tau memang sekali buat terus jadi.. Esok lusa dah pandai.. Buat lah resepi sendiri pulak hehe..

Aku jadi kemaruk guna oven dan mixer kat rumah parents sebab rajin cuci mata kat blog Kak Nadz.. Banyak lagi resepi yang belum aku cuba.. Kebanyakkan aku try resepi semuanya resepi kek atau biskut je.. Ooo.. Pernah sekali try buat Nasi Ayam.. Memang terbaik!!




Kawan-kawan pun ramai yang hadiahkan mixer masa majlis resepsi, yang bagi set dessert pun ada.. Lepas tu, si Angah (adik aku) pulak katanya nak hadiahkan aku oven... Nampak gaya lepas ni lagi aktif lah bereksperimen sebab bakalan ada oven kat rumah sendiri.. 

Untuk resepi gojes ni.. Boleh lah tengok DI SINI.. Aku ikut sebiji macam apa yang tertulis dalam tu.. Jangan skip-skip step atau pandai-pandai ubah adunan.. Bukan apa... Ada jugak kawan-kawan yang try tapi tak jadi sebab ada bahan yang kena letak, tak diletak.. Lepas tu tanya aku kenapa diorang buat tak menjadi hehe.. Setiap bahan yang diguna saling berkait dan saling memerlukan jadi kena lah guna..




Ini Atok Cik.. Nenek sebelah Umi.. Orang Johor biasa panggil atok perempuan diorang Atok.. Hehe ini dah bulan puasa tahun ketiga Atok sempat luangkan masa berpuasa di rumah kami.. Kebetulan hari yang aku buat blueberry cheese tart tu, Atok ada kat rumah kami.. Banyak Atok makan.. Sekejap Atok ambil lagi dan ambil lagi dan ambil lagi.. Hehe kira sedap lah tu.. Adik-adik pun suka.. Sekelip mata je habis..

Feeling great bila berjaya buat benda yang kita dan family suka.. Lagi satu.. Hahaha belum cuba belum tahu sebenarnya kita mampu buat ke tak.. Betul tak? Jangan lupa cuba.. Insyaallah tak menyesal..

Terima kasih...

Tuesday, July 23, 2013

Do Not.... Do Not and Do Not Ask...

Assalam...


Baru-baru ni aku beremosi sikit... Nak cerita dengan husband macam tak sesuai sebab mesti respon dia "senyum" je dan dia tak akan komen apa-apa... Lelaki ni sifat dia positif.. Kalau perempuan dia lebih pada emosi.. Tapi tu fitrah lah.. Sebagai perempuan, aku ada emosi yang kadang-kadang stabil dan kadang-kadang tak..

Emosi yang aku alami baru-baru ni bila terlalu banyak sangat orang tanya tentang "anak".. Tahun ni umur aku bakal memasuki angka 25 tahun.. Orang tak tanya sangat bila nak kahwin masa zaman aku anak dara sebab orang tau aku full time student.. Tapi sejak dah kahwin ni, orang suka sangat tanya pasal "anak" even mereka tahu aku masih pegang title full time student..

Aku pernah baca entri Maria Elena tentang jangan tanya orang yang baru kahwin ke, orang dah lama kahwin ke tentang "anak" sebab benda tu isu sensitif.. Boleh baca entri tu DI SINI..

So, di atas emosi yang agak tak stabil tu, aku pun adakan lah sikit conversation dengan Umi yang aku rasa lebih memahami hati anak dia ni.. Aku luahkan semua perasaan kat Umi.. Umi kata, bukan aku je sering dapat soalan macam tu.. Rupanya Umi pun dibalun dengan soalan yang sama.. Allah...

Antara soalan yang buat aku emosi bila ada yang tanya, "Berapa bulan kosong sejak kahwin?".. So aku hadam soalan tu dan apa yang aku faham adalah, "Tak subur ke?".. Mau aku tak meleleh air mata orang tanya macam tu sebab aku rasa soalan macam tu tak perlu lah kita sibuk nak tanya orang.. Orang akan jadi kecil hati, terasa hati dan sedih.. 

Ada pulak golongan yang akan tanya soalan-soalan ulangan seperti, "Awak tu bila lagi nak ada anak.." atau "Dah pregnant ke belum".. Aku tak suka bila yang bertanya tu, orang yang belum kahwin dan berusia lebih jauh dari aku.. So, biar lah orang bertanya soalan macam tu kat kita, kita jangan lah pulak balas, "Awak pulak bila nak kahwin?"

Aku rasa setakat sehingga ke hari ni, aku tak pernah sibuk tanya orang bila nak tunang, bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak beli kereta, bila nak beli rumah sebab bagi aku, hal orang kita tak perlu masuk campur atau ambil tahu melebihi had.. Semua benda ada hadnya termasuk bertanyakan hal peribadi orang lain..

Contoh macam apa yang aku alami.. Aku dah cukup sedih dengan kehilangan kandungan pertama yang aku rasakan sangat bermakna bagi mana-mana pasangan suami isteri.. Aku dah mengalami emosi yang tak stabil selama 16 minggu dari start preggy sampai lah selesai rawatan di hospital, sampai lah pregnancy test menunjukkan tanda negatif dan beta hcg sudah pun 0.. 16 minggu itu bersamaan dengan 4 bulan!!

Your emotions

Until your doctors are confident that your pregnancy is ended it can be difficult to think about the future or for your emotions to surface properly. Being managed medically can be a worrying time for any woman, and until your hCG levels drop, you may still feel pregnant. Being worried about whether the pregnancy is resolving is quite normal and that is why your doctors are checking your hCG levels. However, women often say they feel guilty that they want the pregnancy to be over when they are also grieving for the loss of their baby. It is important you remember that the ectopic pregnancy was not your fault and that there was nothing you could have done to prevent it happening.

Tamat 4 bulan itu, datang pula soalan yang menyedihkan dari orang-orang yang tak bertanggungjawab.. Pantang aku upload gambar 'Aisya kat mana-mana, ada saja soalan yang nak ditanya berkaitan anak.. Sampaikan aku sendiri serba salah nak upload gambar 'Aisya kat mana-mana laman sosial..



'Aisya ni anak abang saudara aku sebelah Abah..


Masa tahun lepas, orang sibuk tanya pasal anak, aku tak emosi sangat sebab aku memang fokus kat study je dan tak plan lagi nak preggy sebab aku takut tak terurus antara study dan preggy memandangkan aku duduk berasingan dari husband dan parents.. Yang dekat dengan aku cuma kawan-kawan je.. 

Tak kan lah kita nak susahkan kawan-kawan ermmm even aku pun akhirnya dah tersusahkan ramai kawan-kawan akibat masalah pregnancy aku.. Kesian kawan-kawan terpaksa hantar pergi hospital, hantar barang keperluan kat wad, tiap minggu ulang-alik bawa aku pergi check up  berjam-jam sampai kawan pun boleh tertidur kat hospital sebab lama sangat menunggu aku dapatkan rawatan, kemudian setiap hari hantar aku pergi kelas sebab dalam tempoh berpantang tu aku sakit di bawah bahagian perut dan menyebabkan aku sukar berjalan atau berdiri lama.. Tiada ubat untuk tahan sakit melainkan berehat sahaja..

What can I do to help the treatment work?

  • You should stop taking any vitamins, minerals or other medicines unless you have been told by the doctors treating you to continue with them. Some medicines interfere with the effects of methotrexate. It is particularly important that you do not take any folic acid supplements until your doctors are sure that the medicine has worked
  • You should not do any heavy lifting or housework until the hCG levels are dropping consistently and should only undertake gentle exercise, such as walking, until the hCG levels are below 100
  • You should avoid sexual intercourse until your levels are down to less than 100
  • Most people take time off from work initially and do not return to work for around 2 weeks while the treatment begins to work. Your hospital can give you a certificate to refrain from work for your employers or the Department of Social Security, so you can claim sickness benefit if you are entitled to it
  • In the first week it is important to avoid pain killers which fall into the NSAID group such as ibuprofen. The preferred painkiller is paracetamol and you should refrain from drinking alcohol until the levels have fallen to a non-pregnant state.




