Assalam..
Family kembangan sebelah Abah dah 3 orang yang kahwin.. Maksud aku cucu Atok dan Uwan yang dah kahwin.. Tahun lepas, after 3 months aku bernikah, giliran Abah 'Aisya pulak yang berkahwin dengan Umi 'Aisya..
Alhamdulillah.. Tak lama lepas tu dengar Umi 'Aisya pregnant kan 'Aisya.. Semua orang happy dan tak sabar-sabar tunggu 'Aisya lahir sebab 'Aisya cicit pertama Atok dan Uwan.. Syukur alhamdulillah little 'Aisya lahir pada 16/6/2013 iaitu genap ulangtahun perkahwinan aku dan husband setahun!!
'Aisya memang pandai pilih tarikh nak lahir hehehe...
Maghrib 7.01 p.m 'Aisya lahir.. Lepas Isyak, aku dan husband ke hospital hantar makanan untuk Umi 'Aisya.. Hehe Wan Ngah yang masak.. Wan Ngah tu Umi aku hehe.. Abah pulak Tok Ngah.. Hehehe..
Malam tu dapat lah cuci mata tengok 'Aisya puas-puas fresh from oven kataku.. Hehe.. Genap 'Aisya tujuh hari.. Baru lah Abah dan Umi dia announce full name princess mereka ni.. 'Aisya Humaira..
'Aisya: Isteri Nabi Muhammad s.a.w
Humaira: Putih kemerah-merahan
Kebetulan 'Aisya ni pun putih jugak orangnya hehe.. Macam Abah dengan Umi dia jugak.. Dua-dua putih..
'Aisya ni kalau kita kacau dia tidur... Dia buat muka macam nak menangis tapi lepas tu suara tak keluar dan dia sambung tidur nyenyak hehe.. Memang tak banyak ragam.. Lahir 3.7kg!!! Kalau tengok Umi dia.. Comel dan kecik je orangnya.. Hehehe..
Ini lah tumpuan utama bila balik kampung Atok dan Uwan hehehe.. Masuk je pintu rumah nampak lah Umi 'Aisya dan 'Aisya dekat ruang tamu tengah santai tengok tv.. Kami yang datang ni memang suka lah nak kacau 'Aisya tidur.. Umi dia pun bagi chance suruh kacau.. Hehe..
Masa tengok Umi 'Aisya baru keluar dari labour room.. Terasa sedih sangat.. Tengok Umi 'Aisya pucat lesu tapi sempat melambai ke arah aku yang excited tunggu di luar labour room tu hehehe..
Sekarang Uwan dah jadi Nenda.. Atok tetap jadi Atok jelah hehe... Uwan nak nampak muda sebab tu diorang semua cadang panggil Nenda je..
Actually... Al-kisahnya..
Masa Umi 'Asiya pregnant.. Tak lama lepas tu.. Mak cik kami pun pregnant jugak.. Tak lama lepas tu aku pun pregnant.. Masa tu masing-masing due selang 3 bulan.. Sorang bulan 6 ('Aisya), sorang bulan 9 dan aku bulan 12..
Allah Maha Merancang maka Mak cik pun keguguran bayi lelaki masa usia kandungan 4 bulan.. Dan aku disahkan pregnancy unknown location pada usia 2 bulan setengah.. Tapi experience ni hebat!!! Yang pregnant cucu Atok dan Uwan lain.. Yang pregnant cicit Atok dan Uwan pun lain.. Hahaha dah macam geng pulak anak sedara dan Mak cik sama-sama pregnant..
Semoga 'Aisya Humaira jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.. Semoga Allah pelihara anak kecil ini dan jadikan dia anak yang bijak, yang baik dan berbakti kepada kedua orang tuanya.. Ameen..
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment