Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, January 21, 2013

Fried Tofu bersama sambal kicap dan kekacang...

Assalam...



Aku suka makan tofu.. Kalau tofu Jepun masak dengan sayur, memang aku makan tofu tu dulu hehe.. Kalau tofu goreng.. Lagi laju aku makan tofu tanpa nasi sebab aku suka rasa tofu tanpa campuran nasi... Tofu sumbat pun sangat-sangat best!! Sumbat dengan taugeh + timun bersama sos pencicahnya....

Hari ni aku nak share style baru aku makan tofu... Senang dan cepat sangat... Nak jadikan sebagai lauk pun boleh... Nak makan macam tu je pun boleh... Sambil tengok tv sambil makan tofu.. Yummy!!!!


Bahan-bahan:

3 keping tofu goreng (nak guna yang tofu lembut pun boleh)
Beberapa batang cili padi
Kicap manis
1 sudu besar gula
Kacang tanah (dah digoreng dan blend hancur/ sederhana hancur)
1 ulas bawang putih
Minyak untuk menggoreng


1. Goreng tofu hingga masak. Ketepikan.
2. Goreng cili padi dan bawang putih. Kemudian masukkan ke dalam blender dan masukkan jugak gula dan kicap. Blend sehingga semuanya hancur dan sebati.
3. Susun tofu dalam pinggan, tuangkan bahan-bahan dalam blender ke atas tofu dan taburkan kacang yang telah digoreng dan di blend awal.
4. Optional... Kalau nak slicedkan timun, nak letak taugeh pun boleh... Siap!




My version of tofu hehehe..


Ini lah contohnya kalau dah siap.. Aku suka makan macam ni je tanpa taugeh dan timun... Kalau kalian nak letak taugeh dan timun, bertambah special lah tofu kalian berbanding aku punya.. Rasa kuah dia pedas-pedas sikit dan ada rasa manis-manis... Kena makan masa panas sebab tofu goreng cepat liat bahagian luarnya bila sejuk...

Selamat mencuba dan jangan lupa cuba sebab senang sangat... Kalau nak diet.. Makan ni je masa tengahari hehehe... Hari tu 5 keping tofu aku habiskan sorang dalam masa 2 hari.. Aku jadikan makan tengahari yang sangat lazat...


Terima kasih...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3