Gambar atas tu antara gambar yang jadi isu dan orang yang jumpa aku secara depan-depan pun akan tanya benda yang sama.. "Dah pregnant eh??".. Itu gambar raya tahun lepas hehehe.. Gemuk sebab kuat makan masa bulan puasa dan membawa kepada kuat makan ketika hari raya.. Bayangkan dah buka puasa kat rumah mak mertua lepas tu pukul 9 malam nya sibuk nak makan benda lain kat luar pulak hehehe.. Mana tak gemuk.. Masa ni 58-59kg.. Alhamdulillah puasa tahun ni beringat-ingat lah nak makan tu.. Tak nak dah orang tanya lagi soalan yang sama sebab nanti aku yang emosi hehe.. Alhamdulillah tahun ni puasa dengan 53-54kg je..

Back to the story..

Aku ada cakap kat Umi.. Aku takut, aku tak mampu nak start preggy tahun depan sebab doctor nasihat jarakkan 6 bulan dan 6 bulan tu aku terasa macam satu jangka masa yang lama.. Aku pun bukan boleh tahan dengar orang cakap-cakap ni.. Umi pun pesan, lebih baik dengar cakap doctor dari dengar cakap-cakap orang..

Kenapa doctor nasihatkan aku supaya jarakkan second pregnancy selama 6 bulan? Ini reasonnya...

What precautions must I take for the future?

All women who suffer ectopic pregnancy are advised to avoid becoming pregnant for at least two proper period cycles, which is normally about three months. This is particularly important if you have been treated with methotrexate. This is because the methotrexate may have reduced the level of folate in your body which is needed to ensure a baby develops healthily. For example, it could result in a greater chance of the baby having a neural tube defect such as hare lip, cleft palate, or even spina bifida or other NT defects. The drug is metabolised quickly but can affect the quality of your cells, including those of your eggs and the quality of your blood for up to 3 or 4 months after it has been given. The medicine can also affect the way your liver works and so you need to give your body time to recover properly before a new pregnancy is considered. The current advice is to take folic acid for several months before you conceive. You must not begin to take folic acid supplements until the hCG levels have fallen to below 5

Sekarang ni aku sibukkan diri dengan urusan rumahtangga je.. Alhamdulillah husband pun dah pasangkan Astro kat rumah.. Katanya nanti aku boring duduk rumah sorang-sorang... So, dah ada Astro ni boleh lah selalu tengok channel TLC, AFC yang boleh mengubat hati hehe... Hari-hari try recipe baru supaya tak bosan..

Kesimpulan entry kali ni.. Elakkan bertanya lagi soalan macam ni kepada sesiapa dan kepada mana-mana pasangan dan kepada mana-mana ibubapa pasangan sebab rezeki seseorang tu telah ditetapkan oleh ALLAH bukan ditetapkan oleh orang yang bertanya atau empunya diri yang ditanya.. Kalau lepas kahwin terus pregnant, alhamdulillah rezeki Allah bagi.. Setiap orang rezekinya berbeza-beza.. Ada orang rezekinya pada kerjaya, pelajaran, jodoh, anak-anak, rumahtangga dan sebagainya.. Walaupun rezeki anak tidak berpihak pada aku tapi aku menumpang rezeki husband yang dah pun bekerja tetap sebab zaman sekarang fresh graduate bukan mudah nak dioffer kerja tetap dengan jawatan yang sesuai dengan ijazah yang dipegang.. Maka bersyukur lah dengan apa yang ada.. Insyaallah setiap kali kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi rezeki kita.. Tak rugi pun bersyukur =)

Aku selalu pujuk hati.. Ramai kawan-kawan poli dah beranak-pinak lepas tamat diploma dan masing-masing sudah pun bekerja hehe.. Aku sorang je antara yang dah kahwin tapi belum ada rezeki anak tapi rezeki aku pada sekeping Ijazah yang usahakan selama beberapa tahun ni.. Alhamdulillah..





Terima kasih...

Ermm apa menu berbuka puasa hari ni? Hehe...

Sumber: The Ectopic Pregnancy Trust

Friday, July 19, 2013

Nasi Mentega dengan Kambing, Salsa dan Raita

Assalam...


Kelmarin merupakan kali pertama dalam sejarah hidup aku, aku masak menu berbuka puasa kat rumah sendiri...

Tahun ni adalah Ramadhan kali kedua dengan husband... Tahun lepas aku banyak duduk rumah mertua kat JB masa bulan puasa, jadi menu buka tu ikut mak mertua punya menu...

Sesekali balik rumah parents kat Melaka pulak, menu ikut menu Umi..

So, tahun ni ada rezeki berpuasa di rumah sendiri buat aku jadi semangat nak fikirkan menu untuk berbuka hehe..

Maka... Sehari sebelum nak masak menu berbuka tu, aku dan husband sempat shopping barang dapur di Giant.. Husband penggemar kambing!! Dia request Nasi Kambing Mandy dari aku tapi rempah Mandy tu tak di bawak pulak.. Ada kat rumah parents..

Memang sejak 5 tahun kebelakangan ni, selain menu western, menu Arab jugak menjadi pilihan di rumah parents aku... Abah kaki memasak lepas tu ajar Umi pulak masak menu Arab.. Jadi, bila Abah tak ada kat Malaysia, Umi yang masak menu Arab..

So, baru-baru ni husband sempat merasa Nasi Kambing Mandy air tangan Abah... Serius sedap sangat!! Husband pun suka sampai request kat aku suruh masakkan..

Memandangkan rempah Mandy tak ada.. Aku buat lah Nasi Mentega dengan Kambing style aku hahahaha.. Bila ikut style aku memang senang lah jadinya nak masak Nasi Mentega dengan Kambing ni hehe.. Aku main campak-campak je.. 

Hasilnya?? Husband makan sorang je nasi ni untuk buka dan sahur (^^,).. Aku?? Makan satu suap je dah kenyang.. Bulan puasa ni kalau aku dapat makan kuih 2 keping dan air coffee Old Town satu mug pun dah cukup.. Sahur pulak aku memang tak makan nasi.. Aku makan roti, minum jus dan milo je..

Berbuka makan banyak-banyak nanti buat aku liat nak bangkit solat maghrib awal waktu sebab perut terasa kembung dan penuh.. Macam tu jugak kalau sahur makan banyak, jadi liat nak bangkit solat subuh awal waktu.. Mesti duduk tunggu perut okay sikit baru solat..





Ini lah hasilnya Nasi Mentega dengan Kambing.. Kalau guna beras basmathi mesti lagi umpphh.. Hehe.. Kepada yang berani mencuba resepi sesuka hati aku ni, boleh cuba.. Hasilnya sedap ke tak, hehe kena cuba lah sendiri baru boleh komen sedap ke tak..


Nasi Kambing dengan Mentega

Bahan-bahan Nasi:

15g marjerin
2 cawan beras
3 cawan air 
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 ulas bawang putih (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
Garam secukup rasa


Cara-cara:

1. Panaskan kuali, masukkan marjerin, bawang putih, bawang besar, bunga lawang dan buah pelaga.. Kacau sehingga kekuningan..

2. Masukkan beras yang dah dibasuh dan kacau rata sebentar dan tutup api.

3. Masukkan beras yang dikacau ke dalam rice cooker dan masukkan air serta garam.. Kacau rata sebelum "on" kan rice cooker..


Kambing

Bahan-bahan:

2 keping Australian Lamb
Garam dan lada hitam secukupnya
Air untuk merebus


Cara-cara:

1. Rebus kambing sehingga separuh masak.. Toskan..
2. Lumurkan kambing dengan garam dan lada hitam dan masak di atas kuali leper sehingga masak.. Tapi jangan terlalu lama masak takut daging kambing jadi liat..
3. Lepas tu, masukkan kambing ke dalam rice cooker (susun atas nasi mentega) bila nasi hampir masak..
4. Tunggu sehingga nasi masak.. Kemudian hidangkan panas-panas..

*kalau kambing ni lumur dengan bawang putih yang ditumbuk mesti lagi best.. hehe


Thank you Abah untuk Tefal ini.. Semangat nak masak hehe..

Nasi Mentega dengan Kambing ni ada lauk sampingan seperti Raita dan Salsa.. Raita ni biasanya orang Arab jadikan lauk untuk beriani, nasi mandy, makluba dan nasi-nasi arab yang lain.. Bahan utama Raita adalah yogurt asli tapi aku tak ada yogurt kat rumah, maka aku guna mayonis atau thousand island je..


Kiri itu RAITA dan kanan itu SALSA


Raita

Bahan-bahan:

1/2 biji timun (di buang biji dan potong dadu)
Mayonis atau thousand island secukupnya


Cara-cara:

1. Campurkan timun yang dipotong dadu dengan mayonis atau thousand island.. Kalau dibiar lama sikit, air timun akan keluar dan terjadi lah kuah yang tak disengajakan hehe..



Salsa

Bahan-bahan:

1/2 biji tomato (potong dadu)
2 ulas bawang putih 
Sedikit bawang besar (dadu)
4-6 batang cili padi
2 batang cili besar (warna merah)
*Ikan bilis goreng atau Kiub pati ikan bilis (ikan bilis goreng perlu di blend kasar) 
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

* Optional


Cara-cara:

1. Masukkan semuanya dalam blender dan blend sampai hancur hehe.. Siap!



Itu lah dia caranya nak buat Nasi Mentega dengan Kambing bersama Raita dan jugak Salsa... Senang je.. Tak sampai sejam pun boleh siap.. Insyaallah kalau ada lagi resepi bantai yang sedap dari aku, nanti aku share ya hehe...

Sebelum nak mengakhiri entry kali ni.. Nak share lah sikit kisah Umi 'Aisya Humaira di soal doctor.. Siapa 'Aisya Humaira tu?? 'Aisya Humaira tu cicit pertama sebelah Atok dan Uwan.. Maknanya cicit pertama grandparents sebelah Abah hehe.. Tu semua orang sayang lebih tu hehe..

Kisah lanjut tentang 'Aisya boleh BACA DISINI..

Kisahnya macam ni.. Doctor tanya pada Umi 'Aisya, macam mana Umi 'Aisya elakkan 'Aisya dari terkena demam kuning sebab selalunya baby senang sangat kena demam kuning apatah lagi 'Aisya kurang dari sebulan usianya.. Doctor ingatkan Umi 'Aisya minum susu kambing masa preggy.. Tapi sebenarnya Umi 'Aisya suka makan sup kambing masa preggy kan 'Aisya.. Mungkin itu je yang membuka selera Umi 'Aisya untuk makan.. Bila 'Aisya lahir.. 'Aisya sihat dan tiada masalah demam kuning.. Hehe so lepas ni kepada sesiapa yang preggy boleh lah rajin makan daging kambing selain minum susu kambing.. 

Tamat lah entry kekambingan di sini hehehe...




Terima kasih....

Thursday, July 18, 2013

Easy Brownies Recipe...

Assalam..


Siapa suka makan brownies tapi tak suka renyah-renyah kat dapur boleh ikut resepi ni.. Asalnya resepi ni simple sangat.. Guna 3 bahan je.. Nutella, telur dan tepung.. Tapi aku tak berapa nak puas hati dengan hasil dan rasanya..

Maka... Aku adjust sedikit resepi brownies ni supaya hasilnya lebih enak dan sedap.. Walaupun bahan yang aku guna ni banyak sikit tapi still senang.. Tak payah guna hand maixer pun.. Guna spatula atau whisk pun tak apa..


Antara bahan yang aku guna...


Bahan-bahan:

1 cawan Nutella (nak guna Chocolate hazelnut spread brand lain pun boleh)
10 sudu besar tepung serbaguna
5 sudu besar gula kastor (kalau guna gula pasir, blend dahulu)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar chocolate emulco (optional tapi serius lagi sedap kalau ada)
1 genggam chocolate chip
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara:

1. Mula-mula, campurkan telur, gula, esen vanilla, chocolate emulco, nutella dan kacau rata.

2. Kemudian masukkan tepung dan serbuk penaik, kacau rata.

3. Masukkan minyak masak, chocolate chip dan kacau rata.

4. Adunan siap untuk dimasukkan dalam cup (aku guna cup kecil).

5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 10-15minit atau sehingga brownies masak.














Adunan ni boleh dapat sehingga 40-45 biji brownies kalau guna cup kecil.. Aku bawak balik brownies ni ke kampung uwan untuk jadikan menu tambahan berbuka puasa..

Simple je sebenarnya.. Aku campak-campak je semua dalam bekas lepas tu kacau-kacau, masuk cup dan bakar... Instruction atas tu just nak bagi orang lain faham hehehe.. 

