Assalam...
Syukur alhamdulillah.. Dua minggu lepas sejurus selepas.. Haha sejurus bagai.. Sejurus selepas habisnya paper final exam terakhir.. What?? Terakhir?? Ya! Paper final exam yang terakhir sepanjang di UTHM okay! Iaitu Statistic For Management.. Lepas habis je exam tu.. Aku terus settle kan Projek Sarjana Muda aku.. Aku hantar kat supervisor.. Kat faculty.. Kemudian jumpa Penasihat Akademik untuk dapatkan tandatangan dan cop beliau untuk convocation aku pada TAHUN DEPAN! Setahun aku kena tunggu.. Tapi tak apa lah.. Janji selesai jugak aku berkuliah di UTHM sebelum melangkah ke alam Latihan Industri (Praktikal)..
Memang lah siapa kata belajar tu tak penat.. Belajar ada penatnya yang tersendiri.. Bekerja pun ada penatnya yang tersendiri.. Husband pun dari nak sambung master, akhirnya postpone sebab dah dapat jawatan tetap kat company sekarang.. Sayang agaknya nak lepaskan jawatan tu..
Abah kata.. Masa Abah buat master kat University of Manchester.. Pening kepala.. Penat.. Stress.. Bercampur-baur.. Tapi kami yang duk mengikut Abah ni.. Enjoy habis! Tak faham lagi masa tu kesusahan belajar yang seorang pelajar kena tempuh.. Totally rasa macam enjoying a wonderful holiday.. Bertuah punya anak-anak..
Bila fikirkan.. Tak semestinya kena ada master sebelum umur 30 tahun sebab tengok kawan-kawan yang lain belum cecah 25 tahun pun dah habis buat master.. Abah dah ada anak 3 pun boleh lagi sambung belajar.. Semuanya tertakluk kepada rezeki dan kemampuan diri..
Aku pulak terpaksa tempuh semester akhir (kuliah) dengan jadual yang lebih pack berbanding kawan-kawan yang lain.. Kemudian dengan health problem yang tak dijangka.. Semuanya buat kehidupan seharian sedikit terganggu di semester akhir yang penuh dengan cabaran dan dugaan..
Masa patient lain dah mula membaringkan diri di waktu malam.. Aku terkedek-kedek selak journal untuk siapkan projek aku ni.. Sampai nurse ingatkan aku ni cikgu!! Hehe.. Doctor pulak suka panggil aku "UTHM".. Thanks to the doctors yang entertain aku dengan sebaiknya.. Mereka buat aku rasa matang dan kadang-kala macam kawan-kawan pun ada..
Dalam pada sibuk dengan projek sarjana muda.. Aku jugak sibuk prepare untuk final exam!! Dan jugak sibuk dengan wedding reception!!... Cuba bayangkan bagaimana busy dan peningnya bulan 6 aku...
Tambahan lagi appointment dengan hospital masih belum selesai.. Hari ni appointment, esoknya ada exam.. Begitu lah rutin aku.. Aku dengan gigihnya membawa nota tu dalam beg (ceh.. padahal nota tu bawak je.. nak baca tak termampu sebab kepala terfikir kenapa lepas kena scan dengan doctor V.. kena scan pulak dengan doctor pakar..)
Doctor V tanya aku ada exam ke.. Aku jawab lah ya.. Dia pun suruh aku study dulu dalam bilik ultrasound tu sambil tunggu doctor pakar sampai untuk rawatan seterusnya.. Sungguh lah memang aku tak baca.. Baru 10 minit.. Aku serah semua nota tu kat kawan yang menunggu di luar bilik ultrasound.. Kesian dia terpaksa menunggu aku dan aku dah mengganggu waktu study dia sampai 3 jam!.. 3 jam aku duduk kat hospital tu sampai habis rawatan untuk hari tu..
Hari yang sama jugak... Tapi pada malamnya pulak.. Adik-adik kat rumah sewa inaikan aku sampai pukul 4.30 pagi!!! Ya Allah... Terima kasih adik-adik.. Mereka inaikan aku sebab esoknya adalah hari Jumaat bersamaan 21/6/2013.. Kebetulan habis exam jam 6 petang.. Bayangkan 22/6/2013 adalah hari wedding reception yang ditunggu-tunggu selama 1 tahun.. Dah tentu malam baru aku sampai Melaka..
Akibat tak cukup masa, aku terpaksa berinai dengan adik-adik rumah sewa dan pergi exam Industrial Engineering pada 21/6/2013 dengan jari yang merah-merah itu.. Bila balik Melaka.. Aku pulak inaikan adik perempuan aku yang akan bernikah pada esoknya.. Having wedding reception bersama-sama memang meriah dan best!!
Selesai wedding reception pada 22/6/2013 iaitu Sabtu.. Ahadnya aku cabut balik Batu Pahat.. Isnin 24/6/2013 ada Statistic For Management pulak.. Memang tak habis penat kat wedding reception, Ahad tu jugak sambung study group dengan junior pulak sampai 11 malam.. Kemudian study sendiri sampai 4.30 pagi.. So, Isnin jam 9.00 pagi tu pergi exam dengan penuh TAWAKAL dan REDHA..
Semua kepenatan itu terbalas dengan melihat result yang sudah pun diumumkan..
Kepenatan dan kesusahan itu juga keluar dari badan melalui demam panas, muntah, tiada selera makan, selsema untuk beberapa hari... Asyik nak tidur je.. Rasa tak nak buat benda lain...
Muntah dengan perut kosong itu satu benda yang menyeksakan.. Bila pergi klinik.. Doctor ingatkan aku mabuk sebab pregnant.. Dah agak dah mesti doctor cakap aku pregnant sebab tengok dah lembik je badan sebab muntah tak berhenti-henti.. Sampai rasa redha lah kalau kena tahan wad dan masuk air.. Nak makan apa-apa pun tak boleh..
Akhirnya aku temui satu cara untuk tidak kosongkan perut.. Aku kemam coklat cadbury dalam mulut sambil pejam mata dan berbaring.. Biar coklat cair perlahan-lahan dalam mulut dan telan sikit demi sedikit untuk bagi tenaga kat badan yang lemah.. Selain itu, aku try minum 100 plus.. 1 hari 1 botol..
Dan hasilnya!!!!!!!!!!! I'm BACK!!! Boleh menulis.. Boleh buat kerja rumah.. Boleh memasak.. Alhamdulillah..
Entry ni macam nak melepaskan semuanya... Semoga aku tabah melalui kesibukan di masa akan datang.. Bijak membahagikan masa.. Tahu mengawal emosi dengan baik dan yang paling penting jangan kalah dalam melalui ujian kesihatan, masa dan sebagainya.. Jangan sesekali putus asa, jangan marah atau salahkan takdir tapi bersyukur lah sebab terpilih untuk melaluinya sebab Allah sedang dekat dengan kita.. Hehehe...
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment