Assalam....
Hari ni teman Umi pergi Tampin sebab nak hantar Mr.Naza ke bengkel.. Tukar tayar dan sebagainya.... Sempat minum satu mug teh o panas sebelum bertolak sebab sakit perut... Sementara menunggu Mr.Naza kembali pulih... Perut dah mula berkeroncong.. Okay.. Aku dah lapar!
Bila Mr.Naza siap... Aku dengan Umi singgah rumah uwan (nenek sebelah Abah).. Uwan dah masak macam-macam lauk dan aku tak boleh tahan dengan air tangan uwan... Siapa yang tak suka nenek dia masakkan? Hahaha... Semuanya sedap... Betul tak?
Aku makan sesenduk nasi (limit), seketul ayam masak lomak cili api, tempoyak + ulam, satu gelas air kelapa dan satu mug teh air tangan uwan jugak... Lepas tu aku cuci mulut makan sepotong kek birthday adik sedara, jamah sekeping samosa yang uwan gorengkan dan fullstop! Hehehe... Kalau tak... Jadi macam gambar kat atas... Membulat dengan sihat.. Hehehe..
Biar pun dalam mood diet tapi tidak lah diet secara extreme.. Sekadar nak jaga BMI yang dalam level VERY GOOD iaitu 22!!! (Yeayy.. Tepuk tangan untuk diri sendiri hehehe).. BMI VERY GOOD adalah 19-25...
Sampai rumah aku.. Aku bantai makan lagi setengah potong kek dan 2,3 sudu mee maggi... Tak tahan bau Mee Maggi Kari yang sodap tu.... Lepas tu baru berhenti dan jalan-jalan tengok you tube dan facebook...
Tiba-tiba..... Hohohoho terjumpa resepi CARAMEL SAUCE dan CARAMEL MACCHIATO di malam buta okay... First time aku minum Caramel Macchiato tu kat Kenny Rogers masa dating dengan husband kat BP Mall... Mula-mula tu saja je order sebab ada topping caramel sauce... Aku ni penggemar caramel.. Bila order dah sampai... Rupanya Caramel Macchiato tu tersangat sedap!
Bila teringatkan semula kenikmatan Caramel Macchiato... Aku terus bangun ke dapur dan buat Caramel Sauce sendiri.. I mean homemade Caramel Sauce for the first time.. Syukur lah menjadi.. Lepas tu baru aku proceed dengan Caramel Macchiato... Maaflah diet... Terpaksa lupakan anda untuk seketika je..
Bayangkan minum kopi tengah malam buta?? Tak apa lah... Teringin punya pasalkan hehe... Dah tak kira masa lah kan... Jommmm belajar buat Caramel Sauce dan Caramel Macchiato....
Caramel Sauce
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan heavy cream
2 sudu butter cair
Secubit garam
1. Panaskan periuk. Masukkan air dan gula pasir ke dalam periuk dan biarkan mixture berwarna sedikit keperangan. Bila dah keperangan, perlahankan api.
2. Kacau mixture dan masukkan heavy cream, butter cair, garam dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. 3 minit kemudian, padamkan api dan tuang ke dalam mangkuk.
p/s: boleh dicicah dengan roti, biskut, sapu atas kek, pie, ice-cream dan sebagainya...
Caramel Macchiato
3 sudu Nescafe
1 cawan low fat milk (panas)
Beberapa titis esen vanilla
1 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air panas
1. Bancuhkan nescafe dengan 1/2 air panas. Ketepikan.
2. Blend low fat milk, esen vanilla dan gula pasir sehingga berbuih.
3. Masukkan bancuhan nescafe ke dalam blender dan blend lagi.
4. Tuang kopi yang di blend ke dalam mug dan biarkan buih penuh di atas permukaan kopi. Drizzle caramel sauce di atas buih kopi mengikut sukatan kesukaan anda.. Aku guna 3 sudu caramel sauce untuk satu mug Caramel Macchiato. Maafkan daku diet kerana melanggar pantang.. Huhuhu..
Ini lah Caramel Macchiato yang aku minum buat pertama kalinya kat Kenny Rogers... Buat pencinta kopi... Boleh lah try buat sendiri... Boleh jimat hampir RM10 untuk satu mug Caramel Macchiato jika anda buat sendiri kalau nak dibandingkan minum di luar... Bila dah pandai buat... Confirm anda lebih gembira buat sendiri kat rumah bila-bila masa je.. Kan? Hehehehe..
Terima kasih...
From: COFFEE LOVER (^^,)
p/s: on the way nak buat chocolate with caramel sauce filling..