Brownies ni lembut lepas tu part yang paling best bila tergigit chocolate chip cair ditengah-tengah bahagian brownies..

Try lah.. Mana tau nak jadikan salah satu menu atas meja masa raya nanti.. Hehe..

Ok.. Terima kasih..

Tuesday, July 16, 2013

WEDDING RECEPTION punya kisah... Update!

Assalam..


Lambat update story pasal wedding reception hari tu.. Aku prefer update yang simple je time busy ni hehe.. Memandangkan hari ni kira tak berapa nak busy sangat, maka boleh lah aku share serba sedikit apa yang berlaku sepanjang wedding reception bulan lepas..

Untuk wedding reception ni kami guna wedding planner.. Wedding planner akan settle kan semua hal di dewan seperti hiasan dewan dari meja makan beradap, red carpet, catering, kompang.. Selain itu andaman juga di settle kan oleh wedding planner..

Kami di rumah hanya settle kan barang hantaran adik perempuan aku, goodies beg dan pakaian..

Ini hantaran adik perempuan aku si Angah untuk suaminya..













Kalau nak tahu.. Ini semua hasil tangan dan hasil kerjasama jiran tetangga yang datang rewang malam sebelum si Angah nikah... Pandai betul jiran kami menggubah hantaran... Suka.. Suka.. Suka.. Hehehe...

Esoknya Sabtu 22/6/2013...

Pukul 7 pagi mak andam dah sampai dengan pembantunya.. Mula-mula dia make up kan si Angah.. Lepas tu giliran aku pulak... Selesai make up, aku jumpa Umi.. Maklum lah tak pernah make up setebal ni.. Kot lah nanti Umi tak berkenan ke anak dia kena make up tebal-tebal...

Aku pun pergi jumpa Umi.. Respon Umi.. "Cantik!! Kemas, tak kepuh, tak over.. Bagus mak andam ni... Boleh mintak nombor phone dia.. Mana tau lain kali ada orang nak pakai mak andam, boleh suruh diorang try mak andam yang ni..."

Aku pun puas hati dengan hasilnya dan layanan yang diberikan.. Dari make up sampai lah pakaikan veil, tudung dan sebagainya.. Memang best!! Tapi........ Lupa nak mintak nombor phone dia.. Huhuhu...

Jam 9.30 pagi kami bergerak ke Masjid Al-Alami MITC... Tempat yang sama aku nikah masa tahun lepas..

Pukul 11.30 pagi si Angah dah selesai nikah.. Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz, sah lah adik perempuan aku jadi isteri kepada adik ipar aku, Suhaimi... Hehe.. Masa salam nak batal air sembahyang, dia tak nak salam suami dia sebab dia malu sangat.. Lepas tu dia tak pandang suami dia.. Dia pandang Abah!! Suami dia nak cium dahi pun dia dah geleng kepala siap-siap.. Dia tak nak.. 



Family aku... Terasa ramainya lelaki dalam family aku hehe..
8 lelaki... 3 perempuan..

Keluarga mertua si Angah... Friendly family mereka ni.. 


Pukul 12 tengahari pulak.. Kami semua berkumpul depan Rumah Media MITC... Kali ni wakil dari pihak lelaki adalah keluarga sebelah bapa mertua sebab tahun lepas masa nikah dah diwakili oleh keluarga sebelah mak mertua..

Ini lah kali pertama aku bertemu dengan keluarga sebelah bapa mertua.. Kali pertama bertemu dengan nenek sebelah bapa mertua hehe... 

Dalam pada tengah fikir next step, apa yang kami kena buat lepas berkumpul... Abah meluru ke arah aku.. Abah kata.. "Along, ajak Faiz (husband aku), Angah dengan Suhaimi (husband adik) duduk kat kerusi depan pintu tu.. Wife Ketua Menteri Melaka dah sampai.. Dia ada kat dalam.."

Kami berempat pun cepat-cepat duduk kat kerusi yang disediakan oleh wedding planner dan pung pang kompang berbunyi...

Group kompang ni lain sikit... Aku rasa tak puas dengar diorang berkompang dan buat persembahan... Serius tersangat best!!!!!!!!!!!!!!! Diorang siap buat style lagi masa berkompang hehe.. 

