Assalam..
Kawasan taman perumahan aku nampak gayanya guruh macam nak hujan..
Semalam mak mertua buat serawa durian.. Cicah roti.. Memang best!!!......
Sambil tu minum hot chocolate.. Time nak hujan ni pekena hot chocolate
rasa macam..... Syoknyaaa memanaskan badan dengan cara macam ni.. Hehe
Aku nak share lah pengalaman aku hidup dalam masyarakat.. Terutamanya berkenaan dengan hal jiran tetangga yang sebelah menyebelah ni..
Dulu masa zaman sekolah, boleh lah duduk bawah ketiak Umi ke ketiak Abah ke kan.. Sejak duduk sendirian terutama masa menyewa sepanjang belajar kat politeknik kemudian masa menyewa sepanjang belajar kat U dan setelah berkahwin.. Kita akan kenal pelbagai jenis ragam jiran..
Masa belajar di politeknik.. Jiran aku semua student.. Tak ada masalah lah sebab masing-masing buat hal sendiri.. Bulan Ramadhan, student Hotel Katering bagi juadah berbuka kat kita.. Esok kita balas semula.. Hubungan tu lebih rapat.. Nak berkomunikasi pun mudah sebab usia tak jauh bezanya..
Pengalaman menyewa masa belajar kat U pulak.. Kebetulan masa pindah masuk rumah sewa, rumah kami tak ada tong sampah.. Err.. Rumah jiran sebelah pun sama tak ada tong sampah.. Aku tengok ada kesan tanah terbakar kat kawasan depan rumah.. Mungkin penyewa yang dulu tak beli tong sampah dan dia bakar semua sampah yang ada..
Memandangkan duduk menyewa kat kawasan perumahan.. Tak sesuai nak bakar sampah ikut suka sebab sistem kutipan sampah telah ada.. Selang 2, 3 hari dalam seminggu, confirm akan ada lori sampah datang round dan kutip sampah-sampah kita.. Buat apa bakar sampah kalau hanya menyesakkan nafas jiran sebelah dan merosakkan kualitit udara..
Aku tekad beli tong sampah dan letak depan rumah..
Setiap hari lepas adanya tong sampah depan rumah kami.. Tong sampah penuh memanjang.. Bila masa kami masak kerang pun kami tak tak tahu sebab ada sampah kulit kerang dalam tong sampah.. Kebiasaanya kita kenal sampah-sampah yang kita buang..
Akhirnya.. Kawan serumah jadi spy.. Rupanya jiran sebelah masukkan sampah dia ke dalam tong sampah kami... Kami serumah terfikir.. Tong sampah RM9.90 je pun.. Kami student mampu beli... Tak mungkin jiran yang bekerja tak mampu membeli malah setiap hari menumpang tong sampah kami.. Apa salahnya minta izin nak share.. Senyuman kami sukar dibalas.. Siap si isteri macam tak suka kami tinggal di sebelah rumah hehe.. Maklumlah anak dara penuh satu rumah agaknya..
Pengalaman terkini bila aku dan husband tinggal serumah.. Menjadi pasangan suami isteri yang muda di kawasan kejiranan.. Orang lain dah bercucu.. Anak pun dah besar sebaya dengan adik-adik kami yang masih bersekolah hehe..
Aku ni pasif tapi husband pulak cepat je angkat tangan dan senyum kat jiran.. Dia memang macam tu.. Katanya "Kita kena jaga hati jiran sebelum jiran jaga hati kita.." Bukan semua orang akan semat ayat macam tu dalam hati bila hidup berjiran..
Problem parking kat area kawasan aku ni selalu jadi isu.. Mungkin space kurang tapi masing-masing memiliki kereta yang banyak.. Ada yang memiliki lebih dari 3 buah kereta dan memang tak muat nak parking kat porch.. So mereka parking kat kawasan luar rumah yang kadang-kadang kala termasuk ke kawasan pagar jiran sebelah.. Timbul masalah sekat pagar jiran dan kereta jiran.. Jiran nak keluar masuk kereta pun susah..
Bila jiran nak keluar masuk kereta.. Kena lah bagi salam dengan jiran sebelah minta tolong alihkan kereta.. Kalau dialihkan tanpa banyak soal tak mengapa.. Kalau jadi pertikaian memang tak best.. Contohnya..
Jiran A: Abang.. Saya nak keluar rumah.. Boleh minta tolong alihkan kereta?
Jiran B: Tak kan tak muat nak keluarkan kereta..?
Jiran A: Tak muat.. Saya dah cuba tadi tapi kereta saya tak lepas dari pagar..
Jiran B: Betul ke tak muat?
Jiran A: Betul, Bang.. Saya tak boleh nak lalu sebab kereta Abang sekat laluan saya..
Jiran B: Rasa macam boleh je keluar tu...
Jiran A: Abang.. Tolong alihkan kereta Abang tu.. Saya nak cepat ni!! Abang dah parking kereta ikut suka depan rumah saya..
Haa.. Kan dah jadi isu.. Apa salahnya alihkan terus.. Tak perlu pertikai.. Parking kereta depan rumah orang bersamaan dengan adab masuk rumah orang jugak.. Tak kan nak parking kereta main redah je sehingga menyusahkan jiran sebelah menyebelah..
Permasalahan kedua adalah.. Jiran A cool je.. Bila-bila terserempak masih senyum dan angkat tangan tapi Jiran B terus masam muka sebab jiran A tertinggi suara kat dia.. Kan tak best macam tu..
Paling tak seronok bila dapat respon dari jiran B.. "Ingatkan awak dah pindah rumah.. Tu saya parking depan rumah awak..".. Bagus jugak dia jujur ingatkan jiran A dah pindah tapi kalau dinilai secara akal dan fikiran belum sebulan jiran A pindah masuk rumah tu.. Bila masa jiran A hantar lori suruh angkat barang untuk pindah rumah.. Bila masa jiran A mengemas rumah nak pindah.. Malahan barang jiran A was totally di tempat yang sama kat bahagian porch kereta.. Satu benda pun tak beralih..
Bila jiran B kata ingatkan jiran A pindah rumah.. Jiran A mula lah fikir rumah dia dah dimasuki perompak dan perompak datang rompak guna lori macam orang nak pindah barang tu.. Sedihnya.. Jiran A kelam kabut buka pintu rumah nak check is everything fine.. Bila tengok rumah semua okay.. Selamat.. Jiran A terfikir.. Wajarkah jiran B berkata sedemikian? Jiran A live in a community yang berpendidikan tinggi.. Semuanya to make sure that their kids will live in a good community.. Nampak gayanya tak seperti yang dijangka..
Pendidikan menjaga hati jiran dan hidup bermasyarakat perlu diberikan sejak anak-anak masih kecil lagi supaya bila anak-anak meningkat dewasa, tinggal sendirian jauh dari ibubapa.. Anak-anak akan praktikkan amalan adab hidup berjiran..
Macam aku.. Abah paling tak suka kalau kami parking kereta ikut suka depan rumah jiran.. Abah kata parking depan rumah jiran ikut suka ni.. Kita tak tahu jiran suka atau tak.. Jangan sesekali buat jiran marah atau tak suka dengan kita.. Dosa! Kita rasa ringan je perbuatan kita tapi cuba fikirkan, Islam sendiri tidak suka jiran menyakiti hati jiran yang lain..
Selain isu parking.. Ada jugak isu sampah yang dibuang ke dalam kawasan rumah jiran.. Sampah jajan macam plastik keropok, air kotak kosong, botol air minuman, pembalut ais-krim dan sebagainya..
Ini lah yang kita kena praktikkan pada anak-anak supaya lepas makan jangan buang sampah kat rumah jiran sebelah tapi buang dalam tong sampah yang disediakan kat rumah.. Secara automatik.. Jiran sebelah akan terfikir bentuk pendidikan apakah yang anak-anak ini terima di rumah mereka?? Apakah ibubapa mereka tidak mengajar bahawa buang sampah ke rumah jiran sebelah merupakan satu kesalahan?..
Di sini boleh dilihat bahawa amalan hidup dalam masyarakat terutama amalan hidup berjiran ni bukan sahaja perlu untuk ibubapa tapi perlu juga untuk anak-anak supaya bila mereka dewasa, mereka akan jadi golongan jiran yang menghormati jiran yang lain dan akan menghidupkan suasana kejiranan yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.. Betul tak??
Terima kasih...
p/s: Nasihat untuk yang membaca dan peringatan sehingga ke akhir hayat untuk kami sekeluarga..
No comments:
Post a Comment