Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Monday, January 28, 2013

Pumpkin Soup In The House!!!!

Assalam....




Aku ada janji nak share resepi Pumpkin Soup yang aku buat ala-ala Secret Recipe tapi kalau nak tahu sama ke tak, kena cuba Pumpkin Soup kat Secret Recipe dulu dan bandingkan dengan rasa Pumpkin Soup yang aku buat.. Hehehe rambut sama hitam tapi lidah lain-lain...




Pumpkin Soup Secret Recipe...






Pumpkin Soup aku yang punya hehe


Resepi ni aku olah sendiri tapi kalau ada yang suka nak ubahsuai mengikut selera masing-masing, dipersilakan hehe... Tiada masalah... Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya...


Bahan-bahan:

1/2 biji buah labu (pumpkin) (dipotong dadu)
1 cawan kacang dhal
1 liter air
3 besar sudu stok ayam Maggi
3 sudu besar tomato sos
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1/2 cawan Cream cheese (optional)
Minyak zaitun untuk menumis


Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumiskan.
2. Masukkan air, sos tomato, serbuk kari, stok ayam, kacang dhal dan buah labu. Biarkan masak selama 20-30 minit sehingga buah labu dan kacang dhal empuk.
3. Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.
4. Bila semua dah masak, tutup api. Masukkan soup sedikit demi sedikit ke dalam blender dan tambahkan cream cheese. Blend sehingga semuanya lumat.
5.Hidangkan dengan roti bakar, crouton atau makan begitu sahaja.



Rasa dia pekat... Kalau nak kurangkan kepekatan boleh tambahkan lagi air masa menunggu soup masak... Hidangan ni sesuai untuk 6-8 orang... Aku boleh makan sikit je sebab cepat kenyang... Kalau ada yang teringin nak makan Pumpkin Soup.. Boleh lah try buat... (^^.)


Terima kasih...

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3