Umi pun terkejut wedding planner pilih group kompang yang macam ni hehe.. Tak sangka ada group kompang yang awesome macam ni kat Melaka.. Aku sempat bisik kat husband, "Rasa nak joget lah hehehe...".. Husband reply, "Amboi!!! Hahaha...."...




"Best giler group ni hahaha.." Angah kata...



Adik yang kat tengah tu lah yang paling kecik dalam group dia hehe..


Selesai dendangan dua buah lagu.. Kami diminta masuk ke dalam dewan yang tengah full dengan tetamu yang hadir..







Husband dan Angah dah pakat tak nak ada pelamin.. So, Angah
mintak adakan dome ni sebagai ganti kepada pelamin yang tak ada..
.. Tema wedding kami roman style +english style
+ garden style..






Lepas makan beradap.. Kami terus jalankan misi melayan tetamu, jumpa saudara-mara dan kawan-kawan.. 






Alhamdulillah.. Ini lah DJ kami.. Sepanjang majlis berlangsung
banyak lagu nasyid terutama In-Team yang diputarkan termasuk
lah perkongsian hadis yang berkaitan dengan pernikahan, perkahwinan,
suami isteri dan alam rumahtangga.. 


Nama DJ kami Hazmir.. Sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat DJ ini bagi yang tinggal di sekitar Melaka, boleh lah bertanya pada tuan punya badan di FB.. Hehe.. Insyallah lain dari yang lain.. Aku yang tengah busy melayan tetamu sempat pasang telinga dengar DJ kongsi hadis.. Hehe

Di bawah ni antara rakan-rakan dan saudara-mara yang hadir.. Maaf.. Tak dapat nak upload semua gambar hehe.. Line jadi slow bila upload banyak gambar..



AnnaDarling business partner!!!!!!








Boss for the day hehe


Lebih kurang jam 3.30 hingga 4 petang, tetamu dah beransur pulang.. Kami pun membungkus makanan, mengemas barang dan hantar semua barang dari Rumah Media Melaka ke rumah... lepas tu baru kami outdoor sekadar suka-suka di kawasan tasik area belakang rumah...












Memang petang tu kami saja nak outdoor sambil bergelak ketawa kat sekeliling tasik.. Banyak ketawa petang tu sebab dua pengantin baru ni asyik malu nak bergambar sama-sama.. 

Pada malamnya, Pak cik sebelah Umi datang rumah.. Abang Umi (baju kemeja hitam).. Petangnya anak lelaki dia dah datang dengan wife dan anak-anak.. Malam tu ayahnya pulak datang..




Pengantin mengapit Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1..

Sepanjang hari tu memang enjoy habis... Alhamdulillah dapat jumpa raamaaaaaiii orang... Kawan sekolah, kawan poli, kawan U... Saudara-mara pun raaamaaii sangat yang datang.. Seronok dapat jumpa semua walaupun sempat sapa sorang 2,3 minit je agaknya...

Kalau boleh nak tegur dan layan semua orang tapi tak sempat... Kami mohon maaf dari awal majlis sehingga ke akhir majlis andai kata ada salah silap, terkurang di mana-mana yang kami tak sedar..

Terima kasih tidak terhingga buat keluarga sebelah Abah, Umi, husband dan adik ipar yang datang dari jauh dan yang dari dekat.. Yang banyak membantu sepanjang majlis diadakan dari awal sehingga ke akhir majlis..

Terima kasih kepada keluarga Ketua Menteri Melaka yang diwakili wife Ketua Menteri Melaka yang telah hadir pada hari wedding reception kami.. Terima kasih jugak atas mesej dan ingatan bekas Ketua Menteri Melaka yang tak dapat hadir sebab ada urusan lain pada hari itu..

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dari jauh..Maklum lah masa hari majlis tu, jerebu tengah teruk.. Jadi ramai yang tak dapat datang sebab jerebu..

Terima kasih kepada sahabat sebelah Abah.. Sebelah Umi.. Kawan-kawan kami, kawan-kawan sebelah pihak Angah dan Suhaimi... 

It was a very busy day tapi akan kekal dalam ingatan... Terima kasih.....

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3