Assalamualaikum... The owner of this blog is R.I.M.A D.A.N.I.A would like to thank you to all the viewers from all over the world.. Never felt hesitate to come again.. I'm always welcoming every single viewers and appreciate it..(^^,)

Friday, July 5, 2013

Dapurku..Kesayanganku..

Assalam...


Kembali aktif dirumah.. Dengan mood cuti sem yang sangat indah... 

Dua tiga hari ni aktif masak western... Kesian lah husband tak makan nasi duduk dengan isteri dia yang kaki western ni.. Walaupun berbangsa Melayu tapi suka sangat masak western sebab minat explore benda yang tak dijual kat Malaysia.. Contohnya macam savoury chicken.. Resepi ni aku dapat dari Umi dan Umi dapat dari Abah..

Memang dah janji kat diri sendiri lepas kahwin nak lebihkan masak Melayu.. Belajar lebih mendalam lagi tentang masakkan Melayu tapi....... Janji yang tak ditepati lah ni.. Macam mana ni.....

Masa nak kahwin memang aku cakap siap-siap kat husband.. Aku memang extreme sikit masak western berbanding masak traditional Melayu.. Husband kata tak apa.. Mak dia pandai masak makanan Melayu.. Isteri dia pandai masak western.. So, untung lah dia dapat 2 chef yang berbeza minat... Hehehe..

Masa awal-awal kahwin pun mak mertua ada tanya aku pandai masak apa.. Memang aku jawab aku pandai masak western jelah.. Masak lauk Melayu tu tau jugak sikit-sikit... Tu mak mertua tegur sampai bila nak makan western.. Dah tua nanti mesti tak kena selera dengan tekak..

Sesiapa yang pernah tinggal rumah sewa dengan aku adalah jugak dapat merasa savoury chicken.. Itu jelah modal yang aku ada untuk bagi kawan-kawan rasa signature dish family aku.. Hahaha.. Siapa yang pernah makan mesti mintak resepi sebab masing-masing nak tunjuk kepakaran masak western di rumah masing-masing.. Hehehe..

Ada yang nak bagi mak rasa.. Husband dia rasa.. Nak jamu seluruh keluarga pun ada.. Memang sedap savoury chicken tu!! Serius tak tipu...





Contoh menu kat atas tu.. Aku boring makan spagethi bolognese, boring makan spagethi goreng... Aku try resepi black pepper spagethi... Memang sedap!! Mula-mula husband takut nak makan sebab takut tak kena dengan tekaknya.. Alhamdulillah.. Habis jugak sepinggan penuh..






Broccoli tu aku rebus dengan air dan garam je.. Elok untuk wanita mengandung yang nak menambah asid folic dalam badan.. Broccoli jugak menjadi agen pengubat cancer.. Rajin-rajin makan broccoli tau.. Hehe.. Lepas tu ada baked bean, ada chips/ fries dan jugak dada ayam..  Aku jugak rebus sebiji kentang dan letak kewpie diatasnya.. Yummy!! Sebenarnya dada ayam tu perlu diketuk bagi leper dulu sebelum prepare buat chicken chop.. Aku terlupa nak buat macam tu.. Dah macam lamb chop pulak rupanya.. Hehehe.. Gravy (kuah) tu aku buat black pepper sauce..







Tadaaaa!!!!!... Ini lah dia savoury chicken... Nyum nyum nyum... Bagi orang yang demam.. Tak sihat badan ke.. Bagus jugak makan benda ni sebab dia lembut je.. Lapisan bawahnya adalah mushroom soup yang ditumis dengan bawah putih dan bawang merah.. Taburkan jugak sedikit lada sulah dan garam secukup rasa.. Masukkan jugak ayam yang dah direbus dan disiat macam nak makan dengan soto tu, cendewan butang yang direbus, broccoli yang direbus serta baby leak yang dah direbus ke dalam mushroom soup.. Mahukan kelainan? Tambahkan macaroni yang dah direbus ke dalam mushroom soup tadi.. Kacau, gaul siap!!!

Lapisan atasnya pulak adalah mashed potato.. Rebus kentang 25- 30 minit dalam air rebusan yang dah ditabur dengan garam sampai betul-betul lembut dan empuk.. Kemudian, toskan air rebusan dan lenyek sampai hancur dan taburkan lada hitam secukup rasa..

Ambil mangkuk.. Masukkan bahan mushroom soup tadi sehingga separuh dari mangkuk.. Kemudian masukkan mashed potato sampai penuh (macam gambar kat atas)... Last sekali.. Jangan lupa beli lah Mr.Potato ke.. Wise ke.. Jacker ke.. Ikut lah perisa mana yang kalian suka.. Hancurkan kerepek kentang tu dan tabur atas mashed potato tadi.. 

Siap!!!!!!!

Senang je.. Tapi.. Kenyang sebab ada sayur, ada ayam dan ada kentang.. Lengkapkan sumber makanan ni.. Hehehe..

Orang kata... Kalau kita suka masak.. Kita bam bam.. Tapi aku tak sebab aku sukaaaaaaa tolak makanan aku kat orang lain.. Watching people makan makanan kita boleh buat kita rasa sangat HEBAT!!! Dan HAPPY!!!... Kenyang terus tanpa makan hehe..

Terima kasih..

p/s: Terima kasih diucapkan kepada KAMALIA (kawan zaman politeknik) sebab hadiahkan set pinggan mangkuk yang suitable untuk western food.. Hehe

No comments:

NOTES

NOTES
Jom LIKE page ANNADARLING di Facebook dan nantikan hanya yang exclusive dan terbaik insyaallah dari kami <3