Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Thursday, January 17, 2013

Resepi Nasi Ayam... Paling mudah paling ringkas..

Assalam...




Lama kan tak share resepi hehe.. Maklum lah sepanjang duduk rumah sewa, bila ada free sikit jarang ada kat rumah sewa sebab husband selalu datang Batu Pahat.. So memang makan luar lah jawabnya.. Bila ada masa free yang husband pun tak dapat datang Batu Pahat, baru sempat nak masak beria-iya hehehe... Tapi.. Barang dapur pun kadang-kadang je topup sebab aku suka makan siap-siap kat U lepas habis kelas.. Bila balik rumah sewa tu sama ada nak tidur ke.. Nak sambung buat assignment ke.. Nak study atau buat revision ke.. Perut dah kenyang kan.. Dah tak payah fikir nak masak apa...

Beberapa hari lalu.. Kami serumah sibuk nak kosongkan barang basah kat dapur sebab cuti sem dah nak bermula.. Kami tak nak lah meninggalkan sebarang makanan yang bakal berulat atau hilang kesegarannya... Maka aku ambil kesempatan untuk turut clearkan barang mentah yang ada... Masa tu lah terfikir idea nak buat nasi ayam... 

Nasi ayam aku ni nasi ayam paling senang sekali sebab aku pun tak suka buat kerja lama-lama kat dapur... Hehehe so aku sentiasa cuba mencari jalan mudah tapi sedap.. Untuk beginner macam aku ok lah kot hahaha.. Kalau setakat nak makan dengan kawan ke.. Family kecik ke.. Kalau nak bagi mak mertua rasa.. Hahaha fail kot =p ... 

Tak nak tulis panjang-panjang lagi... Jom lah belajar buat nasi ayam cara mudah...Yeayyy!!!!!!







Nampak simple kan.. Memang nasi ayam mak-mak kita lagi sedap
dari aku buat tapi boleh lah try... Ok jugak tu beginner boleh buat nasi
ayam....









Resepi Nasi Ayam:

2 cawan beras (basuh bersih)
Beberapa hiris halia (ikut suka)
Beberapa hiris bawang putih (ikut suka)
3 cawan air rebusan ayam 
Garam secukup rasa
Stok ayam secukup rasa (Stok ayam Maggi) 
Sedikit minyak (untuk tumis)

1. Panaskan minyak. Tumiskan halia dan bawang putih sampai kekuningan..
2. Masukkan beras dalam periuk, tuangkan air rebusan ayam, halia dan bawang putih yang ditumis, garam dan stok ayam. Kacau rata.
3. Biarkan nasi masak (^^,)








Resepi Sup Ayam:

1 biji bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
Beberapa hiris halia 
Garam secukup rasa
1 sudu besar rempah kurma 
Serbuk lada putih (ikut suka)
1 kiub pati ayam
Air rebusan ayam
Minyak untuk menumis

1. Mula-mula panaskan minyak.. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan or keperangan..
2. Tuang air rebusan ayam, garam secukup rasa, rempah kurma, serbuk lada putih dan kiub pati ayam...
3. Kacau rata sehingga sebati hingga masak.. (Kalau ada kaki ayam boleh letak sekali)







Resepi Ayam Goreng:

Air untuk rebusan
Garam secukup rasa
Serbuk cili secukupnya 
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk kari (optional)
Madu (Optional (^^,))
Minyak untuk menggoreng

1. Masukkan air ke dalam periuk dan tambahkan sedikit garam. Kemudian masukkan ayam..
2. Remove ayam dari periuk bila dah masak or separuh masak (depends kepada mana anda suka)
3. Gaul ayam dengan serbuk cili, kunyit, madu dan serbuk kari biarkan seketika.
4. Panaskan kuali dan goreng ayam hingga garing bahagian kulitnya. (Seriously garing.. Nyumm!!)
5. Toskan dan ketepikan. Please jangan buat air rebusan sebab dari situ lah datangnya air rebusan untuk masak nasi dan juga buat sup! Yeaayy....







Resepi Sambal:

1/2 botol sos cili
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili boh
Beberapa batang cili padi (optional kalau rasa nak HOT.. Ooopp kalau nak Pedas! hehe)
Garam
Gula 
Air secukupnya (Optional)

1. Blend semua sos cili, bawang putih, bawang besar, cili boh dan cili padi..
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan hidupkan api.. Kacau rata.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika terlalu pekat boleh tuang sedikit air (depends sebab ada orang suka sambal pekat ada suka cair sikit)..



Pagi seawal 10.30 pagi.. Aku dah makan nasi ayam sambil tengok movie CITY HUNTER.. Hahaha terasa syoknya makan sedap.. Movie sedap.. Dalam masa yang sama.. Dah settle semua final exams.. Yippiee!!!!!.. Alhamdulillah...

Boleh try tapi kalau tak kena dengan cita rasa maafkan saya huhuhu.. Untuk sambal tadi kalau rasa nak masam-masam lagi sikit boleh lah kalau nak letak asam jawa.. Tapi bagi aku dah okay dah rasa sambal tu sebab cuka pada sos cili tu dah cukup bagi rasa masam-masam kat sambal.. Sambal tu jugak best kalau makan dengan kuih udang...

I'm happily having semester break... Keadaan tak mengizinkan terlalu bergerak aktif sebab demam, selsema, batuk dah seminggu belum baik... At least still boleh menulis dan menyanyi depan laptop.. Kira ok lah hahaha... Sore throat makin parah kalau nyanyi.. Lagi-lagi lagu Adele tu..Fuuh..

Selamat mencuba.... Terima kasih..

No comments: