Assalam...
Pada 4 Ramadhan yang lepas.. Alhamdulillah selesai sudah perjalanan pregnancy unknown location (ectopic pregnancy) yang aku alami sejak ambil injection methotrexate pada 21/5/2013 dengan beta hcg pada awalnya adalah setinggi 2280 (kalau tak silap lah tapi memang 2000+++) dan turun sehingga 0.6 which means the pregnancy is over.. Totally over sebab dah bawah dari 5 (perempuan yang pregnant akan hasilkan beta hcg lebih dari 5).. It tooks 47 days to end the pregnancy!!
Doctor pesan.. Selepas 6 bulan dari tarikh akhir beta hcg turun bawah dari 5, baru boleh start pregnant untuk second baby... Bila dibilang-bilang, ditilik-tilik kalendar kat handphone.. Maknanya tahun depan baru boleh start try to conceive again...
Terasa lamanya nak tunggu tahun depan tu.. Tapi bukan aku tak ingat apa doctor cakap.. "Awak kalau tak jaga betul-betul... Ikut suka je nak pregnant cepat-cepat, nanti anak kedua awak boleh cacat tau sebab ubat mtx (methotrexate) tu ubat kimoterapi untuk matikan cel.. So, bayangkan ubat tu belum clear dari badan dan awak dah pregnant semula.. Ubat tu akan bagi kesan kat second baby.. So, jaga elok-elok.. Buat family planning sebaiknya.."
Itu lah sebabnya kenapa dan mengapa aku kena tunggu sampai 6 bulan bagi ubat tu clear dari badan.. Aku ada jugak google berapa lama mereka yang dapat injection ni ambil masa untuk pregnant semula.. Majoriti tunggu sampai 3 bulan.. Ada yang 4 bulan.. Dan ada yang doctor mereka mintak jarakkan sehingga setahun!!... Hopefully aku kuat lah nak menghadapi 6 bulan yang sangat lama bagi aku...
Selain itu..
Pada 4 Ramadhan juga Abah kembali ke Arab Saudi.. Walaupun pada awalnya ingatkan Abah nak balik Malaysia terus tahun ni tapi rezeki lain menanti di sana maka Abah pun balik semula ke Arab Saudi.. Hehe barang yang dah diangkut pulang ke Malaysia terpaksa diangkut sekali lagi ke Arab Saudi.. Abah kata, "Tak ada kerja nak mengangkut semula blender, pinggan mangkuk, kain baju naik flight.." Hehe.. Kopi dan rempah masakan Melayu pun diangkut sekali.. Maggi pun jadi barang wajib sebab kat sana ada mee segera brand ibumie je.. Brand lain tak ada..
Naik kereta on the way nak ke KLIA aku dah menangis siap-siap dalam kereta.. Huhuhu..
Time tu lah nak teringat semua benda yang berlaku.. Benda yang ingatkan aku kat Abah..
Kisah Pregnancy Unknown Location
Aku pernah cerita kat SINI bagaimana degilnya aku tak nak operate untuk merawat masalah pregnancy aku.. Aku banyak bantah dari setuju... Abah ada cakap kat aku..
"It's okay.. Kalau kena operate, operate jelah.. Lagi pun ni minor operation je.. Bukan major pun.. Alhamdulillah awak sakit masa Abah ada kat sini.. Boleh Abah datang hospital selalu melawat awak.."...
Bila doctor bagi tau nak jumpa husband untuk berbincang.. Selain call husband, aku sibuk call Abah suruh datang hospital.. Aku nak Abah duduk sekali bincang dan dengar doctor explain.. So, Abah pun datang dari Melaka ke Hospital Batu Pahat setiap hari sepanjang aku kena tahan kat wad!! Umi pun sama ikut Abah berulang jugak..
Kisah Kaki Bengkak Akibat Ekzema
Tahun ni umur aku genap 25 tahun.. Baru-baru ni kaki bengkak teruk sampai ada satu masa nak berjalan tak boleh.. Husband yang dukung.. Maklum lah rumah parents dua tingkat, jenuh nak naik turun bila kaki sebelah tak boleh nak pakai..
Husband sempat jaga beberapa hari je lepas tu dia kena balik JB sebab kerja.. So, Abah dan Umi yang take over jaga aku.. Ekzema jadi teruk akibat melanggar pantang.. Asyik makan seafood je sebab tak tahan tengok udang yang memanggil suruh makan dia hehehe...
Nak dijadikan cerita.. Abah bawak aku pergi check up kat Hospital Pantai.. Tunggu turn nak jumpa doctor punya lah lama sampai Abah terlentok-lentok kat kerusi sebab mengantuk... Aku busy tengok sekeliling.. Orang lain ayah dia bawak anak umur 5, 6 tahun untuk jumpa doctor.. Abah pulak bawak anak umur 25 tahun jumpa doctor..
Siap masuk dalam jumpa doctor sama-sama.. Lepas tu aku diam je.. Abah je banyak komunikasi dengan doctor..
Bila kaki dah sembuh.. Aku pun excited tunjuk kaki aku kat Abah.. "Abah.. Tengok niiiiii.. Dah okay daa.." ... Lepas tu Abah cakap.. "Jaga makan Along... Tengok.. Tak jaga makan dah habis beratus duit.. Kan.. Nanti dah kerja, dapat gaji, rugi duit gaji belanja untuk beli ubat je.." Aku pun diam je...
Setiap hari lepas balik dari Hospital Pantai tu Abah akan.. "Along... Dah makan ubat?".. Beberapa jam lagi.. "Along... Dah rendam kaki dalam air ubat?".. Lepas tu.. "Along... Krim antiseptik dah sapu tak kat kaki..".. Dan seterusnya setiap hari sampai Abah nak balik Arab Saudi..
Memang bila difikirkan semula.. Gayanya macam aku belum 25 tahun.. Hehehe.. Mak orang yang masih belum ada gaya nak jadi mak orang...
So.. Alhamdulillah sehari sebelum Abah balik sana.. Semua orang ada kat rumah.. Adik-adik aku.. Husband.. Adik ipar.. Semua berkumpul kat rumah.. Mengadap Abah packing barang!!! Hehehe.. Dapat berbuka beramai-ramai tu part paling best sekali.. Nampak lah macam makin berkembang family aku.. Tak muat dah nak duduk makan kat meja.. Kami makan ramai-ramai kat bawah hehe..
Itu lah kisah awal Ramadhan aku... Ooo... Sepanjang ramadhan Abah ada kat rumah.. Abah masak makanan dan pencuci mulut untuk berbuka.. Sekarang aku dengan Umi dah take over kerja memasak untuk berbuka... Kalau Abah ada memang Abah yang tung tang tung tang masak...
Kisah ini diceritakan setelah 5 tahun tak berpuasa dengan Abah.. 5 tahun.. Lama tuuu.. Setelah 5 tahun.. Ini lah 1st time dapat berpuasa sama-sama walaupun sekejap je.. Dari adik bongsu umur 9 tahun Abah pindah duduk Arab Saudi sampai sekarang umur adik bongsu aku tu dah 14 tahun!!!
Happy Fasting Month to everyone...
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment